BAB 29

582 46 6
                                    

Luth Zachary berehat seketika dari menghadap laptopnya. Nombor Hayden Zane sudah diperolehinya atas bantuan Rayden. Dia hendak menghubungi lelaki itu, ada sesuatu yang ingin ditanyakan.

Mata jejaka kacak itu mula melihat isterinya yang sedang baring di atas katil sambil menonton kdrama yang bertajuk Business Proposal. Luth Zachary tersenyum melihat isterinya berfangirling over Business Proposal. Comel betul.

Luth Zachary mendekati isterinya lalu kaki isterinya diurut perlahan.

" Nak tidur pukul berapa sayang i ni?" Jam di dinding sudah menginjak pukul 1 pagi. Kebiasaannya Kyra Neesa sudah lena pada pukul 11 malam. Entah kenapa segar pula mak buyung ini malam ni.

Kyra Neesa menjongketkan bahunya.

" I nak tunggu you. Tak nak tidur sorang." Jawab Kyra Neesa lalu tangan ingin mencapai tangan Luth Zachary.

" Kerja i banyak lagi sayang, you sleep first okay?"

" It's hard baby.." Melihat cebikan Kyra Neesa itu membuatkan Luth Zachary terus memeluk isterinya.

" Ke sebab you makan banyak aiskrim tadi? Jadi segar macam ni." Kyra Neesa menjongket bahu. Tidak pasti.

" I don't know but apa yang i tahu, i can't sleep without you Zach." Suara serak basah itu mula mengendur, menunjukkan bahawa sedihnya diri ini.

Luth Zachary mencuit hidung Kyra Neesa.

" Kenapa comel sangat ni? I tak expect isteri i yang independent ni macam ni."

Kyra Neesa tersengih comel. Keningnya diangkat beberapa kali.

" Well the chosen one je can see this side of me."

Luth Zachary terus menggomol wajah cantik isterinya, geram.

" I'm lucky to have you Kyra."

" No, i'm the lucky one."

" Lian is the lucky one sebab kita parent dia."

" Setujuuu, tak sabarnya nak beranak baby. You rasa muka dia ikut siapa?" Luth Zachary mula turut berbaring di sebelah isterinya. Tangan sasa itu melingkari pinggang isterinya, ditarik rapat tubuh Kyra Neesa ke arahnya.

" I rasa dia ikut muka i, sebab setiap hari setiap masa you tengok muka i je." Kyra Neesa tergelak kecil. Betul juga itu.

" Handsome la anak kita kalau macam tu, ikut muka ayah dia." Jari Kyra Neesa mula bermain di wajah suaminya, mengusap pipi dan bibir lelaki itu.

Luth Zachary pula merenung wajah cantik isterinya. Cantik betul bidadarinya ini.

" Kyra.."

" Mhm?" Jari gadis itu masih mengusap bibir suaminya manakala jari Luth Zachary mengusap di tepi pinggang Kyra Neesa.

" You nak tahu tak kenapa i fight for you? What makes me confident that true love exist and i truly want to prove it to you." Kyra Neesa mendongak memandang wajah kacak suaminya.

Mata merenung mata yang ikhlas mencintainya.

Perlahan Kyra Neesa melorekkan senyuman.

" Tell me baby."

Luth Zachary mengusap rambut lembut isterinya.

" I ada uncle yang dah kahwin dengan isteri dia for almost 20 years. Dah lama kan? Agak-agak berapa anak diorang ada?" Teka Luth Zachary kepada isterinya, Kyra Neesa yang sedang bermain dengan jari suaminya itu mendongak sedikit.

" Umm 3?"

" Nope sayang, diorang takde rezeki anak." Kyra Neesa tergamam.

" Kesiannya.." Secara automatik Kyra Neesa mengusap kandugannya. Dia patut bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi, Allah memberi dia peluang untuk mempunyai pengalaman mengandung dan kelak membesarkan anak.

Kyra's TreasureWhere stories live. Discover now