BAB 5

22.3K 1.2K 6
                                    

Rayyan yang kebetulan mahu ke bilik guru ternampak seseorang yang duduk di bangku taman.

Didekati ke arah gadis tu ialah Mirza yang sedang memejamkan mata nya sambil mendengar lagu.

Ditepuk bahu Mirza dan gadis tu tersentak. Didongak melihat wajah Rayyan.

"Kenapa duduk sorang sorang dekat sini?"Mirza mengeleng kepalanya tanda tiada apa apa.

"Kalau ada masalah ceritalah dengan aku."Mirza mengeleng lagi. Dia tidak ada mood untuk bercakap.

"Sejak bila kau bisu ni? Takkan lepas kau tengking aku semalam dah jadi bisu?"Dijongket keningnya ke arah gadis ni.

"tak ada mood nk bercakap."katanya. Rayyan mengangguk faham.

"Dah pergi masuk kelas."Mirza segera bangun melangkah ke kelasnya. Sepanjang pembelajaran pagi tu sehingga rehat apa satu dia tidak ambil kesah.

"Mirza kau okeyh?"gadis tu mengangguk sahaja.

"Kitorang pergi rehat dulu. Sokeyh kalau HD kacau lagi kami belasah ja."Mirza mengangkat simbol okeyh.

Rayyan masuk awal ke dalam kelas tu untuk meletakkan barangnya sebelum ke cafe tapi niatnya terbatal apabila ternampak Mirza dalam kelas.

Diletakkan barangnya dan didekati Mirza. Gadis tu menoleh sekilas ke arah nya.

"Kau kenapa ni? Sehari tak bercakap."Risau Rayyan bila gadis tu hanya diam dan tenang sahaja.

"Za okeyh."katanya dan seketika telefonnya bergetar. Dia segera mengangkat panggilan tersebut.

Tangannya mengigil apabila mendengar apa yang dikatakan oleh pihak disana.

"baiklah nanti saya kesana."Ditamatkan panggilan nya dan seketika dia menunduk.

Dipejamkan erat matanya. Rayyan mengengam tangan Mirza yg berada di atas meja. Gadis tu mengangkat muka.

"Why babygirl?" Soalnya. Mirza mengawal dirinya sehabis baik.

"B..boleh tak Za balik."Nada bicaranya bergetar. Rayyan mengusap kedua pipi gebu gadis tu.

"Kenapa ni hm? Cuba cerita kenapa nak balik?"dilihat dalam mata cantik tu dapat dia lihat seperti kesedihan sebalik mata cantik tersebut.

"za, n..nak balik please."Dia tidak mahu menangis depan Rayyan sekarang. Jejaka tu mengangguk mengizinkan dan Mirza segera mencapai beg nya.

Dia berlari keluar. Sempat di telefon kedua sepupunya. Tersedak Nadya.

"Weih jom blah"Nadya menepuk tangan Rifa. Mereka berdua lari ke kelas untuk ambil bag dan berlari ke parking kereta.

Mereka bertiga memecut laju ke air port. Sampai saja mereka melangkah masuk ke dalam private jet yang telah disediakan.

Mirza memegang batu nisan tersebut dengan air mata mengalir deras ke pipi. Mereka bertiga masih berpakaian baju sekolah.

Bonda dan ayahda nya telah pergi meninggalkan nya. Nurse yang menelefon nya sebentar tadi memberitahu yang bonda dan ayahda nya mati ditembak di dalam rumah.

"K.. kenapa bonda dan ayahda pergi tinggalkan Mirza cepat sangat Hiks."Memerah wajahnya kerana menangis. Hujan yang mula membasahi bumi di abaikan saja olehnya.

"Adik jom balik."pujuk Mikhael Asyraf. abangnya.

Mirza bangun dari duduknya dengan dipimpin oleh abangnya. Dipandang ke arah kubur tu sekali lagi dan mereka melangkah pergi meninggalkan pemakaman tersebut.

Rayyan menelefon gadis tu tapi tetap saja tidak dapat. Di whatsapp tak dibalas. Selepas semalam gadis tu minta izin untuk pulang terus tiada khabar darinya.

"Atau dia nak jauhkan diri dia pada aku?"Rayyan mengepal penumbuknya sehingga urat urat ditangan nya naik.

Mirza hanya termenung saja di buaian taman. Malam tu mereka membuat tahlil setelah bonda dan ayahda nya telah meninggal.

"Adik?"gadis tu menyeka air matanya dan menoleh ke arah abangnya. Jejaka tu duduk di sebelah nya.

"Adik jangan lah menangis sangat ye. Nanti selsema. Kasihan bonda dan ayahda dekat sana terseksa sebab kita meratapi pemergian diorang."Mirza menunduk mengengam kedua tangannya.

"Mirza cuma tak percaya yang bonda dan ayahda dah pergi. Mirza nak cari siapa yang tembak bonda dan ayahda."Mirza nekad untuk mencari siapa dalang sebalik semua ni.

"Ikut suka adiklah tapi jangan bahayakan diri."Mirza menganguk dan memeluk erat tubuh abangnya.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt