BAB 17

1.4K 74 0
                                    

Luth Zachary menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Mata memerhati wajah cemberut isterinya yang duduk bersila di hadapan TV.

" Kyra... are you still mad at me?"  Soal Luth Zachary lembut sambil mengatur langkah ke arah gadis itu dengan perlahan.

" You rasa?" Jelingan tajam dihadiahkan kepada jejaka kacak itu, atau lebih tepat, jejaka yang muka kacaknya sudah berubah pucat.

" Well uh what can i do for you to make you feel better?" Luth Zachary memberikan senyuman yang kekok, dirinya sudah buntu ingin memujuk gadis itu bagaimana.

" Leave."

Ouch.

Itu sangat menyakitkan hati.

" Kyra, i promise you esok pagi i belikan eh?" Makin dekat jejaka itu melangkah ke arah isterinya yang memuncung.

" Taknak. I nak sekarang. You tahu tak balik kerja tadi i dah imagine tau nak makan strawberry sambil layan drama! Tapi nak buat macam mana ada badak lahap semua tu." Mata Kyra Neesa sudah berair, dirinya makin sensitif. Luth Zachary tersenyum lucu.

Badak eh? Siapa lagi kalau bukan dia.

" Ye i'm sorry my dear, strawberry tu nampak sedap sangat tu yang i mak-"

" Tak sekarang ni tak perlu kot nak describes balik macam mana sedapnya strawberry tu ish you ni sengaja kan geram la i!" Rengek Kyra Neesa kuat sambil merebahkan badannya di atas sofa tu. Mulut tercebik cebik menahan tangisan.

Luth Zachary tergelak kecil. Suka pulak dia tengok sisi kebudakkan isterinya ini. Macam budak tak dapat mainan.

" Kedai dah tutup malam ni sayang saya, esok eh? I belikan banyak banyak." Kyra Neesa menjeling tajam suaminya. Dah kenapa nak sayang sayang?

" I mengidam tau."

" Ye tahu, i'm sorry okay?"

" Orang tua tua cakap kalau suami tak beli makanan yang isteri mengidam, nanti air liur anak selalu meleleh." Sempat Kyra Neesa menjeling buat keseratus kali lalu duduk bersandar pada sofa.

Mata merenung jejaka kacak itu. Renungan tajam Kyra Neesa ditenung dengan penuh kasih sayang oleh Luth Zachary.

" Ni kalau air liur anak kita meleleh, you tadah eh! Hmph" Rambut hitam pekatnya dilibas lembut ke muka suaminya. Kaki mengatur langkah ke dalam biliknya. Luth Zachary terpinga lalu tergelak kecil.

Kena tadah eh. Comel betul isterinya.


Hayden tersenyum manis melihat gelagat comel gadis itu bersama suaminya. Tidak. Gadis itu je comel. Tangan mula mencapai telefon bimbitnya di atas meja.

" Hello Chong! Ha how are you?" Dirinya bersandar malas di atas kerusi sambil menelefon rakannya yang berada di Cameron Highland.

" Ni nak tanya, stock strawberry dekat sana ada tak?"

" Ada ada. Banyak ni, lu mau berapa kotak?" Sambut dihujung talian itu.

Hayden tersenyum kecil. Tak sabar ingin melihat reaksi gadis itu apabila menerima hadiah daripadanya.

" Dua kotak."

" Wah manyak cantik, makan besar la gua bulan ini!" Sambut Chong dengan teruja.

Hayden memejamkan matanya selepas menamatkan panggilan telefon itu. Bibirnya terukir senyuman sinis. Sanggup dia menghabiskan duitnya buat gadis itu. Kyra Neesa benar-benar membuat hati dia tercuit.


Luth Zachary mengetap bibir geram apabila anak buahnya mengatakan bahawa mereka tidak jumpa satu pun maklumat mengenai Kyra Neesa yang berkaitan dengan traumanya.

Kyra's TreasureWhere stories live. Discover now