ГЛАВА ТРИДЦАТЬ ПЕРВАЯ 🗝

5.3K 364 17
                                    

"Disebabkan abang ada masa sebulan lagi sebelum bekerja, barang rumah pun dah cukup lengkap, jadi kita akan honeymoon disini." Healy mengunci pintu rumah dan kunci itu diselitkan didalam poketnya.

Hazzel senyum.

"Okay. So now what are we gonna do?" Soal Hazzel.

"Ish, jangan tanya. Nama pun lagi honeymoon, of course la buat anak." Healy terus menarik Hazzel kedalam bilik.

Hazzel mengerutkan dahi.

"Eh? Sayang!"

***

Hazzel berjalan ke arah mesin basuh dan pakaian mereka diletakkan didalam mesin sebelum butang membasuh ditekan.

Kemudian jejaka itu mengambil penyapu dan lantai disapu perlahan.

"Itulah, dia yang semangat tadi lepastu dia yang tumbang dulu." Hazzel menggumam apabila sudah tiga jam Healy tidur didalam bilik. Datanglah ribut taufan sekalipun terus tak sedar dah tu.

Kemudian jejaka itu membetulkan kusyen sofa.

Sebenarnya tugas mengemas dan menguruskan rumah ini tugas suami. Isteri cuma tolong kerana kesiankan suami. Tapi si Healy ni bukan bagi dia buat kerja rumah.

Tambahan pula Healy memang jenis hyperactive jadi memang kehulu kehilir lah gadis itu mengemas rumah.

Hazzel bergerak ke dapur dan sekeliling dapur yang sudah bersih itu dilihat. Pantas tangannya mengambil bahan masakan untuk membuat hidangan buat si isteri.

Dia memang suka memasak. Tapi bila buat makanan untuk orang yang dia cinta, rasa tu lain macam. Rasa sangat istimewa.

Sebuah kek dibakar dengan ketuhar dan Hazzel menggunakan mixer untuk membuat ising kek.

Kemudian jejaka itu menghiris beberapa biji strawberi untuk diletakkan diatas kek.

Setelah kek siap dibakar, dengan penuh cermat Hazzel menghias icing dan mencorakkan dekorasi kek.

Setelah berpuas hati, dia mula mencapai cawan dari bibir tersenyum lebar.

Barista time!

Kopi dituang sebelum krim dicorakkan diatas cawan. Hazzel menunduk sedikit dan memberi sepenuh fokus pada ukiran seni diatas kopi tersebut.

Hazzel meletakkan krim dan melihat kopi yang dicorakkan olehnya. Kemudian nafas dihela.

Sudah lama dia tidak menjenguk kafe di Switzerland yang menjadi tempat kerjanya sewaktu sekolah dahulu.

Dengar khabarnya kafe itu masih beroperasi.

Biarlah, nanti ada rezeki dia akan pergi menjenguk kafe.

***

"He's singing she's a she's a lady.. And I am just a boy. He's singing she's a she's a lady and I'm just a line without a hook."

Healy membuka sedikit mata dan melihat Hazzel sedang menyanyi kecil sambil memerhati ke luar tingkap bilik.

Terus gadis itu bangun dan mengikat rambutnya. Kemudian dia hanya diam melihat Hazzel yang sedang menyanyi.

Dia tahu Hazzel maksudkan setiap bait lagu tersebut. Dimana sikap rendah diri dalam diri Hazzel sangat kuat.

She's a lady melambangkan kedudukan dirinya yang daripada golongan bangsawan.

I am just a boy melambangkan diri Hazzel sebagai lelaki yang tidak berstatus tinggi.

4 |   The Valiant  [C]Where stories live. Discover now