BAB 2

1.5K 92 2
                                    




Kyra Neesa mengukir senyuman manis sambil melayan kerenah anak sepupunya, Rian. Tangan ligat mencubit pipi gebu si anak kecil itu.

" Aunty, kenapa superman tu pakai spender dekat luar?" Tanya Rian dengan mulut yang penuh dengan coklat. Mata bulatnya merenung wajah cantik Kyra Neesa untuk mengetahui jawapan. Kyra Neesa tersengih lucu.

" Superman cakap dekat aunty yang dia suka orang tengok spender dia, sebab cantik. Kan kan?" Seloroh Kyra Neesa sebelum pahanya dicubit oleh sepupunya, Raisya.

" Jangan nak ajar pelik pelik dekat anak aku" Kyra Neesa menjelirkan lidah, tidak mengendahkan amaran itu.

" Haah cantik cantik! Tapi kenapa dia bagitahu aunty?" Rian mendongak memandang Kyra Neesa.

" Sebab aunty ni kawan dia tau! Dari tadika lagi, dia pernah nak kahwin dengan aunty" Kembang kempis hidung Kyra Neesa dengan imaginasi dirinya itu. Mata Rian bersinar.

" Wahh aunty kahwin la dengan dia, nanti boleh dia main dengan Rian!" Bersorak riang anak kecil itu. Raisya sudah menggeleng kepala, kesal mempunyai sepupu yang kurang upaya otaknya.

" Okayyy dengan senang hatinya aunty akan kahwin dengan dia" Kyra Neesa melayan sahaja keinginan anak sepupunya yang tersangatlah tidak logik.



Keadaan di Starbucks agak tenang, Kyra Neesa menunggu kehadiran rakan karibnya dengan sabar. Mata melihat gambar Rian di dalam gallery telefonnya, perasaan ingin mempunyai anak kian menggebu.

" Sorry babe aku lambat sikit" Sapa rakan karibnya, Sophia. Kyra Neesa menjulingkan mata.

" Lambat banyak! Habis dah satu cup starbucks aku ni"  Marah Kyra Neesa kepada rakannya itu. Sophia menayangkan muka tidak bersalah.

" Order je baru, aku belanja" Kata dia dengan santai. Kyra Neesa tersengih suka. Sophia menjeling rakannya itu, pantang dibelanja, sengih sampai ke telinga. Tak padan dengan anak Dato'.

" Btw aku nak-.."

ARGH!!

Kata- kata Sophia tergantung apabila Kyra Neesa menjerit lantang. Sophia membulatkan matanya terkejut dengan tindakan tiba tiba rakannya itu. Orang sekeliling mula memandang mereka. Tangan Sophia menampar lengan Kyra Neesa.

" Kau dah kenapa jerit macam orang gila?! Tiber pulak tu" Marah Sophia, mukanya kian memerah kerana malu akan tindakan sahabatnya. Muka Kyra Neesa mula mencebik sedih.

" Aku nak anakkkk" Kata Kyra Neesa meleret lalu menjatuhkan kepalanya di atas meja. Sophia memutarkan bebola matanya. Perkara wajib yang akan Kyra merengekkan.

" Nak anak nak anak. Lelaki melamar kau tolak." Perli Sophia, geram akan sikap Kyra Neesa. Jual mahal macam apa tetapi diri itu menginginkan anak.

"Aku tak nak kahwin. I would never trust any man in this world" Kyra bertekad di dalam hatinya. Namun kata-kata rakan karibnya menganggu fikirannya.

" Kau cakap nak anak. Kau perlukan lelaki untuk dapatkan anak." Sophia mula memberi nasihat. Ingin membuka minda kolot sahabatnya itu. Kyra Neesa terdiam, dia tidak dapat menafikan perkara itu.

" Kalau tak nak kahwin sangat, ambil je anak angkat." Solution mudah diberi kepada Kyra Neesa yang kelihatan seperti mannequin.

" Ish tak nak. Aku nak anak aku sendiri. Aku nak mengandung. Nak muka anak aku tu ikut muka comel aku" Sempat memuji diri sendiri.

Kyra's TreasureWhere stories live. Discover now