PROLOG II

2.6K 206 61
                                    

Setahun sudah berlalu... Aku termenung menghadap tingkap di bilik kakak. Dalam setahun ini juga tiada perkembangan dari pihak polis. 

Doktor sahkan aku mengalami masalah kemurungan melampau. Badan ku semakin hari semakin kurus dek kerana tidak makan selama berhari-hari. 

"Ayah... Umi..." Aku tau ada sesuatu yang tak kena. Dua bulan selepas kakak menghilang ayah dan umi pula yang dijemput ilahi. Tapi, kematian mereka agak mencurigakan. Mereka meninggal disebabkan kemalangan kereta, break tiba-tiba sahaja tidak dapat digunakan dan kereta yang mereka naiki jatuh ke dalam sungai di gaung.  

Berhari-hari aku fikirkan semua ni tapi tetap tak dapat jawapan. Kenapa semua ni terjadi? Kalau betul keluarga aku dibunuh apa motifnya? Ayah dan umi tiada musuh jauh sekali kakak. 

Untuk seketika memori otak aku terkenangkan kembali keadaan semasa kereta umi dan ayah dijumpai...

Suasana yang bising dengan bunyi siren ambulans dan polis tidak aku hiraukan. Kaki terasa lembik, tak mampu untuk menampung berat badan. Aku hampir jatuh terduduk namun cepat-cepat disambut oleh seseorang.

"Allah..." Tak mampu aku ucapkan yang lain. Air mata mula bertakung. Mata terasa panas. Wajah kaku ayah dan umi yang terbaring diatas tanah aku pandang sepi. Tak mampu aku berjalan, menyentuh dan mencium buat kali terakhir. 

Aku tak kuat... Aku tak boleh...

"Ya allah..." Sekali lagi nama pencipta yang maha esa terungkap dari bibir. Angin malam menyapa pipi, sejuknya hingga ke tulang menambah pucat muka ku yang sememangnya sudah pucat tanpa darah. Bibir ku bergetar menahan sejuk. Pelukkan hangat dari si dia yang menyambut ku tadi terasa semakin erat.

"Cik Ayra..." Perlahan-lahan aku gagahkan kepala mengalihkan pandangan kepada dia.

"Inspektor Adyan..." Dia mengangguk. Aku memeluk tangannya kuat dan dia membantu ku untuk bangun. Kaki terasa benar lemahnya. Beberapa kali jatuh namun tangan kananya laju menangkap pinggang memberi sokongan untuk berjalan. 

Aku berjalan mendekati kedua jasad kaku yang terbaring lemah. Dengan terketar-ketar tangan menyentuh kulit sejuk mereka. Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya menitis tanpa dapat ditahan. Ya allah aku tak kuat!

Dalam tak sedar aku mula menangis, meraung dan berkata sesuatu yang tak dapat sesiapa fahami. Inspektor Adyan hanya memejam mata memandang ke arah lain. Tak mampu untuk dia saksikan detik perit ini. 

Untuk beberapa minit aku berkeadaan begitu, Inspektor Adyan menarik ku bangun. Aku hanya membiarkan diri dibawa kemana sahaja. Tiada daya untuk aku kawal sendiri. Semangat ku hilang dibawa pergi bersama roh ayah dan umi. Pertama kali aku dapat tau umi dan ayah terlibat dalam kemalangan aku pengsan selama dua hari. Sekarang yang ada hanya jasad kaku, tiada alasan lagi untuk aku teruskan hidup di dunia ini. 

Inspektor Adyan menyelimuti aku menggunakan jaketnya. Rambut ku yang panjang mengurai disikat menggunakan tangan dan ditarik dari menutup muka. Pandangan ku kosong menghadap tanah.

"Ini semua salah saya..." Perbuatannya terhenti. Dia memandangku pelik.

"Ini semua salah saya..." Aku mengangkat kepala memandang mata hazel itu dalam. 

"Kalau saya ikut kakak saya masa tu dia takkan hilang, kalau... Kalau saya ikut umi dan ayah saya, kalau saya yang bawak kereta tu, kalau saya ada sekali masa tu semua ini takkan terjadi! Kalau, kalau, kalau..." Aku cuba mencari alasan untuk menyalahkan diri. Emosi ku semakin tak terkawal. 

"Cik Ayra!" Inspektor Adyan menjerit nama ku kuat seraya menghentikan perlakuan yang tidak terkawal. Aku terkedu. Air mata ku menitis setitik. Ya allah. Mata hazelnya tajam menikam menusuk ke dalam mataku.

"Tak ada yang akan berubah walaupun awak ada sekali ketika semua ini berlaku bahkan mungkin keadaan akan bertambah teruk. Bersyukur sebab Allah selamatkan awak dari semua, pasti ada sebab!" Aku menggigil. Air mata semakin galak mengalir.

Tak tahu apa nak dibuat aku menarik dan memeluknya kuat. Inspektor Adyan terkaku namun perlahan dia membalas pelukkan itu. Dia menepuk belakang badanku lembut dan kepala ku diusap perlahan. Semakin lama tangisan ku semakin kuat.

"Saya... Saya punca semua ni berlaku," tuturku dalam tangis. Inspektor Adyan meletakkan kepalanya dia atas kepala ku memberi perasaan hangat. Dia sedar mungkin badanku sedang menggigil teruk menahan kesejukan malam.

"Awak dah dapat hukuman yang paling berat cik Ayra... Awak kena kuat." 

Nafas dihembuskan berat. Sekarang tinggal aku seorang yang bertahan hidup. Air mata yang hampir jatuh cepat-cepat aku seka. Tak, aku tak boleh menangis. Cukuplah berbulan aku kehilangan semangat. Kali ini aku mesti... Cari punca semua ni!

'────⊱༻𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆༺⊰────'

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now