BAB 35

14.6K 771 11
                                    

"ya Asy ketua mafia bagi kumpulan White Tiger dan Mirza ketua AR. Ayahda ketua Agent Rahsia dan Bonda ketua White Tiger yang dikenali di itali dan US malah Abang Mikha ketua mafia bagi kumpulan Devil Shark."jelas Mirza. Rayyan melepaskan tangannya di bahu isterinya.

"Kenapa sayang rahsiakan dari abang? Abang ni tak penting ke bagi sayang?"Mirza menunduk menghela nafasnya.

"Maaf, kita settle dekat rumah ja."Diatur langkah pergi meninggalkan Rayyan.

Nadya dan Rifa mendekati Mirza yang termenung saja melihat hujan yang turun. Ditepuk bahu gadis tu.

"Za. Kau okeyh?"Gadis tu menganguk perlahan. Dia pulang ke rumah mereka bertiga dahulu. Rumah Rayyan nanti lah dia balik.

"Kau dah bagitahu Ray yang kau datang sini?"soal Nadya. Mirza mengeleng perlahan.

"Aku nak naik mandi sekejap lepas tu aku nak settlekan semua ni"Diatur langkah ke bilik.

"Mirza. Kamu dari mana? Rayyan ada dekat bilik. Dia suruh Mirza jumpa dengan dia."Kata bonda Arina. Mirza mengangguk dan segera ke bilik.

Mirza melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dan terpandang akan suaminya yang duduk di sofa sambil melihat telefonnya.

"Pergi mana tadi?"Soal Rayyan tanpa memandang wajah isterinya.

"Rumah Nadya dengan Rifa."Dilabuhkan punggung nya di atas katil.

"Abang marahkan Za ke?"Soal nya dengan kepala ditundukkan. Rayyan hanya diam tidak menjawab.

"Za minta maaf sebab tak cerita semuanya. Za tak tahu nak mula dari mana. Susah jadi ketua AR dalam masa yang sama jadi ketua mafia. Za minta maaf sangat sangat kalau abang nak marah Za pun marahlah. Za tahu Za dah derhaka dengan abang kan?. Dekat bilik guru Za siku abang. Maaf"Ditundukkan kepalanya dengan air mata mengalir deras.

Rayyan yang sedari tadi melihat isterinya segera mendekati Za dan ditarik tubuh tu ke dalam pelukannya. Dia tahu jadi ketua AR dan mafia tidak lah mudah.

"Abang tak marahkan sayang. Abang faham"dicium pipi gebu isterinya dengan lama.

"Shhh jangan nangis. Sekejap lagi nak pergi bazar mata bengkak pula."Pujuk Ray dengan tangan mengusap belakang isterinya.

"Sayangg. Jangan nangis. Kalau sayang nangis abang pun rasa nak nangis juga. Kalau sayang lemah abang pun lemah. Sayang kekuatan abang. Please jangan nangis."Diseka air mata Mirza dan dipeluk erat.

"Maafkan Za"Dipeluk suaminya erat dan disembamkan mukanya di dada tegap Rayyan.

"Abang maafkan semua kesalahan sayang. Dah jangan nangis. Jom kita pergi bazar nak?" Mirza mengangguk.

Jari jemari isterinya digengam erat.

"Saya tengok Rayyan bahagia dengan Mirza."Tengku Reyhan menoleh ke arah isterinya.

"Itulah abang tengok kebahagiaan Ray ada pada Mirza. Abang harap diorang kekal lah. Kita mak ayah doakan yang baik baik ja untuk diorang."Bonda Arina tersenyum sambil mengangguk.

"Bonda ayahda. Kami pergi bazar dulu ya."bonda dan ayahda mengangguk.

"Hm abang"Ray menoleh ke arah isterinya yang memejamkan mata nya.

"Kenapa sayang?"Soal Rayyan. Dipegang tangan isterinya yang menutup mata kanannya.

"Habuk masuk mata."Rayyan menunduk sikit dibuka mata isterinya dan ditiup lembut.

"Dah? Sakit lagi tak?"Mirza mengeleng. Dia tersenyum manis.

"Makasih"Rayyan mengusap kepala isterinya perlahan.

"Ehem ehem aduh sakit tekak pula."mereka menoleh ke arah Andrew yang berdehem.

"Kau lagi."Mirza menjulingkan matanya. Andrew dan kawan kawannya tersenyum sahaja.

"Dekat bazar pun nak bersweet ke cik kak?"Usik Haziq.

"Cemburu ke Ziq? Single eh"Sindir Ray. Haziq menjuihkan bibirnya.

"Jom blah. Kau tunggu Sir. Nanti saya khawin saya sweet sampai penuh semut satu bumi ni"Haziq memeluk lengan Fazin.

"Jom Faz kita pergi beli air"Fazin hanya pasrah saja. Nasib kau lah dapat kawan gay macam Haziq ni.

"Oke gay dikesan"Ray menarik bahu isterinya untuk pergi dari situ.  Mirza tergelak kecil.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Where stories live. Discover now