BAB 22

258 30 0
                                    

Tanganku ditarik Qhallish. Larianku tidak stabil. Kakiku terlalu sakit. Kemana dia mahu bawa aku. Kenapa bukan lari ke dalam hutan. Kenapa mesti masuk ke dalam neraka ini?

"Saya tak dapat bawa awak keluar, Ayra. Kita dah dikepung. Dalam hutan tu ada lagi ramai orang-orang dia yang menunggu," bagaikan dapat membaca isi hatiku, Qhallish bersuara. Dia membawaku ke suatu bilik.

"Tunggu saya di sini." Qhallish memberi arahan. Aku menggeleng.

"Awak nak pergi mana? Jangan tinggalkan saya!" Qhallish mengusap rambutkan lembut.

"Saya perlu pertahankan anak-anak buah saya, sayang. Saya perlu pastikan mereka kembali ke rumah dengan selamat. Sebagai ketua, saya tak boleh biarkan mereka bertarung sendiri sedangkan saya bersembunyi di sini," aku menggengam tangannya erat. 

"Saya akan kembali pada awak, saya janji..." Kepalaku ditarik dan dahiku dicium. Aku memejamkan mata menikmata ciuman hangat itu. Pandangan kami bersambung. Qhallish mengukirkan senyuman pahit. Dia memberi isyarat menyuruhku sembunyi. Aku mengangguk perlahan.

"Kalau ada apa-apa, jerit saja nama saya kuat-kuat!" Qhallish berlalu pergi. Dan sekali lagi, dia meninggalkan aku sendiri.

"Tuan!" Qhallish berlari ke arah Adi.

"Dah ramai yang ditembak tapi konco-konco mereka terlalu ramai. Tak putus-putus datangnya! Mereka memang dah sedia dari awal. Bantuan kita masih belum sampai. Nampak gayanya tak mustahil kumpulan ASP Zaiyyan kena serang hendap juga." Adi memberi laporan. Qhallish menggigit bibir. Baru sahaja dia mahu membuka mulut tak semena-mena satu letupan kecil berlaku di belakang tempat mereka berlindung namun cukup untuk membuatkan mereka terpelanting ke belakang.

"Adi, kau tak apa-apa?" Qhallish menjerit. Adi mengangguk, mukanya berkerut menahan sakit.

"Ya Allah, tuan! Orang kita dah cedera seorang!"

"Jauhkan dia, biar seorang sahaja yang menjaga. Selebihnya teruskan mencari mereka yang bersembunyi!" Qhallish memberi arahan. Sesekali dia juga berlawan tembak dengan musuh yang memberi serang hendap. Mereka kembali bertarung. Walaupun dilengkapi dengan suit yang berbagai dan berlindung, masih terdapat beberapa kesan yang tetap menghiris kulit. Darah masing-masing mula membuak-buak keluar namun peperangan tetap tak dihentikan.


Agak lama mereka berlawan tembak. Aku duduk memeluk kaki. Sungguh tak dapat aku sembunyikan perasaanku ketika ini. Sekuat mana pun aku mencuba, asal ada bunyikan tembakan dan letupan semakin deras air mataku mengalir.

"Oh... Kat sini rupanya dia menyorok," suara garau itu mengejutkanku. Wajah yang memaparkan senyuman yang seram itu kini bermain di anak mataku. Aku bingkas bangun dan lari, namun apalah sangat kudratku ketika ini. Kakiku yang cedera telah menyusahkan aku. 

"Mana kau nak lari hah?" Badanku pantas sahaja disauk dari belakang.

"Argh!" Aku meronta untuk dilepaskan. Sesekali aku menjerit, tangan dan kakiku juga tidak mahu kalah gigih menumbuk dan menendang angin.

"Ish kau ni duduk diam-diam boleh tak? Semakla aku perempuan aggresive macam kau ni!" Sepucuk pistol diacukan kepala. Serentak dengan itu aku diam. 

"Haa, diam pun. Kau ni nak kena suap dengan gula-gula rupanya baru nak diam. Kan senang kalau dari awal kau ikut je cakap aku, tak adalah aku nak kena berkasar dengan kau. Haih." Luth mengeluh. Aku masih kekal diam. Di dalam hati tidak henti-henti aku menyumpah seranah lelaki ini. Dasar lelaki tak guna!

Aku ditarik keluar dari bilik. Terkadang kakiku terseret sedikit. Aku berkerut menahan sakit. Kami turun ke bawah, aku melihat dengan mataku sendiri mereka semua sedang kalut berlawan satu sama lain. Banyak mayat yang bergelimpangan, ada yang memakai suit polis ada yang bukan. 

Air mataku menitis melihat setiap mayat yang memakai baju polis itu kini terbaring tidak bergerak. Muka-muka itu aku kenal, merekalah yang menjagaku ketika aku disembunyikan. Ya Allah, semoga syurga tempat mereka. Tak terbayang perasaan anak bini masing-masing apabila mendapat tahu suami mereka terkorban. Jika aku yang berada di tempat mereka bolehkah aku bertahan?

"Kau memang tak guna," tanpa sedar aku melontarkan ayat itu.

"Hmm, apadia sayang?" Luth mendekatkan telinganya kepada mulutku. Aku memandangnya.

"Kau lelaki tak guna, manusia terpaling bangsat pernah aku jumpa..." Aku menuturnya keras. Luth tersenyum.

"Semua ni sebab suami kau," aku membulatkan mata seraya memandangnya. Luth semakin tersenyum suka.

"Kau tak percaya? Meh aku cerita."

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now