BAB 12

1.6K 75 3
                                    

Alarm milik Luth Zachary mula berdering kuat. Menandakan sudah masuk waktu subuh. Luth Zachary mula mencelikkan matanya perlahan-lahan. Matanya menangkap figura kecil disebelahnya. Kyra Neesa.

Luth Zachary memerhati muka polos itu sedang tidur, tangan kecilnya kemas memeluk tubuh sasa encik suami. Jejaka itu mula mengusap tepi pinggang Kyra Neesa, ingin mengejutkan dengan perlahan.

" Kyra..." Jari panjangnya mula bermain dengan helaian rambut Kyra Neesa yang menutupi sedikit wajah cantik itu.

Kyra Neesa mengeratkan pelukannya, terasa hangat dan nyaman.

Luth Zachary tersenyum. Siapa sangka dia boleh mengenali sisi gadis ini yang needy dan manja?

" Kyra.. Wake up. Jom solat subuh" Kejutnya lagi. Ikutkan hati dia tidak mahu bangkit, mahu terus memeluk gadis ini dan tidur. Namun perintah Allah SWT wajib dilaksanakan.

" Hmm mengantuk..." Rengek Kyra Neesa. Semalam lama jugak dia hendak tidur, terbayang muka hantu. Nasib baik ada Luth Zachary di sisi, dia boleh kurangkan takutnya sedikit sebanyak.

" Bangun solat kejap je. Then tidur balik. Okay? Dah jom bangun." Tangan isterinya diletakkan di sisi. Diri mula bangkit.

" You tak bangun, i dukung you masuk bilik air." Ugut Luth Zachary, ingin menyedarkan gadis itu yang kelihatan masih nyenyak tidur.

" Dukung ah" Sangkaan jejaka itu meleset.

" Are you sure kitten?"

" Mhm. Dukung la. Malas nak jalan." Jawabnya dengan mata masih tertutup. Luth Zachary menggelengkan kepala.

" Ingat orang rajin sangat nak dukung dia tu?" Luth Zachary menghilang ke dalam bilik air. Kyra Neesa mencebik, dia memang malas nak bangun sekarang ini. Tanpa sedar, diri mula terlena balik.

" EHHH" Matanya dipejam rapat tadi mula dibuka luas. Terkejut akan tiba-tiba tubuh terasa melayang. Dengan cepat dia memeluk batang leher encik suami. Dada Luth Zachary dipukul.

" Tak bagi sign dulu kenapa? Terkejut lah" Memuncung gadis itu. Naik turun dadanya kerana masih terkejut. Luth Zachary hanya diam. Bilik air dituju lalu tubuh gadis itu diletakkan di atas sinki.
Jarinya menyelak helaian rambut gadis itu diselitkan ke telinga. Kyra Neesa terkebil-kebil kerana masih mamai.

" Mandi elok-elok. Jangan lama. Kita solat sekali." Seusai berkata begitu, kepala isterinya di'pat' kejap sebelum melangkah keluar. Kyra Neesa masih dalam keadaan blur namun bibirnya tersenyum sedikit, imamnya for now.



Luth Zachary keluar beriringan dengan isterinya, Kyra Neesa untuk makan tengahari. Hari cuti begini dia lebih suka berada di rumah sebenarnya tetapi si gadis degil ini mengajaknya keluar bersama. Sedang mereka menunggu lif naik ke atas, seorang insan menegur isterinya.

" Hi Kyra!" Tegurnya dengan ceria. Kyra Neesa menoleh begitu juga Luth Zachary. Gadis itu mengukirkan senyuman tipis.

" Hi Asyraff."

" So you nak keluar ke cuti-cuti ni?" Tanya Asyraff lebih kepada ingin mengetahui aktiviti gadis ini. Dirinya perasan akan kehadiran seorang lelaki gah sebelah gadis cantik ini. Namun dibiarkan sahaja.

" Yes nak keluar dengan suami i. Oh lupa nak kenalkan. Asyraff ni suami i, Za-" Ayat Kyra Neesa tergantung apabila encik suaminya bertindak memeluk pinggang rampingnya.

" Ohh ini la jiran yang sayang bagitahu abang tu?" Perkataan sayang dan abang itu ditekan olehnya. Luth Zachary menayangkan muka ' You better play along or else i won't make you pregnant!'

Cis, mentang-mentang aku nak sangat baby.

" Ahhh yea yea betul la tu abang. Ni suami i, Luth Zachary. Abang, ni Asyraff, jiran kita sebelah ni je." Muka dimaniskan, loya rasanya memanggil lelaki ini abang.

Kyra's TreasureWhere stories live. Discover now