Chapter 18

71 9 37
                                    

Tunggu sekejap~
Wahai kawan~
Kerana hujan masih renyai~
Tunggu sekejap~
Dalam pelukan lalalala~



Seperti biasa, rutin harian kau dan Ucho untuk memancing di sungai. Kebetulan waktu itu hujan baru sahaja berhenti. Sementara menunggu umpan dimakan ikan, kau berdua pun nyanyi bersama.

Kalau mulut tak berhenti dek kerana asyik menyanyi, mana ikannya nak makan umpan.




Kakucho: Saya suka tau tengok cerita P.Ramlee
[name]: Saya pun. Saya suka tengok cerita Bujang Lapok
Kakucho: Saya suka tengok Sarjan Hassan
[name]: Lepas tengok mana-mana cerita P.Ramlee, saya akan hafal lagu diorang dekat radio
Kakucho: Saya cuma ingat melodi hehe
[name]: Lamanya ikan
Kakucho: Betul tu, lamanya ikan. Kita nyanyilah dulu








-----







Tunggu sekejap~
Wahai kawan~
Kerana hujan masih renyai~










-----




Tunggu sekejap~
Wahai kasih~
Tunggulah sampai hujan teduh~
Mari ku dendang~
Jangan mengenang orang jauh~

Jangan pulang~
Jangan tinggal daku seorang~
Tunggu sekejap~
Kasih~







Jendela bilik kau buka. Angin malam sepoi-sepoi bahasanya memasuki ke ruang bilik. Termenung sendiri menatap bintang. Mengenang memori masa lalu. Orang yang dikenang, tidak merindui. Orang yang dikenang, tidak dapat kau petik kembali. Namun memori tetap dihati.






"Bintang terang ya malam ni Ucho?" -[name]


"Kalau saja Ucho tidak hilang ingatan, pasti rindu [name] sudah terubat sekarang. Pasti sudah disulami dengan rindu daripada Ucho juga"





Dengan berpegang teguh pada harapan yang sama, kau masih mencintai Kakucho. Kedatangannya kau tunggu dengan setia.









-----






Kakucho: Ohhhh macamtu. Siti tak ngantuk?
Siti: Ha ngantuk jugak lah ni
Kakucho: Nanti kita borak lagi. Siti tidur lah
Siti: Okeyyy, best lah borak dengan awak




Panggilan dimatikan dan Kakucho membuka jendelanya untuk merenung langit malam. Nafas ditarik panjang dengan senyum yang terukir di bibir.

Siapa yang dia fikirkan? "Tak pernah lagi aku jumpa orang yang baik macam Siti" Kata Kakucho sendiri.



Jika saja kau tahu tentang ini, rapuh hati kau mendengarnya. Kini, langit malam ditatap oleh Kakucho sambil memikirkan orang lain. Langit malam yang sentiasa dia tatapi ketika memikirkan kau, sudah lenyap begitu saja. Kini, hanya Siti sahaja yang berada di fikirannya.














-skip-





"Izana kau nak bawak aku pergi mana"



Izana: Aku nak bawak kau pergi makan lah. Kau ikut je lah aku
[name]: Aku dah lah malas tau harini
Izana: Takda malas-malas. Kau kena cukup makan. Biar sihat selalu





Sedang kau dan Izana pergi ke kedai, mata kau ternampak seseorang yang tidak asing. "Izana tu buka Ucho ke?"





Izana: Mana-dia dengan siapa tu
[name]: Tak tahu. Dia dengan siapa weh
Izana: Kau sabar. Jangan nangis kat sini
[name]: Masalahnya dia dengan perempuan lain tu
Izana: Ye aku tau




Izana mengajak kau bertemu dengan Kakucho dimana dia berada.




Izana: Kaku!
Kakucho: Oh Izana. Siti, kenalkan ni kawan saya. Izana
Siti: Haii
Izana: Siapa ni Kaku?
Kakucho: Dia kawan aku. Kitorang kenal masa aku tolong dia haritu
Siti: Hai saya Siti. Awak?
[name]: Saya [name]
Siti: Cantik nama. Awak dengan Izana ni bercinta ke? Nampak sesuai sangat
Kakucho: Itulah kan. Sesuai sangat
Izana: Apa kau cakap ni Kaku
Kakucho: Tak aku serius, korang sumpah sesuai






Setelah 15 minit bersembang, Izana mengajak kau berlalu dari situ. Untuk mengelakkan berlakunya drama air mata, lebih baik dia segera bertindak.

Sebaik sahaja kau dan Izana berlalu, Siti segera menanyakan soalan kepada Kakucho.



Siti: [name] tu kawan awak ke?
Kakucho: Ye. Kenapa?
Siti: Kenapa dia pandang awak lain
Kakucho: Lain macam mana?
Siti: Macam sedih, kecewa
Kakucho: Saya tengok biasa je
Siti: Saya perempuan, saya tahu lah



Setelah desakan demi desakan yang Siti lakukan kepada Kakucho. Akhirnya dia menceritakan kesemuanya kepada Siti. Siti terkejut mendengar apa yang sebenarnya berlaku.

Siti yang baru sahaja dilamun cinta kepada Kakucho, berasa amat terancam. Entah bagaimana kalau memori Kakucho pulih semula. Pasti dia tidak mempunyai apa-apa peluang.













"Dah. Cepat nangis. Sakit rahang pipi tahan nangis tahu" Kata Izana kepada kau


Kau mula menangis di hadapan Izana. Tugas Izana adalah untuk menyembunyikan muka kau yang menangis itu.




[name]: Kalau Ucho jatuh hati dekat Siti macam mana
Izana: Kau boleh tak jangan fikir bukan-bukan
[name]: Aku cuma takut
Izana: Dah, takda apa yang nak ditakut. Diorang kawan je kan
[name]: Dulu aku dengan Ucho pun kawan jugak
Izana: Kau-ish kau ni. Sini aku lap kan air mata





Izana mengelap air mata kau, segala hingus kau yang terkeluar akibat menangis. "Dah lah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Kau kerap sangat dah menangis. Buruk tau tak. Cuba senyum sikit"

Izana mencucuk kedua belah pipi kau menggunakan jari telunjuknya. Kau tersenyum sedikit kerana merasa geli


"Ha kan manis kalau senyum macamtu. Ingat, ingatan Kaku mesti akan pulih punya. Jangan fikir sangat. Kau pun sakit. Fikir pasal diri kau jugak. Aku risau pasal kau tau tak" Kata Izana kepada kau




[name]: Mekasih Izana sebab sanggup tengok muka hodoh aku sebab menangis ni
Izana: Takda lah hodoh sangat. Ada lah jugak ayunya disitu
[name]: Kenapa kau baik sangat dekat aku?
Izana: Sebab aku sayang kau
[name]: .......
Izana: Sebab kau kawan aku, aku sayang lah
[name]: Lama dah aku tak dengar perkataan sayang tu
Izana: Kenapa? Selalunya Kaku yang cakap eh?
[name]: Yee
Izana: Kalini biar aku pulak yang cakap. Jangan sedih sangat, ingat kau punya kondisi kesihatan tu







Izana mengajak kau ke rumahnya untuk melepak bersama Shin. Sangat rindu Shin ingin melepak bersama kau. Dia juga turut berduka atas apa yang terjadi.

Izana membawa kau pergi melepak bersama Shin kerana dia sedar akan kesalahannya. Izana baru sahaja membuang kesemua rokok Shin sebelum dia keluar bersama kau.

Ini semua angkara Izana dan Mikey. Adik bertuah Shin.










Stargazing [Hitto Kakucho]✔️Where stories live. Discover now