BAB 2

26.6K 1.4K 82
                                    

"Za, kau nak pergi mana tu?"Mirza yang mahu membuka pintu segera menoleh ke arah dua sepupunya.

"Keluar sekejap."Diatur langkah keluar dari rumah tersebut. Dicapai kasutnya dan melangkah ke taman yang tidak jauh dari rumahnya.

Dihirup udara disitu. Segar sahaja. Dan seketika matanya terpandang akan seorang jejaka yang melintas jalan sambil melihat telefon.

Mirza menoleh ke arah kiri pula. Membulat mata nya apabila ada sebuah kereta yang laju menghala ke arah jejaka tersebut.

Mirza berlari ke arah jejaka tu dan ditarik ke tepi namun disebabkan tidak mendapat mengimbangkan badan nya, mereka terjatuh di tepi.

Rayyan mengambil telefonnya yang terjatuh di tepinya. Dilihat siku yang calar sedikit.

"Cik tak apa apa?"Tanya Mirza. Jejaka tu hanya mengangguk sahaja.

"Siku cik luka. Sini saya tolong rawatkan."Dibantu Jejaka tu bangun namun dia menghalang.

Mirza hanya melihat saja lelaki ni bangun dengan sendirinya. Mirza mengajaknya ke bangku yang berdekatan disitu.

Dikeluarkan botol minyak gamat yang bersaiz kecil dari kocek seluar nya. Kemana saja dia pergi pasti dia akan bawa.

"Tahan sikit ya."Dituang perlahan minyak tu ke atas siku jejaka di hadapannya ini.

"Cish"Rayyan berdesis perlahan. Mirza mengeluarkan sapu tangan kecilnya. Diikat sapu tangan tersebut di siku Rayyan.

"Dah. saya minta maaf sebab saya siku awak luka."Rayyan mengangkat muka memandang wajah gadis tu.

"Memang salah kau pun."Katanya dengan riak tidak bersalah.

"Lain kali main lah lagi telefon tu masa lintas jalan. Silap silap naik atas."Nada bicara Mirza kembali datar semula.

Rayyan hanya kekalkan wajah ketatnya sahaja.

Mirza menarik lengan baju hoodienya dan terserlah lah luka disitu. Nafas dihela perlahan.

"Sini aku rawatkan."tanpa segan silu dia menarik pinggang ramping gadis itu dekatnya. Dipegang lembut tangan Mirza.

"tak apa aku boleh rawat sendiri."diundur setapak ke belakang bagi menjarakkan dirinya.

"Nama kau?"tajam mata kelabu tu menikam ke dalam mata brown milik gadis ni.

"Mirza Asyfa"Jawabnya dan ditarikan semula lengan bajunya.

"Saya minta izin dulu."Diatur langkah pergi meninggalkan jejaka tu seorang diri. Dia tidak ada masa untuk melayan.

Dahlah ucap terima kasih pun tidak lepastu nak salahkan orang pula.

"Cari biodata tentang Mirza Asyfa."Arah Rayyan pada orang kuatnya yang berada di ruang tamu.

Tidak sampai sepuluh minit, Jeno mendapat maklumat tentang gadis yang diminta oleh boss nya tadi.

"Dah dapat boss. Nama Mirza Asyfa binti Muhamad Rasyid. berumur 17 tahun. Menetap di Malaysia. Bersekolah di Elite School."jelas Jeno padat.

Rayyan mengangguk faham dengan senyuman sinis di bibirnya. Gadis tu lain dari yang lain.

Sukar untuk dia jumpa wanita yang tidak menolak pelawaannya. Tetapi gadis ni menolak pelawaannya dengan bergitu sahaja.

Interesting.

"Selamat pagi semua jadi harini cikgu nak bagitahu yang teacher Tina tidak akan mengajar kamu semua bahasa English lagi. Bahasa English akan di ajar oleh Encik Ray."Jejaka tu hanya tersenyum nipis sahaja.

Mirza tidak memperdulikan tentang tu. Yang dia tahu dia mahu tidur sahaja.

Nadya serta Rifa turut tidur dengan nyenyak tanpa mengambil peduli tentang guru baharu tersebut.

Sebaik cikgu Tina keluar. Rayyan melihat pelajar disitu dan matanya terus terpandang akan gadis tersebut. Macam mana dia dapat tahu tu ialah Mirza? Di siku gadis tu ditampal dengan kapas putih.

"Baiklah saya Sir Rayyan akan mengajar kamu bahasa English jadi saya taknak ada yang tidur dalam kelas saya. Faham?!"Tegas suaranya. Mereka semua menelan air liur yang terasa kesat.

Mirza mengangkat muka nya dari atas meja. Di ambil buku English dan dibuka tanpa memandang wajah guru tersebut.

"Malas betul lah nak belajar."Nadya menongkat dagu nya.

Tangan Mirza lincah membuat kerja sekolah tersebut. Ajar apa tidak ini terus bagi homework.

Setelah siap ditutup bukunya dan menyembam semula mukanya untuk tidur.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Where stories live. Discover now