BAB 7

1.6K 88 1
                                    


Kyra Neesa membuka matanya perlahan-lahan apabila terdengar azan berkumandang. Dilihat jejaka sebelah masih diulit mimpi. Kyra Neesa tersenyum nipis, jejaka itu langsung tidak menyentuhnya. A man with words.

" You, bangun. Solat subuh." Kejut Kyra Neesa dengan lembut. Mahunya mati terkejut suaminya jika dia kejutkan dengan kasar.

" Hmm" ringkas sahaja respond Luth Zachary. Tiada tanda-tanda ingin mencelikkan mata. Kyra Neesa mencuba sekali lagi. Namun hanya dibiar sepi oleh Luth Zachary.

" Suka hati you la. Nanti dalam kubur you jawab sendiri. I dah kejut dah tak nak bangun." Luth Zachary menggaru kepala. Rimas dengan bebelan Kyra Neesa di pagi hari lagi. Dia sudah tersedar tetapi untuk mencelikkan mata dan memulakan langkah itu belum sampai masanya lagi.

" Man Rabbukaaa ? Siapa tuhan kamu" makin menjadi-jadi si gadis kecik molek itu mengejutkan sang suami. Suara dibuat-buat garau. Geram melihat Luth Zachary tidak berganjak dari tempat tidur.

" Ye ye dah bangun la. Pagi pagi dah bising." Rungut Luth Zachary. Rambut dikusutkan dengan mata yang masih tertutup. Kyra Neesa mencapai tuala.

" Dah tua bangka nak bangun pun susah." Kutuk Kyra Neesa terhadap suaminya.

" Pagi-pagi dah buat dosa dengan suami."

Gulp.

Kyra Neesa hanya menayangkan sengih yang tidak bersalah. Langkah diatur ke dalam bilik air.

" Cepat sikit mandi. Lambat i masuk. I tak kira." Amaran diberikan kepada isterinya. Macam la dia tidak kenal perempuan kalau dah mandi, berjam-jam.

" Ye ye!" Laung Kyra Neesa dari dalam bilik air. Luth Zachary kembali merebahkan badannya di atas katil. Buat apa lagi? Tidur laaa





Dato' Khay Nashrul tersenyum melihat pasangan sejoli itu yang sedang menjamu selera. Kyra Neesa kelihatan tidak kekok untuk melayani kehendak suaminya itu. Besannya juga berada disitu, Datin Dania. Juga turut tersenyum. Bahagia melihat anak lelakinya itu sudah mendirikan rumah tangga.

" Suka ibu tengok kamu berdua sekarang. Sama padan. Berseri je muka masing-masing." Kyra Neesa tersenyum manis ke arah ibu mertuanya.

" Setuju sangat Kak, Marina pun lega tengok diorang berdua ni. Rasa tak sabar la pula nak timang cucu." Kenyataan itu membuatkan Luth Zachary yang menyuap bihun ke dalam mulut tersedak. Anak? Ya memang mereka berkahwin atas dasar anak tetapi rasa segan itu ada.

Kyra Neesa menepuk perlahan belakang badan tegap suaminya itu. Muka sudah beriak nakal. Lucu tengok reaksi suaminya itu.

" Takpe mommy nanti Kyra dengan Abang Luth  usahakan okay? Kitorang bagi cucu yang comell untuk mommy dengan ibu." Terbuntang mata Luth Zachary. Dia belum kata apa-apa lagi kot. Memandai aje gadis ini. Namun bibir turut mengukirkan senyuman terpaksa.

" Kau ni dik sejak kahwin makin gatal eh? Suami kau tu pulak aku tengok malu je" Sedari tadi abangnya, Kyle Noah hanya mendiamkan diri turut mencelah apabila melihat muka adik iparnya sudah memerah akibat tersedak tadi.

" Entah. Laju dia dari suami sendiri." Sokong Luth Zachary, ingin mengenakan Kyra Neesa. Gadis itu sudah menjelingnya. Datin Dania tergelak kecil.

" Alah takpe la ibu lagi suka semangat Kyra macam ni. Kan dato' datin?" Pertanyaan itu disambut mesra oleh ibu bapa Kyra Neesa. Terasa selesa dengan besannya ini. Tidak sombong dan mudah beramah mesra.

Kyra Neesa menjelirkan lidahnya kepada abang dan suaminya. Kyle Noah menjegilkan mata, bertuah punya adik, depan mertua sempoi macam tu je.

Luth Zachary tersenyum sinis. Siap la isterinya nanti. Akan diajarnya cukup-cukup.




Kyra's TreasureWhere stories live. Discover now