BAB 41

13.1K 719 22
                                    

"Sayangggg tolong pakaikan sampin"Mirza yang sedang bersiap di depan meja soleknya segera bangun mendekati suaminya.

Dikemaskan sampin Ray. Dan dilpat dengan kemas.  Di tepuk dada tegap jejaka tu.

"Hensem suami Mirza ni."Ray tersenyum manis ditarik pinggang isterinya dan dicium dahi tu.

"Sayang dah siap ke? Jom"ditarik tangan isteri nya untuk turun ke bawah. Ruang tamu tu riuh dengan suara mereka semua.

Bonda ayahda Nadya dan Rifa turut ada pada hari ini.  Itu lah yang riuh semacam saja.

"Cepat salam dapat duit raya." Rifa menutup kuih raya nya dan mendekati Ayahda nya.

Mirza melutut dengan kedua lututnya di depan Rayyan. Jejaka tu menjongket keningnya berkali kali tergelak Mirza.

"Jangan lah. Mirza cuba nk serius ni."Rayyan tergelak dan berdehem seketika. Wajahnya kembali datar.

Tangan suaminya dicapai dan disalam.

"Za minta maaf minta ampun kalau selama ni Za jadi isteri abang Za derhaka dengan abang. Buat abang sakit hati. Buat abang marah. Buat abang cemburu.tertinggi suara. Pernah siku abang atau apa apa jelah. Za minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Za sayangkan abang"Dicium tangan suaminya dan dipeluk erat tubuh jejaka tu. Dicium pipi suaminya.

"Abang maafkan sayang. Dan abang pun nak minta maaf juga apa yang abang dah buat."Diusap belakang isterinya. Ray mengucup kedua pipi gebu isterinya.

"Sini abang Mikha pula. Tapi abang kena bagi duit raya ok?"Mikha mengangguk pasrah. Ditutup kuih rayanya.

Za mengambil tangan abangnya.

"Za minta maaf sangat sangat  selama Za jadi adik abang .Za degil. Tak ikut cakap. Keras kepala. Za terpukul abang, tertinggi suara. Za minta maaf sebab tak jaga family dengan baik sampaikan raya kalini bonda dan ayahda tak ada dekat sisi. Abang pahlawan adik selepas ayahda. Terima kasih sebab jadi abang yang baik dan penyayang"Dicium tangan abangnya dan dipeluk erat tubuh tu. Mikha mengesat air matanya. Asal adik dia bagi mood sedih ni.

"Takdir di tangan Tuhan kita tak boleh buat apa apa. Bukan salah adik pun bonda dan ayahda pergi. Dah jangan nangis."Diseka air mata adiknya. Mirza tersenyum manis.

"Ni mai makan ketupat dengan rendang dulu sebelum sembahyang raya."Ray bingkas bangun ke meja.

"Hm awak, itu kuah terlekat dekat tepi bibir."Nadya mengesat kiri bibirnya. Jeno tergelak kecil dikesat kuah yang terlekat di bahagian kanan bibir gadis tu.

"T..terima kasih"Gugup Nadya. Jeno tersenyum sahaja.

"sama sama"jawabnya dan menyambung makan semula. Jantungnya sedari tadi berdegup kencang sudahlah Nadya sebelah nya saja.

Alden menyerahkan almond London pada Rifa. Gadis tu mengambil dengan teruja. Tersenyum Alden yang melihat tu.

"Makan baik baik. Nanti tercekik."Rifa tersengih sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.

"Okeyh Alden." Berdegup kencang jantung jejaka tu apabila Rifa memanggil namanya. Macam nak berguling dekat sini jugak.

"Sayang, abang pergi solat raya dulu tau. Sekejap lagi abang balik."Dicium kedua pipi isterinya. Air sembahyang dia ambil di masjid sekejap lagi lah.

"Okeyh. Bye abang dan bye abang Mikha."Dua jejaka tu membalas lambaian Mirza.

Selang beberapa minit sebuah kereta berhenti di hadapan rumah tersebut.

"Assalamualaikum"Bonda Arina melihat kedatangan orang tersebut.

"Walaikumusalam eh Dina masuk lah."Pelawa Arina. Tengku Adina melangkah masuk.

Tengku Adina adalah adik kepada Tengku Arina. Farhana hanya mengikuti langkah bonda nya saja.

"Mirza,Nadya dengan Rifa. Ni aunty Adina adik bonda dan ni Farhana anak kepada aunty Adina."Mereka bertiga mengangguk faham.

"Hm abang Rayyan baru pergi solat raya ke Aunty?"Bonda Arina menganguk.

"Ha ah baru ja pergi."Farhana mengangguk saja dan dia terpandang akan seorang gadis yang duduk di sofa berhadapan dengan nya. Mungkin tetamu.

"Weih Za ni kuih Kampret kan?"Hampir mau terletus ketawa Mirza namun ditahan. Kang merajuk pula Rifa ni.

"Samperit"Diukir senyuman nipis. Rifa tersengih. Nasib di rumah Rayyan. Kalau rumah orang buat malu ja.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Where stories live. Discover now