ending 2

110 15 42
                                    

Kakucho bergegas berlari menuju ke bilik tempat kau dirawat. Hatinya semakin gelisah. Perasaan bersalah, marah, kecewa, sedih semuanya ada. Semuanya dicampur aduk.

Sampai sahaja di depan pintu, Kakucho menendang pintu tersebut. Doktor dan Izana terkejut melihat Kakucho yang bersamping, berpakaian segak disitu.

"[NAME] UCHO DAH INGAT! UCHO TAK JADI KAWIN DENGAN SITI! UCHO DAH INGAT"

Kau hanya menangis kesedihan mendengar apa yang Kakucho katakan. Kau sangat gembira mendapat tahu orang yang kau sayang sudah mendapat ingatannya semula. Namun semuanya sudah terlambat.

"Ucho... Saya dah tak tahan" -[name]

"[name]? Awak makin sakit ke? Doktor! Izana kenapa dengan [name]" -Kakucho

"Kaku, kau dah terlambat tapi kau masih diberi peluang untuk meluahkan semuanya dekat [name]" -Izana

"Kondisi pesakit... Semakin tenat" -Doktor

"Tenat? Mustahil. Sakit [name] mesti boleh pulih semula" -Kakucho

"Encik, pesakit yang menghidap kanser payudara tahap 4, tidak dapat diselamatkan. Ada pun, jarang berlaku. Semuanya dengan izin Allah" -Doktor

"[name] bukaklah mata. Tengok Ucho dah ada kat depan ni. [name] tak payahlah rindu Ucho lagi lepas ni. Ucho kan dah ada ni. [name] jawablah. Biar Ucho yang jaga [name]. Ucho janji Ucho takkan tinggalkan [name]. Ucho sayangkan [name]. Ucho akan tepati janji ni. Ucho janji. Tolonglah, jangan tinggalkan Ucho" Kakucho merintih, merayu,menangis kepada kau.

"Ucho... Dengar sini. [name] taknak Ucho sedih-sedih tau. Jangan salahkan diri sendiri. Semua ni dah tertulis" -[name]

"Tak boleh. Tolonglah, bertahan" -Kakucho

"Nanti [name] dah takda, jaga diri. Kalau Ucho rindu, nyanyilah untuk [name]. Tengoklah bintang macam yang kita selalu buat" -[name]

"Jangan... Tolong jangan tinggalkan Ucho" -Kakucho

"Ucho, jangan sedih-sedih. [name] boleh tahan rindu dekat Ucho sebelum ni, takkan Ucho tak boleh kan?" -[name]

"Tapi Ucho dah janji nak jadi imam dan suami kepada [name]. Ucho dah janji nak jadi bapa dan suami yang baik. Ucho dah janji nak kawin dengan [name]" -Kakucho

"Ucho, mencintai dan melengkapi sesama sendiri tidak semestinya akan ditakdirkan bersama. Kisah cinta tidak akan berakhir dengan kegembiraan. Walaupun jalan ceritanya menarik" -[name]

"Ucho nak kawin dengan [name]. Ucho sayang [name]" -Kakucho

"Takpe. Nanti kita boleh jumpa dekat syurga kan? Kita kawin lah dekat sana nanti" -[name]

Izana hanya mampu menangis teresak-esak di sisi kau. Dia tidak sanggup melihat kau dalam keadaan sebegitu. Kesedihan yang dia rasakan tidak mampu diungkapkan kerana kisah jalan percintaan kau dan Kakucho berakhir bergitu saja.

"Ucho, jangan siksa diri. Nanti carilah pengganti" -[name]

"Takkan ada yang sama macam [name]. Walaupun ada yang sama, takkan ada siapa yang mampu gantikan [name]" -Kakucho


-----

Takbir raya berkumandang. Riuh rendah suara bergema. Lagu raya klasik juga tidak dilupakan. Baju raya beraneka warna. Wangian makanan cukup menyelerakan.

"Aduh, mana butang baju aku ni. Semalam aku letak kat sini lah" -Kakucho

"Sayangggggggg"

"Oooooooo sayangkuuuuu"

"Sayangggggg sini kejap"

"Ye abang nak apa?" -Sahut Siti

Gurau gurau hehe Siti dah takda kena mengena🤣


Stargazing [Hitto Kakucho]✔️Where stories live. Discover now