Chapter 3

124 15 38
                                    

"Nah, ikan laga ni saya pancing sendiri tau untuk awak" Kata Kakucho sambil menyerahkan ikan laga berwarna merah jambu di dalam akuarium kecil yang berisi batu warna warni dan rumpai laut palsu. Kau mengambil akuarium itu dengan perasaan yang bercampur baur, sedih ada, happy pun ada.












Kakucho: Awak ada kawan baru nanti, jangan lupakan saya tau
[name]: Saya mesti ingat awak. Awak sorang je yang selalu main dengan saya. Mana boleh saya lupakan awak. Awak pun jangan lupakan saya
Kakucho: Saya janji, nanti saya dah besar saya cari awak
[name]: Janji tau. Jangan lambat
Kakucho: Janji. Saya simpan lagi tau kain kecil robocar poli tu
[name]: Nanti saya jaga ikan ni











           Mak, ayah, makcik dan pakcik hanya menahan sebak melihat hubungan persahabatan kau berdua. Tak sanggup nak pisahkan, namun apakan daya. Keadaan amat mencemburui kau berdua. "[name], jom gerak" Cakap ibu kau. Haaa cakap jom je, air mata kau dah berguguran. Begitu juga dengan Kakucho.













[name]: Ucho nanti cari saya tau
Kakucho: Saya janj-janji
[name]: Nah, buku diari ni saya beli untuk awak. Dalam ni ada gambar kita berdua tau
Kakucho: Saya janji, saya cari awak














             Kau berdua pun menangis sambil meraung tak nak berpisah. Entah bila kau berdua dapat berjumpa lagi. Murung terus Kakucho. Dahlah dia banyak cakap dengan kau je, bila kau takda, lagi lah dia jarang bercakap.














Sekianlah drama sedih korang pada hari itu. Hari demi hari berlalu, dari hari menjadi bulan, dari bulan menjadi tahun. Kakucho sudah pun berumur 15 tahun. [Means umur korang 13 la kan]












Kakucho dengan hati yang tekad, masih lagi memegang azamnya sedari dulu ingin mencari kau. Tanpa pengetahuan dari makcik dan pakcik, dia pergi ke bandar lain untuk pergi mencari kau. Perjalanannya mencari kau hanya berbekalkan duit tabung yang dia kumpul untuk mencari kau. Namun malang, dia tersesat di stesen keretapi.












"Haduhh, macam mana ni. Sesat lah pulak" Keluh Kakucho. Mata dia melilau melihat sign board sehingga dia tanpa sengaja terlanggar seorang lelaki. "WOI, BUTA KE" Jerit lelaki itu













Kakucho: S-Sorry bang, saya tak sengaja
Lelaki: Sorry naik lori la! Sini kau aku ajar sikit
Kakucho: B-Bang, nak buat apa ni bang
Lelaki: Aku nak kasi pengajaran sikit












            Lelaki itu tadi menarik Kakucho ke suatu tempat, iaitu di belakang bangunan yang gelap. Kakucho hanya pasrah dalam ketakutan. Hanya kau yang berada di dalam fikirannya ketika ini. "Kau ingat muka aku. Aku taiko kawasan ni. Ni geng aku. Woi, aku nak korang belasah mamat hingusan ni" Cakap lelaki tadi. Geng lelaki itu memukul Kakucho, menyepak Kakucho. Kakucho hanya meraung kesakitan. Meminta pertolongan. Dia tak pandai berlawan, dia hanya pasrah diperlakukan sebegitu. "[name]...." Cakap Kakucho






          Geng lelaki tadi hanya ketawa besar melihat Kakucho yang dibantah sebegitu teruk sekali. "WOI!" Satu jeritan ini mampu memusingkan kepala sekumpulan lelaki tadi untuk menoleh ke arahnya. "Bang, tak payahlah posing macamtu. Memalukan betul" "Posing ni cool apa, kau tengok je aku bantai kepala diorang guna baton aku ni" "King, kita nak bantai terus ke apa? Aku nak diorang ingat tatoo dekat kepala aku ni" "Korang bantai je lah. Aku taknak diorang jadi pengikut dekat kerajaan aku, bantai je terus"













Sekumpulan lelaki berbaju merah dan 2 orang berbaju hitam itu tadi mula bergaduh dengan geng yang belasah Kakucho tadi. Kakucho hanya melihat apa yang berlaku. Dia sudah tak berdaya ingin berdiri. Paling mengejutkan, tak sampai 20 minit geng tadi telah tumbang dibantah oleh sekumpulan lelaki berbaju merah. Seorang lelaki datang menghampiri Kakucho dan menghulurkan tangannya.








"Aku Izana. Kurokawa Izana" Kakucho berjabat tangan dengannya. Lelaki bernama Izana itu tadi memperkenalkan kawannya kepada Kakucho. "Aku King dalam group ni. King Tenjiku. Jangan risau, kami orang baik" [kira macam Tenjiku ni belasah orang yang buat hal je lah ha gitu]






















You💅



"Mak, ikan laga [name] mati lah...." Cakap kau dengan gelisah. Kau ibarat mengetahui bahawa ada perkara buruk berlaku kepada Kakucho. Kau mengambil ikan laga tersebut lalu menguburkannya.




"Ucho, apa awak buat sekarang ni? Saya rindu awak tau. Bila kita boleh jumpa lagi" Keluh kau. Tanpa kau sedar, air mata kau mula jatuh akibat rindu yang tak terkata itu















Kakucho



"Thank you, tolong aku tadi" Ucap Kakucho. "No hal lah. Memang tugas kitorang selamatkan orang dalam masalah" Jawab lelaki yang bernama Ran. "Kau nak masuk geng kami? Kitorang boleh bantu kau pertahankan diri" Tanya Izana. "Kami ikut kelas karate setiap minggu" Jawab Rindou. Kakucho terpegun mendengar apa yang dikatakan mereka. Dia juga ingin belajar ilmu pertahankan diri, untuk diri dia, dan kau. "A-Aku join" Jawab Kakucho. "OKAYY!! KAKUCHO, MULAI HARI NI, KAU JADI ORANG PENTING AKU. VICE PRESIDENT. MATLAMAT UTAMA KITA, SELAMATKAN ORANG DI DALAM KESUSAHAN. HAPUSKAN BUDAYA MEMBULI" Terang Izana














Sejak dari hari itu, Kakucho sudah mahir mempertahankan dirinya. Dia sangat bangga dengan pencapaiannya. Jauh di lubuk hatinya, dia masih ingin mencari kau. Namun, sejak dari peristiwa itu, dia dimarahi teruk oleh makcik dan pakcik kerana keluar dari rumah tanpa kebenaran. Kakucho memutuskan untuk mencari kau setelah dia graduate dari sekolah.
















2 tahun kemudian






         "Oit! Gambar apa tu?" Tanya Izana. "Takde pape" Jawab Kakucho. Kesemua member Tenjiku pun datang ke arah Kakucho












Ran: Girlfriend eh?
Kakucho: Bukan....
Izana: Habis tu?
Kakucho: Kawan aku masa kecik dulu. Kitorang terpisah. Dia je satu-satunya kawan aku masa aku kena buli dulu
Shion: Fuyoooooo ada someone special
Rindou: Kau suka dia?
Kakucho: Ye.... Tapi dia tak tahu
Izana: Lahhh alas tak confess
Ran: Dulu kan diorang masih kecik. Manalah reti
Kakucho: Aku pun tak sangka yang aku masih lagi suka kat dia sampai sekarang
Mucho: Itu bukan suka, itu cinta




"Sheeshhhhhh" Jerit member Tenjiku. "Power mat ayat Mucho" Cakap Izana. Kakucho hanya duduk diam sambil memikirkan bagaimana cara ingin mencari kau









Izana: Kau nak cari dia?
Kakucho: Ye, tapi aku tak tau kat mana
Ran: Sini kitorang tolong. Bak sini gambar tu
Kakucho: Apasal pulak
Ran: Bagi je lah gambar tu, nak tengok je. Bukan aku nak jatuh hati dekat crush kau pulak
Rindou: Kalau kitorang tak tengok, macam mana nak cari kalau tak kenal, kalau tak tahu macam mana rupa
Shion: Rileks bro, kitorang punya niat memang nak tolong cari












Kakucho pun pasrah dan menyerahkan gambar itu kepada mereka. Takut sangat si Kakucho ni kalau kau kena kebas dengan diorang. "Sorry dho aku baru sampai" Cakap Kokonoi. Kokonoi baru datang dari kelas tambahan perniagaan dan terus pergi ke tempat lepak utama Tenjiku. "Koko, kau tau kan bab social media ni, cer kau cari crush Kakucho yang terpisah ni" Cakap Dan
Kokonoi pun bersetuju dan mereka semua berganding bahu ingin mencari cinta sejati Kakucho yang telah lama pergi. Terharu Kakucho tengok semangat member dia.






"Makin lama aku tenung muka crush kau, apasal macam kenal eh?" Cakap Izana dengan penuh tanda tanya.


Member yang lain menoleh ke arah Izana. Kenal? Dekat mana? Bila?



"Kalau kau ada gambar dia dah besar, senang nak cari. Tapi ni gambar korang masa kecik" Cakap Rindou. Namun diorang tak berputus asa, still lagi nak cari kau.






Stargazing [Hitto Kakucho]✔️Where stories live. Discover now