BAB 7

20.7K 1.2K 45
                                    

Ditoleh ke belakang dan dia berundur dua tapak. Jejaka tu memakai baju kemeja hitam yang dua butang tidak berkancing. Di tangannya pula terdapat satu botol minuman arak.

"Babygirl nak pergi mana sorang sorang ni hm?"Tanya nya dan diakhiri dengan gelakkan.

"a..apa kau nak?"sejak bila dia boleh jadi gagap ni. Fikirannya pula tidak membantunya untuk melakukan sesuatu.

"nak kauu! AHAHAHA."bergema lorong disitu dengan gelakkan nya. Mirza yang melihat jejaka tu leka dengan gelakkan nya mula mengambil keputusan untuk larikan diri.

"BERANI KAU LARIKAN DIRI!"Dikejar gadis tu dan dihentak botol araknya sehingga pecah. Mirza menoleh ke belakang melihat jejaka tu mengejar nya. Dibelok ke arah lorong kecil dan memanjat tembok tersebut.

Diteruskan lariannya sehingga pulang ke rumah. Ditutup pintu rumah dan dikunci. Turun naik nafasnya akibat kepenatan.

"Tak aman hidup aku."Dihela nafas perlahan dan naik ke bilik. Sepupunya mungkin sudah tidur.

Alden serta Hafidzhan memimpin boss mereka ke bilik. Dibaringkan tubuh tegap jejaka tu dan ditarik comforter ke atas pinggang Ray.

"Ray jarang nak mabuk tapi harini dia mabuk semula. Apa yang dia fikirkan?."Alden mengaru keningnya. Hafi mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Mirza melihat jam ditangannya dan dia mengeluh apabila sekejap lagi bahasa English. Kenapalah setiap hari bahasa English ada?.

"Za, kau okeyh tak ni?"Gadis tu hanya mengangguk sahaja. Digaru keningnya yang terasa gatal. Dia masih fikirkan tentang semalam.

"Stand up class, good morning sir!"Ray menyuruh mereka untuk duduk.

"Today I want you to do the exercise on page 79. Kalau dah siap sila hantar."Mereka semua mengangguk dan segera membuka buku.

Mirza mengaru keningnya. Kenapalah otak dia blur tetiba ni.

"Weih apa jawapan soalan ni eh?"Dipandang sepupunya yang turut mengaru kepala.

"Entah lah weih cuba kau pergi tanya Sir."Mirza mengetap bibir. Dengan tidak rela dia bangun ke meja Ray.

"Sir saya tak paham sikit."Ray menutup telefonnya dan menjongket keningnya. Mirza memberitahu dimana yang dia tidak faham dan Ray menerangkan nya secara details.

"Faham?"Mirza mengangguk baru saja dia mahu ke meja nya semula, namanya di panggil.

"Mirza."Gadis tu menoleh ke arah Rayyan.

"Tak pandai ucap terima kasih?"Mirza Tersengih sehingga menampakkan lesung pipit nya. Ray yang melihat tu memerah telinga nya.

"Thank you for this teaching"Diatur langkah ke meja nya semula. Rayyan menganguk dan mengambil telefonnya semula.

Dia punya senyuman masyallah manis nyaa. Nasib di kelas saja kalau diluar dah lama dia cium gadis tu.

"Zaa Rehat jommmm!" Rifa mengoncangkan tangan Mirza. Gadis tu melihat Rifa dengan pandangan kosong.

"Tak pandai sabar eh?"Rifa tersengih dan segera melepaskan tangannya di lengan Mirza.

Ditutup buku nya dan disimpan bawah meja. Mereka segera bangun untuk ke cafe.

"Mirza sini sekejap."Mirza menoleh ke arah sepupunya dan menyuruh mereka pergi cafe dahulu. Kedua gadis tu mengangguk dan melangkah pergi.

Mirza mendekati Ray. Dijongket keningnya. Ray mengalihkan badannya menghadap gadis ini.

"Tentang semalam kau belum jawab lagi. So explain to me babygirl." Mirza mengeluh perlahan.

"Kenapa Sir nak tahu?"tangan naik berpeluk tubuh.

"Salah ke aku nak tahu sebab kenapa anak murid aku tak datang sekolah?"Mirza terdiam seketika.

"Saya tak boleh bagitahu."Kepala ditundukkan apabila mata kelabu tu tajam memandang nya.

"Kenapa? Terlalu privasi sangat ke?"Mirza diam menunduk. Kedua tangan nya dibawa ke belakang dan digengam satu sama lain.

"JAWAB MIRZA!"gadis tu terhinjut bahu akibat terkejut dengan jerkahan tersebut.

"AKU CALL KAU TAK ANGKAT AKU WHATSAPP KAU TAK BALAS. APA MASALAH KAU SEBENARNYA HAH?"Dipandang tajam gadis tu yang dia menunduk.

"M..mak"Tergagap gagap Mirza mahu beritahu.

"Mak mak mak, mak kau tak ada dekat sini!"Mirza menghela nafas perlahan.

"Mak ayah saya meninggal. Maaf kalau buat Sir marah sebab saya tak bagitahu."

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Where stories live. Discover now