Chapter 13

70 10 24
                                    

[Skip dah masuk uni. Author taknak panjangkan chapter buku ni. Jangan risau, chapter yang korang exam haritu dapat straight A. Oke ni dah masuk alam uni umur 20]

[Aku punyalah malas nak menaip, aku skip buat chapter masuk uni terus🤣🤣]






"Hello [name] masuklah. Baru habis class eh?" -Ran

"Ha ah baru habis kelas ni. Mana Hanma dengan Shion- YOWWW BESTIE" -[name]

"Piwwitttttt sini ah [name] aku ada gosip terbaru ni" -Hanma

"Berita terhangat dan tergempakz ni" -Shion


Siapa sangka, dua jejaka yang paling kau elak sebelum ini, menjadi sahabat baik kau. Kakucho juga pada awalnya tidak mempercayai kau selesa bergaul dengan Hanma dan Shion. Biasalah, pada mulanya masih malu-malu.






Kakucho: [name], makan sini dulu
[name]: Saya makan sambil lepak dengan diorang lah
Kakucho: Takda, makan dulu baru lepak
[name]: Tapi-
Kakucho: Duduk sini

Kau akur lalu duduk di meja lain bersama Kakucho. Sudah menjadi rutin harian kau, selepas tamat kelas, kau akan singgah di kedai Kakucho. Sama juga seperti zaman remaja kau dahulu, tamat waktu sekolah, kau singgah terlebih dahulu di kedai Kakucho.



Kakucho: Awak ada nak tambah apa-apa barang lagi tak?
[name]: Takda. Dah cukup dah tu
Kakucho: Baju tunang bila kita nak ambik?
[name]: Takpa, awak jaga je kedai awak. Nanti saya ajak Emma dan Hina ambik baju tunang kita.



Setelah lama tempoh persahabatan kau dan Kakucho, dia akhirnya memutuskan untuk menjadikan kau sebagai bunga di hatinya. Sudah lama dia memendam rasa cinta terhadap kau. Kau terus bersetuju dengannya dan membawa Kakucho berjumpa dengan mak dan ayah.

Tidak mudah untuk Kakucho menyunting bunga di taman mak dan ayah kau. Kau satu-satunya anak mereka, jadi memakan masa yang agak lama untuk Kakucho dapat menyunting kau untuk diperisterikan.

Lalu masing-masing bersetuju untuk bertunang terlebih dahulu. Soal perkahwinan, itu akan dilaksanakan setelah kau menamatkan tempoh pembelajaran kau yang bersisa 2 tahun lagi.





"Amboi, rancak korang bersembang"

[name]: Eh Izana. Dari mana?
Izana: Aku dari rumah tadi
Kakucho: Duduk lah sini Izana
Izana: Eh takpalah. Ganggu pulak pasangan yang bagai pinang dibelah dua ni

Hanma: Woi Kaku! Izinkan aku dengan Shion nak sembang dengan [name] kejap
Shion: Kitorang ada berita hangat ni
Kakucho: Korang tak habis-habis ajar bakal tunang aku membawang







-skip hari-





[name]: Kenapa muka monyok je ni?
Emma: Hmmm
Hina: Hmmmm
[name]: Dari tadi asyik hm je. Kenapa?
Emma: Emma masih kecewa sebab akak tak jadi akak ipar Emma
Hina: Hina pun, ingatkan nak kenalkan akak dengan Naoto
[name]: Tak baik cakap macamtu. Nak buat macam mana
Emma: Itulah, tapi nanti kalau akak dah jadi bini orang, jangan stop lepak dengan kitorang
[name]: Akak dah ada cucu pun masih nak lepak dengan korang nanti tau
Hina: Betul ni? Janji tau?
[name]: Betul, janji



Kau, Emma dan Hina bergegas masuk ke dalam butik untuk mengambil baju tunang yang telah ditempah pada 2 minggu yang lepas. Melihat pakaian pengantin di dalam butik tersebut, semakin membuak-buak perasaan kau ingin duduk di atas pelamin.

Setelah dalam 30 minit dihabiskan untuk mencuci mata melihat pakaian cantik di dalam butik tersebut, kau bertiga keluar dan menuju ke ShareTea.




Emma: Sini Emma tolong orderkan
[name]: Orderkan akak mana-mana air buah
Emma: Oke jap ye
Hina: Hina nak ikut order lah. Nak tengok menu
[name]: Okey, akak tunggu sini





"Eh [name]. Kau pun ada kat sini?"




[name]: Eh-Ohh Izana. Ha ah aku ikut adik kau ni. Kau sorang je ke?
Izana: Ha ah, sorang
[name]: Kau dari kedai Ucho eh?
Izana: Eh tak, aku dari bengkel motor abang aku. Kau ambik baju tunang kan?
[name]: Iyee, tengok ni. Tak sabar nak pakai nanti
Izana: Amboi, sukanya dia
[name]: Mesti lah suka hehe
Izana: A-Aku gembira kau nak bertunang dengan Kaku. Aku doakan urusan ni berjalan dengan lancar






Emma yang dari jauh melihat kau dan Izana bersembang hanya mampu menghela nafas. Masih lagi dia menginginkan kau menjadi kakak iparnya. Tapi dia tetap gembira kerana kau bertemu dengan orang yang baik dan mampu menjaga kau seperti Kakucho. Dia lebih rela kau berumah tangga bersama Kakucho daripada Mikey.









Telefon kau berbunyi menandakan seseorang menghubungi. Kau menjawab panggilan tersebut dengan pantas sebaik sahaja melihat nama yang membuat panggilan.





[name]: Hello? Abang, macam mana? Oke tak? Abang Shin kat rumah ke?
Shin: Semua oke tip top uolls. Dulang hantaran yang abang buat ni sumpah cantik giler
[name]: Omaigod tak sabar nak tengok
Shin: Confirm [name] suka dengan design ni
[name]: Okey [name] nak balik dah ni. Abang mesti tengah membawang dengan mak kan?
Shin: Menghias dulang sambil membawang lerr










Stargazing [Hitto Kakucho]✔️Where stories live. Discover now