BAB 47

26.8K 982 63
                                    

Rayyan mencari isterinya. Takkan lah nak main sembunyi-sembunyi pula. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Babygirl. Babygirl dekat mana?" Kaki diatur melangkah naik ke bilik pula. Dibuka pintu tu.

"Babygirl, tengok apa tu?" Mirza tersentak dan ditutup file tersebut. Rayyan menjongket keningnya.

"jangan cakap yang sayang jumpa file hitam abang"Mirza mengemam bibirnya dan ditunjuk file tersebut.

Menajam mata kelabu tu memandang nya. Rayyan merampas file tersebut.

"Kau dah tengok apa yang ada dalam ni?"Mirza menunduk dan mengangguk. Rayyan mengetap bibirnya.

"Sekarang kau dah tahu dan apa kau nak buat? Nak minta Fasakh?"Mirza segera mengangkat muka dan mengeleng.

"Taknakk hiks"Didekati suaminya dan dipeluk erat tubuh jejaka tu. Rayyan menghela nafas nya perlahan. Dia perlu bertenang. Isteri nya sedang mengandung.

"Hey jangan nangis."Diseka lembut air mata Mirza yang mengalir di pipi gebu itu. Ditundukkan sedikit menyelaraskan ketinggian Isterinya.

"Abang minta maaf sangat sangat. Abang bukan suami yang baik."Mirza memandang mata kelabu suaminya.

"Abang suami Za yang baik. Walaupun abang pernah minum arak dengan masuk kelab t..tapi Za tak kesah. Abang kan dah berubah."Rayyan mengukir senyuman manis. Isterinya comel sangat.

Perut isterinya yang sudah mencecah 9 bulan itu diusap perlahan. Dia juga tak sampai hati mahu menceraikan isterinya walaupun gadis tu mengetahui masa silamnya.

"Sayang tak kesah dengan masa silam abang?"Gadis tu mengeleng kepalanya.

"Itu kan dulu bukan sekarang. Hmm jangan tinggalkan Mirza."Disembamkan mukanya di dada tegap suaminya. Rayyan tergelak kecil.

"Comelnya. Macam budak budak"Geram dia tengok isteri nya. Betul lah kata bonda nya. Perempuan yang mengandung ni mempunyai aura yang lain.

"a..abang s..sakit"Dipegang perutnya. Rayyan yang melihat tu sudah gelabah.

"Sakit? Sakit perut? Nak bersalin dah ke?"panik dia apabila pengelangan tangan nya dipegang kuat oleh Mirza.

"Argh abang sakittt"Rayyan segera mencempung tubuh isteri nya ke kereta. Rayyan memotong kereta yang menghalang jalannya.

"Sabar sayang nak sampai dah."Digengam erat tangan isterinya. Mirza membalas gengaman Rayyan lebih kuat.

Hospital.

Rayyan menunggu isterinya di luar. Ditoleh ke arah pintu hospital apabila pintu tu dirempuh oleh Mikha dan yang lain.

"Adik aku masih dekat dalam?"Rayyan mengangguk. Mikha berdoa agar adiknya selamat bersalin.

Sejam mereka menunggu akhirnya kedengaran tangisan bayi. Rayyan sujud syukur dan bangun apabila doktor sudah keluar.

"Alhamdulillah isteri kamu selamat melahirkan bayi kembar. lelaki dan perempuan."Rayyan tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

"Boleh kami masuk?"Soal Mikha. Doktor Zana mengangguk mengizinkan. Mereka melangkah masuk ke dalam wad Mirza.

"Sayang,"Rayyan mendekati isterinya. Dahi itu dicium penuh kasih sayang nya. Air mata jantan nya gugur.

"Terima kasih sebab sudi melahirkan anak kita."Mirza tersenyum saja dalam keletihan.

"Rayyan. Tuang lah air dekat isteri kamu tu"Arah bonda Arina. Rayyan menuangkan air dan ditolong isteri nya untuk minum.

"Puan. Ni anak anak puan."Mereka menoleh ke arah Nurse yang melangkah masuk sambil membawa anak kembarnya.

"Sini biar abang azankan dulu"Rayyan mengambil dua anak nya dan melangkah ke arah tingkap.

Dia tersenyum melihat wajah anaknya dan menunduk sedikit.

"Allahuakbar Allahuakbar"

Mirza tersenyum melihat suaminya. Bonda Arina mendekati Menantu nya.

"Bonda tengok kamu berdua bahagia sangat. Semoga berkekalan hingga akhir hayat."Bonda Arina mencium dahi menantunya.

"In shaa Allah"jawab Mirza. Rayyan mendekati isterinya semula setelah mengazankan anak nya.

"Tunku Marina Afyna"Dicium anak perempuan nya.

"Tunku Raycarl Ariffin."Rayyan mengusap pipi anak lelakinya.

Kebahagiaan akan datang kepada mereka yang bersabar.

Tamat.


Kini MY BABYGIRL: RAYYAN ARYAN melabuhkan tirai.


Kebahagiaan yang dicari akhirnya telah dikecapi.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα