Chapter 14

64 11 25
                                    

"Kak Timah, sini dulu tengok dulang ni. Cantik tak Shin buat? Haaa Kak Zaiton, cerr tengok dulang hantaran ni" Kata Shinichiro dengan bangganya.







Tidak terlalu banyak tetamu yang datang ke majlis pertunangan kau. Namun boleh dikatakan meriah. Bunyi gelak tawa orang ramai memecahkan suasana yang sunyi pada 2 jam yang lalu. Kau yang masih di dalam bilik berdebar untuk keluar.






Emma: Jap, Hina kalau kita campurkan warna lipstick ni sikit, dia jadi cantik kan
Hina: Jap nak try
[name]: Korang jangan jadikan akak bahan uji kaji pulak Harini
Emma: Mana ada hehe. Haa dah kan cantik
Hina: Betul tu. Apa perasaan akak sekarang
Emma: Dahi akak dari tadi berkerut. Jangan lah nervous sangat
[name]: Mana ada nervous. Banyak tak orang kat luar
Hina: Mestilah banyak. Bakal tunang akak belum sampai, masih otw katanya




Tengah kau bertiga sakan bersembang. Pintu bilik diketuk dengan perlahan. Emma melangkah menuju ke pintu dan membuka pintu tersebut.


"Eh Izana!"


Izana: Cantik kau harini
[name]: Hehehe mekasih
Izana: Kaku tengah otw lagi dengan Ran dan Shion. Makcik dengan Pakcik dia tadi dah sampai
[name]: Ooooo kenapa tak pergi sekali?
Izana: Ada hal sikit katanya tadi
[name]: Cantik tak aku harini? Aku pakai lipstick apa semua. Baju cantikkk
Izana: Yeee [name], cantikkk sangat. Untung Kaku tau
[name]: Hehe mekasihhh




Emma yang duduk di bucu katil hanya mampu menangis melihat kau dan Izana dek kerana dia masih kecewa kau tidak akan menjadi kakak iparnya. Begitu juga dengan Hina, berdiri kaku di hadapan cermin apabila mengetahui Naoto tidak akan mempunyai harapan untuk memperisterikan kau.






Setelah 40 minit berlalu, Kakucho tak kunjung tiba. Kau mula resah, risau, takut, gelisah. "Jangan Ucho tak jadi nak tunang sudah" Kata kau sendiri

Kau menelefon Kakucho untuk bertanya mengapa dia masih tidak kelihatan. Kau sudah rimas berada di dalam bilik. Selagi Kakucho tidak tiba, kau tidak boleh keluar terlebih dahulu.


tut tut tut




"Uchoo hello awak dekat mana?" -[name]

"Yee hello. Saya sikit lagi nak sampai ni, tak sangka pulak ada roadblock tadi" -Kakucho

"Owhhh takpe-takpe. Ingatkan awak lari tadi. Risau saya" -[name]

"Apalahh [name] ni. Jauh betul berfikir. Sikit lagi nak sampai. Tunggu saya tau" -Kakucho

"Oke saya tunggu. Elok-elok tau" -[name]

"Baiklah princess. Tunggu bakal tunangmu ini" -Kakucho

"Okeyyy byeee" -[name]

"[name]..." -Kakucho

"Ya saya?" -[name]

"Saya sayang awak tau. Saya janji nanti kita akan kawin. Saya janji akan jadi suami awak. Takda orang lain yang boleh jadi imam awak selain saya" -Kakucho

"Baiklah Ucho. Saya pun sayang awak tau. Saya cintaaaaaaaa awak banyak-banyak" -[name]

"Saya pun cinta awak. Okelah saya off dulu. Ingat janji saya ni. Saya sayang awak, saya mesti jadi suami awak. Bye sayangku -Kakucho





Kau memutuskan panggilan dengan muka yang merah padam. Izana hanya menahan carutan apabila mendengar perbualan kau bersama Kakucho. Begitu juga Emma dan Hina.






Emma: Akak tak payah lah sweet sangat.  Sini Emma lapkan peluh dekat dahi tu
[name]: Mestilah sweet hehe
Hina: Cis. Nanti semut datang
Izana: Hormat lah aku yang belum ada calon ni
[name]: Kau jangan lambat-lambat Izana. Betul ke kau memang takda calon
Izana: Aku ada calon. Tapi aku yang lambat. Dia dah ada empunya
[name]: Biar betik! Siapa weyyy. Aku boleh tolong
Izana: Kan aku dah kata, dia dah berpunya




"If only you know" -Kata Izana dalam hati




Izana: Kenapa kau pilih baju warna ni
[name]: Sebab warna dia cantik
Izana: Jawapan kurang memuaskan
[name]: Betul lah. Aku pilih baju ni sebab cantik-




tok tok tok



Pintu bilik diketuk kencang. Izana menuju ke pintu dan menampakkan Rindou. "Ada apa Rin?" Tanya Izana


Setelah Rindou memberitahu sesuatu kepada Izana, Izana pantas menoleh ke arah kau.

[name]: Izana kenapa?
Izana: .........
[name]: Izana kenapa! Kau jangan buat aku takut
Izana: Kaku....
[name]: Kenapa dengan Ucho?!
Izana: Dia kemalangan jalan raya




Terkejut kau mendengar berita tersebut dan hampir pengsan di situ. Kau meluru keluar dari bilik dan menuju ke mak dan ayah. Masing-masing tetamu di luar cuak kerana sudah tahu berita tersebut terlebih dahulu.


[name]: Makkkkk. Ucho!
Mak: Ye mak tahu. Sabar duduk sini dulu
[name]: Mak macam mana dengan Ucho



Kata kau dengan suara yang seakan-akan ingin menangis. Jantung kau berdetak dengan laju apabila memikirkan Kakucho. Sungguh tidak kau sangka akan apa yang berlaku.





Kau menuju ke hospital bersama Izana di dalam satu kereta. Kau tidak berhenti berdoa di sepanjang perjalanan. Ambil masa sebanyak 15 minit untuk sampai. Kaki kau sudah terasa gatal ingin berlari dengan pantas.

Setelah tiba di hospital, kau membuka pintu dengan pantas dan berlari menuju ke kaunter pertanyaan. Setelah mengetahui di mana Kakucho berada, kau menunggu di luar pintu dek kerana Kakucho masih di dalam rawatan.






Perasaan kau bercampur baur. Kau tidak tidak menahan lagi tangisan yang kau tahan sedari tadi. Sudah duduk, kau berdiri pula. Sudah kau berdiri, kau duduk lagi. Mundar-mandir di hadapan pintu bilik dimana Kakucho sedang dirawat.



Izana: [name]
[name]: Izana macam mana ni. Aku takut
Izana: [name] relax. Duduk sini dulu. Aku yakin takda apa-apa yang berlaku
[name]: Macam mana aku nak relax dengan keadaan macam ni
Izana: [name], kau sayang Kaku kan. Kaku mesti sedih kalau tengok kau macam ni. Jangan risau, berdoa supaya hanya benda baik yang berlaku







Kawan yang lain, mak, ayah, makcik dan pakcik juga telah tiba di hospital. Mereka masing-masing menunggu dengan sabar. Dalam 40 minit juga mereka menunggu. Pintu bilik terbuka dan menampakkan seorang doktor yang keluar dari situ.




[name]: Doktor macam mana dengan pesakit?
Doktor: Pesakit masih dalam keadaan koma dan kehilangan banyak darah. Tapi jangan risau, tempoh koma tersebut berkemungkinan besar tidak akan mengambil masa yang lama






Kau hanya mampu terdiam mendengarnya. Baru sahaja tadi kau bersembang dengan Kakucho melalui telefon. Perkara yang terjadi terasa seakan-akan mimpi.

Izana yang tidak henti-henti menenangkan kau hanya mampu bersimpati melihat keadaan kau yang seperti itu.




Stargazing [Hitto Kakucho]✔️Where stories live. Discover now