Chapter 21

57 9 8
                                    

"Izana, aku teringin nak pergi pantai. Boleh tak kau teman aku?" Kata kau kepada Izana. Izana mengangguk perlahan tanda setuju.






Izana dan kau berdiri di gigi pantai. Menikmati bahasa ombak. Indah saja melodinya. Pandangan matanya dilepaskan ke arah laut. Agak mendinginkan, namun mampu menghilangkan duka.





"Tempat yang aku berdiri ini, tempat yang sama Kakucho selalu berdiri. Masih tidak dapat ku lupakan memori indah kami berdua. Bagaimana rasa sayang ini ingin hilang? Jujur aku katakan, aku tidak menginginkan rasa sayangku ku hilang." Izana hanya mendengar suara kau yang mendayu-dayu bersama bunyi ombak yang beralun-alun.



"Semua tentang dirinya, aku suka"

"Dari tutur bicaranya"

"Lenggok bahasanya"

"Kasih sayangnya"

"Semua aku suka"


Izana sekadar diam. Hanya pandangan sayu yang dia hadiahkan. Berat hatinya melihat kau begini. Izana hanya membisu. Rasa serba salah menyelubungi diri. Perlahan-lahan Izana mengatur langkahnya dan merapati kau.






"Tidak semua yang ada di dunia ini, indah seperti yang kau sangkakan. Hati manusia boleh berubah. Terpulang kepada kita, sama ada ingin bertahan, atau mengundur diri" -Izana

"Apa yang kau maksudkan, Izana?" -[name]

"Sama seperti ombak. Terkadang, ia mengelirukan. Ada kalanya ombak lembut mengelus-ngelus pantai. Penuh kasih sayang. Ada kalanya, ombak mengganas, seperti ingin melenyapkan pantai yang indah" -Izana




Izana: Begitu juga dengan manusia. Sayang itu tidak selamanya boleh ditagih. Janji juga sudah tiada maknanya
[name]: Tapi, perasaan ku padanya teramatlah kuat, Izana
Izana: Aku tahu. Ada sebab, mengapa dua insan dipertemukan
[name]: Sama ada kitalah yang mengubah hidupnya, atau dialah yang mengubah hidup kita
Izana: Benar





Dengan adanya peluang keemasan ini, Izana bertanya tentang hal kepada kau selagi dia masih diselubungi tanda tanya.

"Jadi, jikalau Kaku tidak ditakdirkan untuk mendapat memorinya kembali, masihkah kau mencintai dia?" -Izana

"Jawapan itu, masih belum aku temukan" -[name]




Suasana yang indah seperti puisi tadi diisi dengan gelak tawa semula. Kau berdua ketawa sepuas hati. Seperti tiada masalah yang sedang dialami.




[name]: Dah kenapa pulak kita nak bermadah pujangga ni
Izana: Aku saja je cakap guna lenggok bahasa tu tadi. Rasa romantik, macam zaman dulu-dulu
[name]: Aku dah tak takut
Izana: Hm?
[name]: Aku tak takut untuk menjalani pembedahan esok. Aku redha. Semua ini ketentuan Allah
Izana: Walau apa pun yang terjadi, aku tetap ada untuk kau









Matahari kelihatan kian terbenam. Sinarnya menjadikan awan kelihatan kemerahan jingga. Ini petanda senja ingin melabuhkan tirainya dan teruja ingin memancarkan panorama indah. Segala peristiwa yang berada di pantai tadi, biarlah berlalu menjadi kenangan indah buat kau.










-----







Tangan kau digenggam kuat oleh Izana. Sungguh tidak kau sangka, hari ini akan tiba dengan pantasnya. Jauh di dalam hati, kau ingin Kakucho yang berada disisi kau sekarang ini. Namun kau tidak boleh memilih, ada Izana yang sanggup menemani kau, sudah memadai.







Izana: Doa banyak-banyak. Aku yakin kau boleh
[name]: Aku tak tau macam mana nak balas jasa kau
Izana: Dahh jangan nangis. Jasa aku ni, aku bagi free je dekat kau. Jangan bayar
[name]: Aku sayang dho dekat kau
Izana: Aku pun sayang kau. Kalau kau sayang aku, lebih baik kau berjaya dal pembedahan ni
[name]: Kalau pembedahan ni tak berjaya macam mana?
Izana: Aku tetap sayang kau. Walhal aku akan sayang kau dengan lebih lagi











Masa sudah tamat. Kau dibawa ke dalam bilik pembedahan. Izana hanya menatap kau hingga kau hilang dari pandangannya. Setelah kau masuk, Hanma, Shion dan yang lainnya datang juga. Ingin melawat temannya.

Izana sudah menghantar pesanan mesej kepada Kakucho bahawa kau akan menjalani pembedahan pada hari ini. Namun mesej tersebut hanya dibaca. Entah dia endah atau tidak, peduli apa Izana.






Satu jam berlalu ke dua jam. Dua jam berlalu ke tiga jam. Doktor keluar dari pintu bilik pembedahan, menandakan pembedahan telah selesai dilaksanakan.





Hanma: Doktor! Macam mana bini saya?
Koko: Mangkuk ayun!
Izana: Abaikan kawan saya. Macam mana pesakit, doktor?
Doktor: Pembedahannya, ada yang kami berjaya lakukan. Namun, kansernya semakin merebak
Izana: Maksud doktor?
Doktor: Kansernya sudah merebak ke bahagian organ yang lain, iaitu pada bahagia paru-paru pesakit
Izana: Jadi?
Doktor: Pesakit telah di sahkan menghidap kanser payudara... Tahap 4
Izana: Masih boleh diselamatkan kan doktor! Berapa banyak wang pembedahan yang doktor nak, saya beg bayarkan! Yang penting boleh dirawat








Ran dan Koko menarik Izana dari situ kerana risau akan berlakunya pergaduhan. Mereka cuba menenangkan Izana yang sedang memberontak.








Ran: Izana dahhh! Kanser tahap 4 jarang boleh diselamatkan. Kau kena terima. Tapi tak semua mustahil, berserah kepada Allah
Izana: Apa aku nak jawab dekat [name]. Aku dah janji yang dia akan sembuh
Ran: Izana! Kau tak boleh macam ni. [name] lagi sedih tengok kau macam ni
Izana: Baru semalam kitorang gelak sama-sama








Setelah mengambil masa 30 minit untuk bertenang, Izana akhirnya melawat kau di dalam bilik pesakit. Pintu dibuka dengan perlahan. Dia tak sanggup melihat kau tersiksa sebegitu.

Masuk saja Izana di dalam bilik tersebut, dia menemui kau sedang terbaring dan merenung ke luar jendela.







Izana: [name], aku minta maaf. Aku dah janji nak selamatkan kau, tapi hakikatnya ini yang terjadi
[name]: Tak mengapalah Izana. Aku baik-baik saja
Izana: Aku minta maaf....
[name]: Aku baik saja. Kalau sudah ini yang ditakdirkan untukku, aku terima dengan hati yang terbuka
Izana: Tapi kau tidak akan sihat seperti dulu lagi
[name]: Masih diberi rezeki untuk bernafas juga sudah memadai. Biarlah aku terlantar di hospital ini
Izana: Aku tak sanggup melihat kau yang hanya akan terbaring disini







Izana hanya mampu menangis, dan melutut di hadapan kau. Hanma dan yang lainnya juga turut masuk untuk menjenguk kau. Masing-masing terdiam. Mereka sedar, keadaan tidak akan menjadi baik seperti sebelumnya.





-----





"Arghhh bayangan ni ada lagi. Sakit kepala aku....." Keluh Kakucho seorang diri.


Setiap kali satu bayangan terlintas di kepalanya, kepalanya akan terasa amat sakit. Keadaan seakan-akan memaksa dia untuk mendapatkan memorinya semula. Seakan-akan tahu kau memerlukan dirinya.








Stargazing [Hitto Kakucho]✔️Where stories live. Discover now