BAB 1

4.6K 126 2
                                    



Kyra Neesa bangkit dari tidurnya setelah 8 jam merehatkan sepasang matanya. Bilik air ditujunya untuk membersihkan diri. Jam di dinding menunjukkan pukul 6.30 pagi. Kyra Neesa melangkah ke arah closet miliknya. Satu persatu baju kurung diperhatikannya.

" Which one should i wear eh today?" Gumamnya sambil jari halus itu menari ke baju kurung tersebut. Senyuman diukir

" Ahaa this onee!" Pilihnya lalu bersiap untuk ke office milik daddynya, Dato' Khay Nashrul.

" Alright pretty enough!" Pujinya kepada diri sendiri setelah memerhati penampilannya di hadapan cermin.




Kyra Neesa menyapa keluarganya yang sedang bersarapan. Kelihatan abangnya, Kyle Noah sudah berada di meja santapan.

" Awal kau turun harini bang" Tegur Kyra Neesa. Jarang sungguh abangnya itu untuk menepati masa dan bangun awal. Kyle Noah mencebik. Sedar bahawa adiknya yang sorang itu sedang memerlinya.

" Ada meeting dengan daddy pagi ni. Kau tak payah banyak cakap. Makan." Sengaja tidak memberi laluan untuk adiknya terus perli akan dirinya. Kyra Neesa tersengih.

" Daddy, mommy mana?" Tanya Kyra Neesa apabila kelibat mommynya tidak dapat dikesan. Tangannya lincah mencedok bihun goreng.

" Mommy sakit kepala. Dari semalam lagi so daddy tak bagi dia turun, biar rehat je dalam bilik." Kyra Neesa mengerutkan dahinya.

" Kenapa mommy sakit kepala?" Tanyanya sebelum menyuap bihun ke dalam mulut.

" Sakit kepala pasal kau la. Sampai kesudah takde boyfriend. Bila kau nak kahwin?" Sembur abangnya, Kyle Noah. Kyra Neesa menjegilkan matanya. Dato' Khay Nashrul sudah menganggukkan kepalanya, bersetuju dengan si anak lelaki itu.

" Kau tak payah nak cari gaduh eh. Pagi pagi dah buat aku takde mood." Jeling Kyra Neesa kepada abangnya yang sudah tersengih macam kerang busuk.

" Dah dah. Makan cepat, dah lewat ni nak masuk office." Potong daddy mereka sebelum World War tercetus.


Kyra Neesa mempercepatkan langkahnya, rimas dengan manusia dibelakang. Hati diminta untuk bersabar sepenuhnya. Tidak mahu menimbulkan pergaduhan di office daddynya ini.

" Kyra, kenapa you tak nak bagi i peluang? I tak faham kenapa. I dah buat macam macam untuk you. Untuk dapatkan attention you." Rayu lelaki itu sambil menyaingi langkah gadis cantik itu.

Kyra Neesa melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk sambil melihat lelaki itu. Nafas ditarik dalam sebelum mengatakan sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan lelaki tersebut.

" Look, i've told you before. I tak nak ada relationship. I tak percaya lelaki. So please Mikail, stop wasting your time doing this. I dah banyak kali remind you, benda ni akan sia sia je." Kyra Neesa berkata dengan nada yang lembut. Risau lelaki itu akan bertindak ganas jika dirinya berkelakuan agressive.

Bahu Mikail yang mulanya tegap sudah mengendur. Sedikit sebanyak kecewa kerana tidak berhasil untuk melembutkan hati batu Kyra Neesa.

" I suka you dah lama Kyra. Sejak you mula masuk kerja, i suka cara you, you might be garang but i like it. I ikhlas nak jadikan you isteri i." Kyra Neesa memejamkan matanya. Inilah perkara yang paling dibenci olehnya. Dia sudah buntu untuk menolak dengan cara baik. Bukan dia tidak bersyukur dengan lelaki yang ikhlas menyayanginya. Namun kepercayaan dia terhadap lelaki sudah pudar.

" I'm really sorry. I harap you faham. I doakan you cepat move on and dikurniakan isteri yang jauh lebih baik." Kyra Neesa mengukirkan senyuman. Berharap lelaki itu memahami keadaan dirinya. Dia percaya Mikail seorang yang gentleman.

" Fine. I'll just get back to work." Mikail mengundur diri. Sedar bahawa tempat ini tidak sesuai untuk berbahas lebih mendalam tentang masalah peribadi. Lagi lagi dengan anak boss. Mahu dipecat dirinya.

