BAB 11

1.7K 82 3
                                    

Kyra Neesa bekerja dengan tekun sekali. Banyak hal yang dia perlu teliti balik selepas seminggu bercuti. Tangan mengusap lengan dengan lembut sambil membaca isi kandungan project tersebut.

" Hi Kyra, busy ke?" Tegur seseorang. Kyra Neesa terus mengangkat mukanya. Mikail.

" Hi, as you can see, busy." Jawab Kyra Neesa lalu kembali menelaah fail tersebut. Mahu menunjukkan dia tidak mahu diganggu.

" Boleh tak kalau i nak ajak lunch sekali?" Dengan penuh berharap Mikail bertanya. Mata memerhati wajah Kyra Neesa yang sedang menunduk membuat kerja. Cantik sekali alis mata gadis ini. Dengan dahinya yang licin tanpa sebarang jerawat atau parut.

" Nope, i dah ada suami. Tak elok nak keluar berdua-duaan dengan you." Mikail tersenyum sinis. Ada dia kisah?

" Sekejap je pun. Bukannya kita pergi tempat yang sunyi. Cafe biasa je ramai jugak orang." Mikail cuba memujuk lagi gadis ini. Semestinya dia sudah tahu gadis ini tidak mudah dilentur.

Kyra Neesa mengangkat mukanya. Badan disandarkan ke kerusi. Galak mata Mikail memerhati tubuh langsing Kyra Neesa yang ditutupi baju kurung. Cantik.

" Sekali lagi, nope. I tak nak timbulkan sebarang fitnah. I harap you faham. I bukan lagi anak dara, i dah jadi isteri orang." Tegas gadis itu berkata, tiada guna cakap berlapik dengan lelaki ini, dia tidak mendengar.

Mikail mendekati Kyra Neesa lalu merehatkan tangannya di sisi pemegang kerusi gadis itu. Jarak antara mereka agak dekat. Terdongak Kyra Neesa memandang tindakan lelaki ini. Di dalam fikirannya sudah memikirkan cara untuk melepaskan diri.

" I'm begging you. Sekejap aje kita spend time masa. Please?" Perlahan dia berbisik di telinga Kyra Neesa. Gadis itu tersenyum sinis.

" Back off or i'll kick your ball." Tegas amaran Kyra Neesa. Ikutkan hatinya dia hendak sahaja melakukan seperti itu. Dasar lelaki miang!

Mikail tersenyum suka. Garang. I like it.

" Kalau tak nak?" Memberi senyuman mengejek kepada Kyra Neesa.

DUSH!

" ARGH!!!" Terduduk Mikail selepas kejantanannya disepak kuat oleh Kyra Neesa. Memerah mukanya menahan sakit.

" Kurang ajar eh you!" Marah Mikail. Gadis cantik itu hanya tersenyum.

" I've warned you."

Pekerja sekeliling mula melihat apa yang terjadi. Kyra Neesa hanya mengendahkan mereka. Jika mereka report kepada daddynya, dia akan explain what had happened, settle. Lagipun dia sudah melakukan tindakan yang betul.

Mikail mula tersedar yang dia sudah berkelakuan kasar terhadap Kyra Neesa. Nafas ditarik dalam, muka cuba dikekalkan baik.

" Kasar sangat you ni. Terkejut i, sakit tau tak." Kyra Neesa mencebik. Split personality ke?

" You boleh ajak anak dara lain makan lunch sekali dengan you. I tak boleh, nak lunch dengan suami." Sekali lagi Kyra Neesa memberi jawapan terakhirnya.

" Ye la. Jual mahal betul." Lalu Mikail berlalu dari situ. Apa kejadahnya jual mahal? Aku bini orang kot?!


Luth Zachary memerhati pakaian sukan isterinya. Keningnya berkerut. Sudah malam ni, dia nak pergi bersukan dekat mana?

Namun dirinya ditahan supaya tidak bertanya, ingin melihat gadis ini akan meminta izinnya atau tidak untuk keluar dari rumah.

Jangkaannya tepat apabila Kyra Neesa mengatur langkah ke arahnya. Lalu mengambil tempat disebelahnya di atas sofa.

Kyra's TreasureWhere stories live. Discover now