ГЛАВА СЕДЬМАЯ 🗝

5.6K 416 64
                                    

Healy memerhati Hazzel yang sedang memasak untuknya. Bibir tersenyum.

Kacak betul. Dahla pandai masak.

"Kau makan pedas tak?" Soal Hazzel sambil memotong tomato. Apabila tiada jawapan dari Healy, Hazzel berpaling ke belakang.

Kelihatan Healy sedang memandang dirinya sambil tersenyum.

"Healy?" Hazzel memetik jari. Healy tersentak dan memandang Hazzel.

"Ya?"

"Kau makan pedas tak?" Soal Hazzel. Healy menggeleng. Memang dari kecil dia tidak makan makanan pedas.

Hazzel kembali memotong tomato dan dimasukkan ke dalam kuali berisi pasta goreng.

Kemudian pinggan diletakkan di hadapan Healy. Hazzel menanggalkan apron dan apron itu disangkut.

Healy terkedu apabila tiba tiba sahaja tangan Hazzel menyentuh dahinya.

"Demam kau dah hampir kebah. Baguslah, sekolah pun dah nak buka lusa." Hazzel berpuas hati apabila dia menjaga Healy sehingga gadis itu sembuh dari demam.

Healy tersenyum.

"Thank you jaga I."

Hazzel hanya diam dan meneruskan makan. Tangan menyentuh skrin telefon dan matanya melihat skrin telefon itu melayari berita semasa. Tiba di satu gambar jarinya terhenti.

Bibir tersenyum nipis.

Healy menjenguk ke skrin telefon Hazzel apabila melihat Hazzel tersenyum.

"Eh you simpan lagi lah gambar kita!" Healy menjadi teruja melihat gambar dia dan Hazzel yang baru selesai membuat persembahan ice skating di majlis perkahwinan mummy dan daddy dulu.

Ditangannya terdapat kasut yang ingin dibaling kepada Hazzel setelah jejaka itu menjatuhkan dirinya diatas lapisan lantai ais.

Kenangan.

Healy bangun dari kerusi dan menarik tangan Hazzel ke satu tempat.

Hazzel yang ditarik hanya ikut dengan riak pelik diwajah.

"Kenapa?" Soal Hazzel sambil melihat kawasan laman apartment miliknya. Namun jejaka itu terkaku apabila tangan gadis melingkar di lehernya.

Healy merapatkan wajah mereka dan melihat Hazzel yang terkelip kelip merenung matanya.

Kemudian gadis itu menggenggam tangan Hazzel dan tangan itu diangkat sebelum dia berpusing dibawah genggaman tangan itu. Automatik tangan Hazzel sebelah lagi memeluk pinggang gadis itu apabila Healy berhenti berpusing takut Healy terjatuh.

Healy menekapkan tangan didada Hazzel sebelum merebahkan badan ke belakang bersama tangan Hazzel yang memeluk pinggangnya.

Kemudian Healy kembali menegakkan badan dan memandang mata biru milik Hazzel.

"I cintakan you. I really do." Healy mula berpusing kembali tetapi kalini dia berpusing dengan keadaan tangan yang bersatu dengan tangan Hazzel di sisi dan tangan lagi satu memegang bahu Hazzel.

Dan itu membuatkan Hazzel turut berpusing.

"Kita tak sama."

"Apa yang tak sama?" Langkah Healy terhenti.

"Kita. Kau dan aku, tak sama. Nicholas jauh lebih sempurna dari aku Healy. Dia cintakan kau."

"How about you? You tak cintakan I?" Soal Healy.

"No." Hazzel menjawab dengan penuh yakin.

"Betul? Kenapa? You masih sukakan perempuan yang mati haritu?" Soal Healy. Dahi Hazzel berkerut sedikit.

4 |   The Valiant  [C]Where stories live. Discover now