BAB 38

13.6K 729 9
                                    

"abanggg. Kita tak dapat tu ke?"Rayyan menjongket keningnya.

"Tu apa?"soalnya. Mirza menghentak kaki nya .

"Tu Zoreh? Koreh? Alah yang bulan puasa tuu"Rayyan terdiam seketika sebelum meletuskan ketawanya.

"Moreh sayangg mana ada Zoreh dengan koreh"Ditarik pinggang isterinya dan diletakkan di atas pehanya.

"Typo"Tergelak Rayyan. Pipi gebu itu dicium olehnya. Tidak jemu dia cium si isteri.

"Abang dah berhenti jadi cikgu sekolah tu. Dan fokus untuk kerja syarikat abang pula."Mirza berkerut dahi nya.

"Dah ada syarikat kenapa gatal nak jadi cikgu?"Ray tersengih.

"Nak dapatkan sayang perlu ada EFFORT bukannya bagi ayat ayat manis sahaja. Setakat bagi ayat manis tu bukan lelaki sejati. Lelaki yang sejati akan halalkan perempuan yang dia sukai dengan cara yang sah."Diukir senyuman manisnya dan diselitkan rambut Mirza ke belakang telinga nya.

"Untung Mirza dapat abang"Dilentokkan kepalanya di dada tegap suaminya. Rayyan mengusap kepala isterinya perlahan.

"Dah nak raya dah. Kalini raya dengan isteri lah." Jejaka tu tersenyum. Dulu raya dengan bonda dan ayahda nya saja. Kini Raya bersama isteri tercinta.

"Mirza pun sama ehehe"Digesel mukanya di dada Rayyan.

"Nak pakai tema warna apa?"Didongak memandang wajah tampan Rayyan. Jejaka tu menunduk sedikit.

"Biru nak?"Rayyan mengangguk. Dicubit geram pipi Mirza. Makin tembam.

"Abang okeyh ja mana mana pun."Dicuit hidung mancung isterinya. Mirza bingkas bangun dari peha Ray dan melangkah ke singki untuk membasuh muka.

Bonda dan ayahda mereka keluar katanya mahu jalan jalan. Mikha, Nazif dan Zharif tinggal bersama Nadya dan Rifa dirumah sana.

"Jeno,Alden,Hafi dengan Rafif mana bang? Tak nampak pun."Jarang dia nak nampak 4 orang kuat suaminya.

"Ada tu ha main buih dekat belakang"Mirza mengintai ke taman. Didekati ke empat jejaka tu.

"Eh puan. Sini lah main sama sama."Ajak Jeno.  Mirza mengambil pistol tersebut dan dicelup ke dalam sabun.

"Tak payahlah panggil puan. Panggil Za ja."katanya dan ditembak ke arah Jeno. Terkejut jejaka tu dan berlari jauh dari Mirza.

"Apa ni tiba tiba kena tembak?"Cemberut wajah jejaka tu. Mirza tergelak terbahak bahak seketika dia terdiam apabila buih duduk di atas hidung nya.

"Alaa comelnya sayang"Ditoleh ke arah Rayyan yang memegang pistol buih tersebut.

"Oh abang lah yang tembak Za?"Rayyan mengangguk tanpa riak bersalah. Jejaka tu mahu menunduk mencelup sabun tapi terhenti apabila terasa wajahnya basah.

"SAYANGGG!" Mirza tergelak dan berlari dari Rayyan yang mengejarnya. Gadis tu bersembunyi di belakang pokok.

"Haa haa"Mirza ke kiri dan berpatah ke kanan pula. Rayyan mengetap bibirnya. Licik sungguh isteri nya.

"Sayang jangan lari nanti penat."Mirza menghentikan langkahnya.

"Eh ha ah lah lupa eheh"Dia duduk bersila di rumput taman. Rayyan bersila di depannya.

"Psst kau tembak dekat diorang and kau Alden tangkap gambar diorang dengan kamera Nikon kau tu"Alden menganguk.

Rafif menembak buih buih tu ke arah boss nya.  Rayyan menghalang buih buih tu dari terkena wajah Mirza. Risau jika sabun tu masuk ke dalam mata isterinya.

"Seronok eh tembak orang"Mereka tersengih saja. Rayyan mengusap kepala isterinya.

Alden menangkap gambar boss mereka. Dilihat hasil tangkapan nya. Terukir senyuman di bibirnya.

"Assalamualaikum amboi main apa tu? Ni kami dah belikan makanan untuk berbuka puasa nanti"Mereka menoleh ke arah bonda Arina dan Tengku Reyhan.

"Za masuk sekejap"Rayyan mengangguk saja. Mirza menolong bondanya. Taknak lah dicop menantu pemalas.

"Za. Kamu bahagia ke dengan Ray sekarang?"Za tersenyum dan mengangguk.

"Alhamdulillah bonda. Ray suami yang baik."Bonda Arina turut tersenyum. Syukurlah Mirza bahagia dengan Rayyan.

"Rayyan tu susah nak terima perempuan. Bagi dia perempuan yang dekat dengan dia semua nak harta dia saja tapi lain dengan kamu yang boleh cairkan hati besi anak bonda tu"Mirza berkerut dahi.

"Ray tak akan tak ada perasaan nak berpasangan bonda?"Soalnya.

"Bonda dan ayahda siap carikan perempuan lagi untuk Rayyan tapi semua dia tolak Za. Tapi sekarang dia dah ada kamu. Jaga Rayyan baik baik ye Za."tutur Ayahda Reyhan.

"In shaa Allah Mirza cuba"jawabnya disertai senyuman manis.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя