BAB 27

15K 820 89
                                    

"sejak berumur 14 tahun, Andrew kehilangan seorang ibu. Lepas tu dia mendapat kemurungan, stress dan depression sehingga dia buat sesuatu diluar jangkaan."jelas Hairul. Zahid membuka gari di tangan Andrew. Kedua tangan jejaka tu naik memeluk pinggang ramping milik Mirza.

"dan dia disahkan mendapat penyakit mental."bisik Hairul agar Andrew tidak dengar. Ray mengangguk faham.

"Tuhan jahat kan?"Andrew mendongak memandang wajah gadis ni. Mirza mengusap rambut Andrew perlahan.

"Kenapa cakap macam tu hm? Allah tu baik  tau. Tak baik cakap macam tu"Lembut suara Mirza berkata. Andrew mengeleng kepalanya.

Dikeluarkan rantai di lehernya terdapat lambang salib. Dia tersenyum ke arah gadis ni.

"Tuhan kita berbeza. Kita seamin tapi tidak seiman."Katanya. Ditarik pinggang Mirza dekatnya dan disembamkan mukanya di perut Mirza.

"Aku jahat Za."Air mata jantannya gugur. Dan seketika bunyi telefon Za kedengaran.

"Sekejap ya."Diusap rambut Andrew dan segera menjawab panggilan. Setelah tu ditamatkan panggilan nya.

"Tengku Adnan tak dapat datang. Katanya ada meeting."Yang lain meraup wajah kasar.

"Zaa"Mirza menunduk memandang nya. Andrew seakan terasa yang dia berada di dunia nya sendiri bersama Mirza.

"Dunia ni jahat Za. Aku tak dapat kasih sayang dua orang tua aku. Ibu aku dah meninggal. Ayah aku pula sibuk dengan kerja sampaikan aku dia tak ambil kesah. Pelajar yang mati haritu bukan aku yang buat. Ada orang suruh aku untuk culik pelajar tu ke dalam bilik lama. Kalau aku tak buat dia ugut aku untuk bunuh ayah aku Za. D..dia Uzzam budak juvana yang boleh dikatakan nak bunuh semua pelajar dekat sini. Se.. Selina di..dia."air mata lelaki tu mengalir ke pipi.

"Dia buat apa dekat Andrew?"Jejaka tu merenung lama dalam mata brown milik Mirza.

"D.. dia cakap yang dia mengandung kan anak aku dan aku punca nya. T.. tapi aku tak pernah buat benda tu dan dia cakap aku yang buat jadi aku percaya."Mirza menghela nafas perlahan.

"Kenapa Andrew percaya kalau bukan Andrew yang buat hm?"Dicuit hidung mancung Andrew.

"tak tahuu"Disembamkan mukanya di perut Mirza semula. Rayyan yang melihat tu menahan sabar. Dia perlu faham situasi  sekarang.

Mirza melutut depan Andrew. Diseka lembut air mata jejaka tersebut. Direnung dalam mata hitam pekat tu. Disebalik mata hitam tu penuh derita jejaka tu.

"Dah jangan nangis. Kitorang ada dengan Andrew. Tentang pembunuhan tu kitorang nak Andrew terangkan lebih lanjut di balai polis. Jangan risau Andrew takkan dijatuhkan hukuman apa apa."Jejaka tu menganguk.

"Can i hug you?"soalnya.

Rayyan mendengus perlahan ditoleh ke arah lain. Nadya dan Rifa yang perasan raut wajah Ray tergelak kecil. Tahu sangat yang jejaka tu sedang tahan cemburu.

"Come"Andrew masuk ke dalam pelukan Mirza. Hatinya merasa tenang setelah mendapat pelukkan.
_________________________________

"Sayang" terjongket kening Mirza. Gadis tu mengalihkan badannya menghadap Ray.

"Ganti balik cemburu abang tadi. Eiiiii mana boleh sayang peluk dengan lelaki lainnn"Rayyan mendekati Mirza dan dipeluk erat tubuh gadisnya.

Sekarang Mirza berada di rumah banglo milik Rayyan itu yang jejaka ni jadi kucing. manja lain macam.

"Ray kena lah faham situasi."Diusap rambut Ray perlahan. Jejaka tu hanya diam saja.

"Assalamualaikum"Nadya dan Rifa melangkah masuk. Jeno yang kebetulan mahu ke dapur ternampak Nadya. Hatinya berdegup kencang dan segera berlari ke dapur.

"Aish jantung aku ni pehal. Ingatt Tuhan Yesus"Diambil mug nya untuk membancuh air.

"Walaikumusalam."jawab Ray dan Mirza serentak. Ray segera melepaskan pelukan nya. Nanti khawin dia nak peluk Mirza sepuasnya..

"Ni kitorang ada bawakan cucur udang"Ray segera bangun ke dapur untuk mengambil pinggan.

"Ha kau tu Nadya datang tak nak usha?"Jeno menjeling bossnya. Macam tahu tahu jaa.

"Kau pergilah berkepit dengan Mirza tu. Tak payah nak mengusik aku lah!"Ray smirk ke arah jejaka tu dan mengatur langkah ke ruang tamu semula.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें