Chapter 1

211 18 26
                                    

"Eeeeee apa kat dahi tu eeeeee HAHAHAHAHA" "Buuuuu ada parut buuuuuuu" "Semalam aku jalan-jalan dengan mak dan ayah aku, eh, kau takda mak dan ayah kan HAHAHAHA"








           Itulah suara cacian yang masuk ke dalam telinga seorang budak lelaki yang berumur 9 tahun. Bukan dia yang minta untuk diberikan kekurangan seperti itu. Hauskan kasih sayang seorang mak dan ayah, kehidupannya jauh berbeza dengan kanak-kanak yang lain.









"Buuuuuu Kakucho buuuuuuuu" "Kakucho hodoh buuu Kakucho hodohhh" Itulah cacian yang seorang budak lelaki berumur 9 tahun dengar setiap hari. Jauh dilubuk hati Kakucho menginginkan pertolongan tapi apakan daya, dia diperlakukan seperti anjing jalanan. "Janganlah kacau aku tsk tsk. Aku takde buat sal- salah pun tsk tsk" Rayu Kakucho sambil menangis teresak-esak








"OITTTT SEMUA! DENGAR SINI! KITA JANGAN KAWAN DENGAN KAKUCHO!" Jerit seorang lagi budak lelaki dengan angkuhnya. "Cikgu! Itu mereka! Cepat cikgu!" Jerit seorang budak perempuan yang umurnya lebih muda dari mereka tadi. "Kamu semua ikut saya sekarang! Kecik-kecik dah pandai buli orang. Besar nanti tak taulah macam mana" Cakap cikgu tadi













Kakucho masih lagi menangis kecil sambil mengelap air matanya. "Awak okay? Jangan risau, nanti cikgu hukum diorang" Itulah kata-kata yang dilontarkan oleh budak perempuan yang berumur 7 tahun tadi. Budak perempuan itu mengeluarkan kain kecil berwarna biru langit dengan gambar robocar poli.










[Stoppp😭🤣🤣🤣robocar poli siak. Biasalah budak-budak]











"Awak lap lah air mata awak guna kain ni" Cakap budak perempuan itu tadi. Kakucho mengambil kain itu dan mengelap air matanya yang bersisa sedikit sahaja lagi. "Hingus awak keluar, lap lah jugak" Cakap budak perempuan itu lagi. "Tapi nanti kain awak kotor" Cakap Kakucho. Takpe, kain kan boleh cuci. Kakucho pun mengelap hingusnya












Cikgu: Nanti kamu jangan risau, takda siapa yang akan buli kamu lagi
Kakucho: Terima kasih cikgu sebab tolong saya
Cikgu: Jangan ucap terima kasih dekat cikgu, ucap dekat [name]. Dia yang nampak kamu kena buli tadi. Dia terus report dekat cikgu
Kakucho: Terima ka-kasih... Nama awak siapa
[name]: [f/n] [name]. Awak panggil saya [name] je
Kakucho: Terima kasih [name]
[name]: Sama-sama Ucho-eh ayah saya dah sampai. Saya balik dulu ye cikgu
Cikgu: Baik, hati-hati
[name]: Bye cikgu! Bye Ucho! Nanti kita jumpa lagi











             Kau pun berlari dengan pantas menuju ke kereta ayah kau. Satu senyuman manis yang terukir di bibir Kakucho yang memaparkan wajah kacaknya. "Eppp apa senyum-senyum. Cikgu dah call makcik kamu. Nanti dia datang ambil" Terang cikgu itu. Kakucho hanya mengangguk tanda setuju. Kakucho melangkah kakinya mengikut cikgu namun matanya tertuju ke tangannya. Tangannya masih lagi menggenggam kain kecil warna biru langit itu tadi. Belum sempat dia ingin memulangkannya kepada kau.













Di rumah


        "Kenapa Kakucho tak bagitahu sebelum ni yang ada budak buli Kakucho?" Soal makcik Kakucho. Setelah kematian mak dan ayah Kakucho akibat kemalangan jalan raya, Kakucho tinggal bersama makcik dan pakciknya iaitu Makcik Sara dan Pakcik Jun. Merekalah yang menjaga Kakucho seperti anak mereka sendiri. Makcik dan pakciknya tidak dikurniakan cahaya mata, namun Kakucho sudah cukup membawa sinar di dalam hidup mereka.










Kakucho: Takpe, sikit je tu
Pakcik Jun: Kakucho, dengar sini. Kalau ada orang buli, lawan
Makcik Sara: Jangan takut, Kakucho kena kuat
Pakcik Jun: Kakucho kan lelaki yang hebat













              Selesai sahaja makan malam, Kakucho membantu makciknya mencuci pinggan dan mangkuk. Selesai mencuci, dia pun terus meluru masuk ke dalam bilik. Dia mencapai satu buku dan pensil lalu meniarap di atas tilamnya. Buku tersebut masih lagi baru dan belum ditulis apa-apa. Dia membuka lembaran pertama buku itu dan menulis hari dan tarikh pada hari itu. Tangannya mula bergerak menulis kejadian yang berlaku pada hari itu. Bibirnya tidak berhenti mengukir senyuman. Inilah kali pertama dia bertemu dengan orang yang baik hati sanggup menolongnya.












        "Nama dia [name]. Tulis nama [name] guna pen warna pink lah. Okey dah siap" Gumam Kakucho. Dia melukis bintang pada muka surat tersebut dan melukis orang lidi perempuan.




tok tok tok





       "Kakucho? Boleh makcik masuk?" Soal makcik. "B-Boleh makcik. Masuklah" Cakap Kakucho dengan teragak-agak. Mata makcik tertumpu pada kain kecil yang dipegang Kakucho. Makcik hanya tersenyum tanda faham. "Tadi cikgu cakap, ada budak perempuan yang tolong Kakucho. Betul?" Tanya makcik











Kakucho: B-Betul
Makcik: Siapa nama dia?
Kakucho: Nama dia [name]
Makcik: Cantik nama tu
Kakucho: Dia baik. Cantik
Makcik: Kalau macam tu, cepatlah tidur. Esok kena bangun awal kan, mak pergi sekolah
Kakucho: Baik makcik













           Makcik keluar dari bilik dan Kakucho menutup lampu biliknya. Sengaja dia buka sedikit langsir ditingkap biliknya supaya dia dapat melihat bintang. Kain kecil kau dia letak di dalam beg sekolah. Kakucho menarik selimut dan melelapkan mata.















Kau💅



         "[name]. Mana kain kecil robocar poli?" Tanya mak kau. "Oh tadi [name] pinjamkan dekat kawan. Lupa nak ambil" Jawab kau. Begitu juga dengan kau. Melihat bintang di langit malam. Berharap agar bertemu kembali pada esok hari. 2 bungkus candy berbentuk bintang juga telah kau simpan dalam beg sekolah untuk dikongsi bersama Kakucho.




             Kau mengambil kertas manila berwarna biru langit dan menulis nama 'Ucho' disitu. Kau melipat kertas itu dan membentuk origami burung. Origami tersebut kau simpan di dalam satu kotak istimewa. "Cantik bintang malam ni, sama macam senyuman Ucho" Cakap kau












[Amboi kecik-kecik lagi dah pandai bermadah pujangga eh. Eyyy geram je aku]

Stargazing [Hitto Kakucho]✔️Where stories live. Discover now