Kyra Neesa menghela nafasnya sebelum mengumpulkan semangat untuk menghabiskan kerja yang agak bertimbun di atas mejanya.


Luth Zachary mencerlungkan matanya kepada staff marketingnya itu. Perempuan itu sudah menggigil satu badan. Tangan meramas sesama sendiri, mengumpul kekuatan untuk menjawab segala persoalan bossnya itu.

" Explain. Kenapa file tu boleh hilang in the middle of meeting?" Luth Zachary menyandarkan badannya sambil memerhati muka takut staffnya itu.

" Saya tak tahu Tuan"

BAM!

Luth Zachary sudah berdiri selepas menghempas file di atas mejanya. Dada turun naik mendengar alasan tidak bernas itu.

" That's not an excuse! You have been told pasal meeting ni since last week! You should have prepared it earlier! You nak tanggung if our client tak nak sign for the agreement?!" Luth Zachary menjerkah. Kesabarannya kian menipis. Kesal dengan sikap cuai staffnya.

" i beg your apologize Tuan. Saya janji saya akan arrange the meeting again and that project will be proceeded." Kata staff itu dengan nada yang bergetar. Bergetar jugak nak menghadap singa kelaparan ni.

Luth Zachary tersenyum sinis.

" Sure. Mark your words. Or else, you'll get fired. Out." Luth Zachary melonggarkan ikatan tali lehernya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi empuk. Staff itu sudah melangkah keluar.

" Hola kawan! Belum masuk dah dengar drama" Sapa seorang lelaki yang memasuki bilik officenya. Luth Zachary mengendahkan lelaki itu.

" Aku cakap dengan kau ni bingai" Marah lelaki itu apabila merasakan dirinya itu tidak dihiraukan.

" Aku tengah serabut ni. Jangan kacau aku." Simple sahaja ayat Luth Zachary. Namun, lelaki itu sangatlah tidak faham bahasa.

" Weh jom la teman aku tengok bola malam ni. Chelsea lawan Liverpool kot. Gempak tu!" Katanya tidak menghiraukan amaran rakan karibnya. Luth Zachary memutarkan bebola matanya.

" Rash, aku baru je ada masalah. Kau sesedap keropok lekor je nak ajak aku santai. Kawan tak guna." Sembur Luth Zachary.

" Alah nanti aku tolong la kau. Tapi kau kena teman aku dulu. Amacam?" Luth Zachary menjeling muka sengih Rash. Lalu anggukan kepala diberikan.

" YESSS! Sayang kau kawan!" Dipeluknya tubuh tegap Luth Zachary. Membulat mata lelaki suci itu.

" Bodoh kau tak payah nak bengkok sangat dekat sini. Jijik!" Luth Zachary menolak jauh tubuh Rash yang tak kurang tingginya. Rash hanya tersengih. Dia sudah tidak kisah dimaki, asalkan kawannya ini setuju untuk menemaninya.



Luth Zachary menghentikan langkahnya apabila ditegur oleh syurganya. Nafas dihela. Tahu akan soalan yang bakal diajukan oleh ibunya itu.

" Luth bila nak kahwin? Ibu risau la tengok anak lelaki ibu ni takde peneman hidup lagi. Ibu nak timang cucu. Takde la sunyi rumah ni." Kata wanita berabad itu dengan nada yang sedih. Luth Zachary mengatur langkah ke arah ibunya. Tangan ibunya dicium penuh kasih.

" Luth minta maaf kalau Luth buat ibu susah hati. But trust me, nanti Luth akan bawa balik menantu ibu." Katanya tanpa berfikir panjang. Demi menyedapkan hati ibunya. Namun, hatinya berasa tenang walaupun sudah memberi harapan palsu terhadap ibunya. Apakah perasaan ini?

" Betul ni? Kamu jangan nak menipu ibu ye." Mata ibunya mencerlung. Luth Zachary tersengih.

" Ye betul ibu. Ibu pun doakan la untuk Luth" Luth Zachary merehatkan kepalanya di atas riba ibu. Mata dipejam erat, terasa lelah diri ini asyik bekerja. Jujur dikatakan bahawa dirinya juga teringin seorang anak. Siapa sahaja yang tidak mahu seorang pewaris?

" InsyaAllah. Luth sentiasa di dalam doa ibu." Kata ibunya dengan lembut. Luth tersenyum manis.


See ya on the next chapter! Thankyou!

Kyra's TreasureWhere stories live. Discover now