BAB 25

15.6K 829 17
                                    

"boss Ray, Cik Mirza ada di ruang tamu"Ray mengangguk dan bangun dari duduknya. Setibanya di ruang tamu dia terpandang akan gadisnya yang hanya menunduk saja.

"Babygirl" Mirza yang mendengar suara garau tu segera mengangkat muka memandang wajah Ray. Tangan nya mula mengigil sedikit.

"Ada apa datang ni? Miss me?"Sengihnya nakal. Mirza tersenyum nipis.

"I have something to tell you"Ray mengangguk dan diangkat keningnya agar menyuruh gadis tu memberitahu nya.

"mirza sebenarnya."Kepala ditundukkan. Tangan digengam erat namun Ray setia menanti apa yang gadis tu mahu beritahu.

"Sebenarnya apa?"Soal Ray. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang seakan apa yang gadis tu mahu memberitahu boleh merentap sekeping hati nya.

Nafas dihela perlahan dan kepala diangkat merenung mata kelabu milik jejaka ni. Dia tidak kesah apa akan jadi selepas ini.

"Mirza sebenarnya Agent Rahsia." Ray tergelak dan mengeleng kepalanya tanda tidak percaya.

"Apa lah sayang mengarut petang petang ni? Aku tak percaya lah."Kata Ray dengan sisa ketawanya. Mirza mengeluarkan kadnya. Ditunjuk ke arah jejaka tu.

KETUA AGENT RAHSIA 001.

Jejaka tu bangun mengejut dari duduknya dan dipandang gadis ni dengan tajam.

"Apa kau nak hah? Kau datang sini nak tangkap aku? Jangan mimpi. Alden, Rafif pegang dia."Dua jejaka tu mengangguk dan memegang Mirza dari bertindak luar kawalan.

"Ni motif kau rupanya. Kau dekat dengan aku sebab nak tangkap aku ja kan. Aku akan batalkan perkahwinan ni dan kau harus pupus dari dunia ni! Bawa dia ke bilik bawah."Mirza memandang Ray seperti tidak percaya.

"Aku datang sini sebab nak minta pertolongan dari kau atas kes pelajar mati bukan aku datang nak tangkap kau lah. Nak bunuh aku sangat kan haa bunuh jelah. Aku masih sabar dan maafkan kau apa yang kau dah buat dekat aku tapi kau? MASIH NAK CEDERAKAN AKU?! kalau nak diikutkan hati dan lama aku bawa anak buah aku untuk serbu markas kau tapi aku tak buat. Sebab apa? Sebab hati aku dah boleh terima kau!" Terkedu Rayyan yang mendengar. Mirza dah boleh terima dia?. Diarahkan anak buahnya untuk melepaskan Mirza.

Tubuh tu di tarik ke dalam pelukannya. Diusap belakang Mirza dan dicium tepi dahinya.

"Maaf sebab fikir yang bukan bukan."Disembamkan mukanya di bahu Mirza. Dia juga tak sampai hati mahu membunuh gadis yang sudah bertahta di dalam hatinya.

"Nak batalkan perkahwinan?"Ray mengeleng kepalanya.

"Takmo."jawabnya dengan muka masih disembamkan di bahu mirza. Tangan naik mengusap belakang jejaka ni.

"Jeno hack CCTV yang ada di sekolah. Jangan terlepas pandang satu pun faham."tegas suara Mirza dan dibalas anggukan dari jejaka tersebut.

"Apa yang Za dapat pelajar yang mati tu dari kalangan pelajar yang selalu buat kecoh dan mencari pasal. Za dah arahkan 5 orang anak buah Za untuk masuk ke dalam sekolah tu seperti budak yang bermasalah supaya pembunuh tu ubah target."Ray mengangguk faham.

"Selama ni dia target pelajar yang mati haritu lepas tu dia target siapa pula?"Tanya Ray. Mirza mendongak memandang nya.

"Cruel Boy. Pelajar yang turut membuat masalah dalam sekolah. Terdiri daripada 8 orang jejaka."Jelas Mirza.

"Cik Mirza tengok ni."Za mengambil laptop tersebut. Dilihat CCTV yang berada di hadapan pintu bilik yang ditempatkan pelajar mati haritu.

Dilihat seorang pelajar lelaki yang melangkah keluar dari bilik tersebut dengan tangan nya memegang rantai besi. Mirza menghentikan video tersebut dan dizoom. Tangan pelajar tu memakai glove.

"Rantai besi."Mirza memejam matanya seketika kerana seperti dia pernah nampak rantai tersebut.

"Andrew."Dibuka matanya dan dipandang wajah Rayyan. Jejaka tu menjongket keningnya.

"Andrew. Mirza pernah terserempak dengan Andrew yang kebetulan nak ke tandas. Mirza nampak dia sorokkan tangan dia dekat belakang. Dan Za ternampak rantai yang sama macam dalam ni."tuturnya.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Where stories live. Discover now