Chapter 24

87 11 30
                                    

Tiga bulan setelah pemergian kau, Kakucho masih dibelenggu rindu. Lawatan yang dia berikan kepada kau tidak putus-putus. Begitu juga doanya.

Kini, Kakucho sedang dirawat di rumah sakit. Dia perlu mendapatkan rawatan kesihatan mental setelah perginya kau dari hidupnya.

Tangisannya sentiasa didengari setiap malam. Sungguh rindu dia kepada kau. Amat rindu.

Izana dan yang lainnya juga masih berduka di atas pemergian kau. Sebagai seorang sahabat, mereka sentiasa berikan sokongan kepada Kakucho.

Mereka tahu, Kakucho lah orang yang paling berduka ketika ini.












"Dimana kan ku cari ganti"





















"Serupa denganmu"


















"Tak sanggup ku, berpisah"

















"Dan berhati patah, hidup gelisah"


















Begitulah keadaan Kakucho. Sentiasa nanyikan sebuah lagu. Dengan harapan kau datang. Dan duduk di sebelahnya.
Menatap bulan dan bintang, masih juga tidak mampu mengubati rindunya kepada kau.

Semuanya sudah terlambat untuk dia sesali. Kau lah cinta pertamanya, dan cinta terakhirnya. Hanya kau lah yang dia sayang. Walaupun dihadiahkan emas dan permata, tiada siapa yang boleh gantikan kau.











-----






"Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar"




Takbir raya berkumandang. Sangat merdu masuk ke dalam telinga. Mampu menenangkan jiwa. Dan memberi keharmonian di dalam diri.

Tepat pada raya pertama. Kakucho melawat kau di tanah perkuburan. Selesai sahaja dia solat raya aidilfitri, dia bergegas ingin bertemu dengan kau.




"Kau nak pergi mana cepat-cepat ni Kaku" -Izana

"Aku nak beraya dengan isteri aku" -Kakucho

"Kau nak lawat [name] eh? Siap claim bini pulak tu" -Shion

"Aku nanti nak kawin dengan [name] dekat syurga" -Kakucho










-----



"Sayang... Selamat hari raya. Maafkan Ucho kalau ada salah dan silap sebelum ni. Banyak kesalahan yang Ucho buat"

Kakucho mengusap batu nisan di kubur kau. Daun-daun kering yang jatuh di situ, dia buangkan. Bunga-bunga wangi dia taburkan disitu. Al-Fatihan disedekahkan kepada kau. Bacaan surah yassin juga disedekahkan kepada kau.




"Sayang, Ucho bawak biskut dan kuih raya ni. Tengok, ada semperit, tart nenas, popia, kek lumut cheese. Kita makan sama-sama eh?" -Kakucho

"Sayang... Sunyi lah makan sorang-sorang" -Kakucho

"Sayang buat apa tu? Pakai baju raya baru kah? Mesti cantik isteri Ucho ni" -Kakucho





Air mata jantan Kakucho gugur semula. Perasaannya masih sama. Dia masih sayang dan cintakan kau. Rasa rindunya masih besar terbuku di hati. Ingin saja dia memeluk dan mengusap lembut wajah kau.







"Sayang... Ucho minta diri dulu. Nanti Ucho datang lagi...... Tapi sayang, janganlah panggil Ucho. Panggil abang tau... Abang rindu sangat dekat sayang" -Kakucho

"Sayang jaga diri. Kalau sejuk, datang dekat mimpi abang. Nanti abang selimutkan. Tapi dalam mimpilah" -Kakucho

"Nanti abang sedekahkan Al-Fatihah dan surah yassin lagi. Supaya sayang kenyang tau." -Kakucho

"Abang minta diri dulu tau sayang. Selamat hari raya sayangku. Assalamualaikum sayang" -Kakucho







Kakucho menyiram air di atas kubur kau. Dia mengusap batu nisan buat kali terakhir sebelum pulang dari situ. Berat hatinya ingin meninggalkan kau disitu.

Dia ingin mengetahui apa yang kau lakukan disitu. Tanpa dia sedari, kau sedang membaca cerita ini sambil meng-emo, mungkin tengah menangis juga. Tanpa dia sedar, kau juga sedang menunggu masa untuk berbuka puasa.

Untung kepada aku kerana tinggal di Sarawak.















-----



"Kaku! Kenapa kau tak bawak biskut sarang semut yang aku buat ni masa kau pergi lawat [name] tadi. Dia pun nak makan ni jugak" -Hanma

"Takda makna [name] nak makan biskut kau tu. Sudahlah tak ada rasa" Kakucho

"Rindu [name]. Walau bagaimanapun, sarang semut pun ada biskut eh" -Rindou

"Aku nak bagi duit raya banyak-banyak dekat [name]. [name], kalau kau nak duit raya, kau datang tuntut dalam mimpi aku nanti" -Koko

"[name] mesti sukakan kek lumut cheese yang aku buat. Kan Kaku?" -Ran

"[name] mesti suka tengok kita main mercun. Nanti kita main mercun kat kubur lah malam nanti" -Shion

"[name] tak boleh main mercun. Kita suruh [name] main bunga api jak" -Hanma

"Janganlah mangkuk sangat perangai tu" -Izana

"[name]! Kau ada kat sini tak?" -Hanma

"Woi hanat. [name] kan dah meninggal" -Shion

"[name] kalau kau ada kat sini, cuba bagi petunjuk" -Hanma





Tiba-tiba balang yang berisi biskut sarang semut Hanma tadi terjatuh.







"[name] pun tak sanggup nak makan biskut sarang semut kau" -Ran

"Kalau macamtu, [name]! Alang-alang kau datang lawat kami dekat sini, makanlah lemang dekat dapur tu" -Hanma





Pinggan dan mangkuk di dapur berbunyi. Masing-masing terkedu. Namun mereka gembira. Mungkin benar kau datang melawat mereka.




"Rasa-rasanya macam mana [name] datang lawat kita kat sini eh?" -Hanma

"Jalan kaki lah" -Shion

"Aku rasa [name] terbang" -Hanma















Satu buku berkisahkan perjuangan dalam percintaan kini berada di muka surat terakhir. Suka duka, tangis dan tawa semuanya selesai. Kisah ini sudah berada di penghujung. Maafkan author kalau ada salah silap ataupun kisah ini kurang memberi keterujaan kepada kamu semua.

Bagaimanakah kesudahan hidup Ucho kesayangan kamu semua?

Kakucho masih tidak berkahwin sampai tua sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya. Betapa setianya dia kepada kau. Dia kotakan janjinya ingin memperisterikan kau. Di syurga.









Cinta Kakucho kepada kau masih kuat. Masih setia melawat kau setiap hari. Masih menyayangi diri kau. Hanya gambar yang mampu dia tatapi. Cintanya amat besar. Kebodohan Hanma pun tidak dapat mengalahkan cinta Kakucho.

Benarlah kata pujangga orang dahulu, kekuatan cinta tiada tandingannya. Namun cinta jugalah yang mampu menyakitkan.








Sekian dari author. Author tutup buku ini dan akhiri dengan salam. Assalamualaikum semua. Mekasih sebab sudi singgah sini. Baca buku ni, vote buku ni, comment dekat buku ni. Author sayang kamu semua. Selamat berpuasa. Sarawak dah nak berbuka. Author type ni Jumaat 8 April 6.24. Jangan risau, nanti kalau rajin author buat buku fasal Kakucho lagi memandangkan yang ni angst.

Bye semua.
-Mimi

Stargazing [Hitto Kakucho]✔️Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα