BAB 26

15.3K 790 10
                                    

"Ray boleh carikan biodata Andrew? Telefon tertinggal dekat rumah"Kening yang tidak gatal digaru.

"Anything for my sexy lady." Sempat dicium pipi mulus gadis tu dan diarahkan anak buahnya untuk mencari biodata Andrew.

"Dapat."Jeno mengeliat kecil. Diserahkan laptop kepada bossnya. Mirza berdiri di sebelah jejaka tersebut.

"Tengku Andrew bin Tengku Adnan. Berumur 17 tahun. Anak tunggal. Lahir pada 15/june/200* Bersekolah di Elite School dan pesakit mental?"Mirza melihat biodata di skrin laptop tersebut.

"Tak ada siapa pun yang tahu dia pesakit mental"Mirza menganguk mengiyakan kata-kata Rayyan.

Telefon milik Ray berbunyi. Dilihat nama pemanggil ialah Nadya. Diserahkan telefon nya pada Mirza.

"Za kita kena pergi bilik meeting sekarang"Mirza segera menamatkan panggilan dan diserahkan kepada Ray.

"Print biodata dia dan cari lagi apa yang berkaitan dengan dia. Mirza minta diri dulu."Gadis tu terus mencapai kunci keretanya dan berlari keluar dari rumah tersebut.

"Tak sempat nak cium"gumam Ray perlahan dan melihat laptop semula.

"Miss. Suspek dah mengubah target. Dia target Dayren."Tutur Zahid. Mirza mendekati Dayren dilihat bibir jejaka tu pecah.

"Ada nampak wajah dia tak atau sesuatu yang mencurigakan?"Zahid mengangguk.

"Wajah kami tak nampak tpi apa yg kami nampak masa berlawan pagi tadi. Suspek membawa rantai besi yang saiz nya tidaklah besar malah seperti rantai leher. awalnya kitorang berbual di pondok usang belakang blok F4. Selepas tu saya nampak dia datang dari arah belakang Dayren. Rantai yang dia guna tu adalah untuk menjerat leher seseorang. Saya dapati dia juga turut membawa pisau serta bom asap."tutur Zahid panjang lebar.

"Baiklah. Teruskan rancangan kita sampai kita dapat suspek tersebut kami bertiga akan turun padang."kelima jejaka tu tersenyum dan mengangguk. Jika boss mereka turun padang kerja akan menjadi mudah.

PAGI tu mereka bersekolah seperti biasa. Mirza mengangguk kepalanya pada kelima jejaka tersebut.

Mereka mula membuat kecoh di sekolah tu. Cikgu cikgu sudah mengetahui dan mereka harus diam jika mahu suspek tu ditangkap.

"Tak payahlah buat kerja sekolah tuu bukan dapat apa punn kan Faiz?"soal Dayren kepada Zahid yang hanya mengangguk saja. Mereka tidak menggunakan nama sebenar agar identiti mereka tidak terbongkar.

Tanpa mereka sedari ada seseorang mendekati mereka dari belakang. Dan target nya ialah Faiz a.k.a Dayren.

Dayren memusingkan badannya dan ditangkap tangan orang tersebut yang mahu menikam nya dari belakang.

Lutut di angkat dan dihentak perutnya sehingga jejaka tu terduduk di lantai. Zahid segera mengari tangan pelajar tu dari belakang.

"Lepaskan aku lah"mereka berlima membawanya ke bilik pengetua. Mirza menelefon Tengku Adnan untuk datang ke sekolah.

MIRZA menurunkan hoodie jejaka tu dan tekaan nya tepat. Dia Andrew. Jejaka tu mendongak memandang wajah gadis ni dan seketika dia terdiam.

"Selina?"Mirza berkerut dahi nya. Kepala digeleng kan.

"Kau Selina kan? Sayang kenapa sayang tinggalkan abang hah?kenapa perut sayang kempis? Mana anak kita? Kau gugurkan ke hah!"Meninggi suaranya. Ray menarik pinggang Mirza agar menjauh dari Andrew.

"Andrew. Ni bukan Selina. Ni Mirza Asyfa. Selina dah keluar dari sekolah ni."Kata pengetua Hairul.

"T...tak! Selina dah janji yang dia takkan tinggalkan aku seorang diri! Dia cakap dia nak khawin dengan aku."Dia memandang wajah Mirza yang ketakutan. Rambut Andrew tidak kemas. Malah serabai sahaja. Matanya juga sembab.

"Mirza."lembut saja suara jejaka tu memanggil. Gadis tu mengigil apabila mata hitam tu merenung nya.

"Sini lah."panggil nya lagi. Mendayu saja suaranya. Mirza memandang Ray. Jejaka tu membuat isyarat menyuruh gadis tu pergi ke arahnya.

Mirza teragak agak untuk mendekati ke arah Andrew. Setibanya di depan jejaka tu dia terus melentok kepalanya di perut Mirza.

"hairul. Boleh saya tahu tentang Andrew?"bisik Ray. Pengetua Hairul mengangguk.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Where stories live. Discover now