Chapter 2

144 21 34
                                    

"[name]!! Awak nak pergi mana?" Tanya ketua kelas kepada kau. "Saya nak jumpa kawan kejap" Sahut kau sambil berlari keluar kelas dan mencari kawan baru kau. Tangan kau membawa satu bungkus gula-gula berbentuk bintang untuk kau berikan kepada kawan kau






"Mana Ucho ye? Lupa pula nak tanya dia kelas mana semalam" Keluh kau. Kau pusing satu sekolah itu mencari Kakucho dan tempat terakhir. Kau pergi dekat belakang bilik sukan. Disitu kau nampak seorang budak lelaki duduk mencangkung sambil buat apa tah guna pasir. "Ucho?" Panggil kau. Budak lelaki itu menoleh lalu menampakkan parut yang ada di mukanya. Melihat dari gaya rambut sahaja kau sudah boleh cam itu Kakucho.












Kakucho: Eh-emm [name]
[name]: Tadi saya cari awak
Kakucho: K-Kenapa?
[name]: Nah. Gula-gula
Kakucho: Terima kasih. Oh-ni kain awak semalam
[name]: Takpe, awak boleh simpan. Mak saya cakap, bagi je kain tu kat awak
Kakucho: Takpe ke?
[name]: Takpe, saya dah ada yang baru. Tengok ni, kartun minnie mouse












          Kau mendekat ke arah Kakucho dan mata kau tertumpu pada pasir yang dibinanya. "Ucho, awak buat apa tu?" Tanya kau. "Ni... Ni kubur ummi dan abah saya. Ummi dan abah saya dah meninggal, sebab kemalangan jalan raya" Jelas Kakucho. Kau hanya berdiam diri, tidak tahu ingin memberikan ekspresi apa. "Awak tinggal dengan siapa sekarang?" Tanya kau lagi








Kakucho: Saya tinggal dengan makcik dan pakcik
[name]: Ohhhh macam tu
Kakucho: Awak tak takut main dengan saya?
[name]: Tak. Kenapa?
Kakucho: Budak lain cakap parut saya hodoh. Diorang taknak kawan dengan saya
[name]: Parut awak cantik lah. Saya nak kawan dengan awak
Kakucho: K-Kawan? (blushing gitu)
[name]: Ye, kita kawan. Kalau ada orang kacau awak, bagitau saya tau
Kakucho: Tapi awak kecik. Saya umur 9 tahun, awak 7 tahun
[name]: Itu tidak menjadi masalah. Nama awak Ucho kan?
Kakucho: Nama penuh saya Kakucho. Hitto Kakucho
[name]: Eh-mintak maaf. Saya pikir nama awak Ucho. Sebab semalam saya dengar budak lain jerit nama Ucho. Jadi saya pun panggil awak Ucho
Kakucho: Mana-mana pun boleh












          Sejak dari hari itu, kau berdua pun menjadi kawan rapat. Dari kawan rapat, timbullah rasa sayang. [Pffttt, amende dho author ni] Kakucho yang menyukai kau dalam diam masih malu-malu ingin mengungkapkan perasaannya.














3 bulan kemudian











               "UCHOOO!! SINI SINI!! SAYA DAPAT IKANNNNN" Jerit kau. Kakucho yang mendengar jeritan kau terus maju ke arah kau. "Biar betul awak dapat ikan?" Tanya Kakucho. Harini kau dan Kakucho pergi memancing di sungai selepas pulang dari sekolah. Dari mana dapat joran? Kakucho seludup 2 joran pakciknya tanpa pengetahuan pakciknya.








Kakucho menolong kau menarik joran. Semakin lama korang pusing, tali pancing semakin naik ke atas. Mata kau dan Kakucho masing-masing bersinar menunggu kehadiran ikan yang telah berjaya dipancing. "Cepat Ucho sikit lagi" Tali joran semakin naik ke atas dan!











Kakucho: Huh?
[name]: ......
Kakucho: pffttt
[name]: Kecewanya saya HAHAHAHA
Kakucho: Ini bukan ikan, ini selipar HAHAHAHA








Setelah sekian 2 jam menunggu, ikan masih tak dapat-dapat. Kau berdua pun membuat keputusan untuk bermain di rumah Kakucho. Setelah dalam 30 minit berjalan, kau berdua telah sampai di rumah Kakucho. Disitu terlihat kelibat seorang lelaki yang dalam usianya 40 lebih. "Patutlah pakcik cari pakcik punya joran tak jumpa-jumpa. Bertuah punya budak





Makcik: Haa balik pun kamu-ni siapa ye?
Kakucho: Ni kawan, nama dia [name]
Makcik: Ohhhhh yang dalam diari Kakucho-
Kakucho: Ha nah pakcik, tadi Kakucho pinjam joran nak pancing ikan
Pakcik: Amboi kecik-kecik dah pergi dating. Bawa pergi memancing pulak tu~
Makcik: Dah lah tu bang, awak ni suka sangat menyakat budak. Ha Kakucho, [name] masuklah. Jom kita makan kek yang makcik baru bakar tadi








"Jomlah [name], masuk" Cakap Kakucho kepada kau. Kau, Kakucho dan makcik menuju ke meja dapur dan duduk disitu untuk menjamah kek yang baru dibakar tadi. Kau pun bersembang dengan makcik. Kakucho hanya diam dan hanya mendengar apa yang kau dan makcik borakkan. Kakucho juga meneliti setiap inci dari muka kau. 'cantik' hanya itu sahaja perkataan yang Kakucho mampu ungkapkan di dalam hatinya ketika dia melihat kau.
















[name]: Saya minta diri dulu ye makcik
Makcik: Ohh okey, kejap ye
Kakucho: Jom saya hantar awak balik
[name]: Eh takpe, rumah saya tak jauh sangat
Kakucho: Bahayalah, saya hantarkan
Makcik: Ha nah, kasi kek ni dekat mak ye
[name]: Mekasih makcik
Makcik: Kakucho, hantar [name] balik
[name]: Takpe makcik, saya dah biasa balik sorang
Makcik: Takpelah, biar Kakucho hantar
[name]: Takpe takpe, saya pandai balik sorang. Susah-susah je
Kakucho: Betul ke ni?














             Kakucho pun biarkan kau balik seorang diri dengan hati yang tak rela. Gaduh dengan perempuan, lelaki tak pernah menang. Kau pun lambai untuk kali terakhir dekat makcik dan Kakucho. Semakin jauh kau berjalan semakin hilang pandangan kau dari mata Kakucho. Geli hati Kakucho apabila mengingat semula gelagat kau.













Kakucho berlari menuju ke bilik dan mengambil buku diari dan pen dengan pantas. Dengan senyuman manis yang terukir di bibir, dia menulis semua yang berlaku pada hari ini. Mula dari dia menyeludup joran, memancing dengan kau, terpancing selipar, makan kek sampailah kau pulang. Yes, dia tulis semua.














Hubungan persahabatan kau berdua sangatlah akrab. Dengan adanya kau di sisi Kakucho, murid lain mula menerima Kakucho dan berkawan dengannya. See, the power we have. Namun, masa bersama kau berdua hanyalah sementara setelah ayah kau dipindahkan ke syarikat lain. Sudah semestinya kau juga dipindahkan ke sekolah lain.















Mak: Lusa kita dah nak pindah dari sini
Ayah: Ye, ayah dipindahkan ke tempat lain
[name]: Tapi... Tapi [name] nak tinggal kat sini je
Mak: Mak faham kamu taknak tinggalkan kawan-kawan kamu. Lebih-lebih lagi Kakucho
Ayah: Ayah okey je kalau [name] nak tinggal kat sini, tapi [name] kecik lagi
Mak: Takda orang nak jaga nanti. Nak tak nak [name] kena ikut pindah juga














           Mendengar sahaja apa yang ayah dan mak kau katakan, kau terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Kau menghempas badan kau di atas tilam sambil menangis. "Uchooooo~" Satu-satunya perkataan yang keluar dari mulut kau. Kau mula mengambil semula kesemua origami burung yang bertuliskan nama Ucho. Berat hati kau nak tinggalkan Kakucho. Kau hanya mampu menangis, tidak boleh berbuat apa-apa.













Kakucho


            "Hmm kenapa malam ni takde bintang?" Soal Kakucho. Dia mula merindukan kau. Entah mengapa, dia rasa rindu yang teramat dekat kau.
















Sorry dho😭 author terpaksa ikut plot cerita


Stargazing [Hitto Kakucho]✔️Where stories live. Discover now