BAB 16

313 32 0
                                    

Peringatan : sebarang info tentang pegawai beruniform tolong jangan dipercayai bulat-bulat. Ada yang sahih ada yang hanya sekadar info dari bahan bacaan lain dan kesahihannya tidak dapat dipastikan. Bahasa kasar, author palataw. Sekiranya ada anak beruniform di sini mahu berkongsi pengetahuan amat dipersilakan mungkin info yang ada dapat diubah sedikit sebanyak. Sekian.

"Kamal, kau pergilah tanya. Kau kan orang bawah dia." Sarjan Razif menolak Koperal Kamal ke depan.

"Eh apa saya pulak, Pak Ali lah. Diaorang kan rapat." Koperal Kamal menjuihkan bibir ke arah Sarjan Ali yang kebetulan lalu. Cepat-cepat pegawai tua itu berpatah balik ke belakang. Mereka tercengang melihat tindak balas itu. 

"Dah tu siapa yang nak masuk tanya sekarang ni?" Masing-masing diam. Tiada siapa yang berani masuk dan ganggu Qhallish yang sedang tidur di meja di dalam bilik perbincangan. Entah apalah yang ditakutkan sangat, Inspektor Adyan bukan garang pun.

Desas-desus di luar pintu bilik yang agak kuat membuatkan Qhallish mengigau perlahan. Kepalanya ditoleh dari kanan ke kiri. Masing-masing terus diam menyepi melihat pergerakkan Qhallish.

"Kamal..." Masing-masing membuat muka comel. Koperal Kamal pasrah. Perlahan-lahan dia menguak pintu kaca itu. Langkahnya diatur begitu lambat tidak mahu kasutnya berbunyi terlalu kuat.

"Tuan..." Koperal Kamal mengetuk meja perlahan. Dengan mata yang masih kuyu dan kabur pantas sahaja Qhallish mengangkat kepala.

"Hah..." Dengan separuh mamai dan pandangan kabur dia memandang sekeliling.

"Tuan, dah tiga hari saya tengok tuan tak balik rumah. Tuan gaduh dengan bini ke?" Koperal Kamal bertanya dengan riak risau. Qhallish menggosok kedua matanya perlahan, sesekali kepalanya digelengkan beberapa kali bagi mendapatkan kesedaran. 

Pandangannya yang tadi kabur perlahan-lahan beransur hilang. Kini jelas di matanya ada ramai pegawai yang sedang mengintainya dari luar. Sarjan Ali juga tak kurangnya terjengket-jengket mahu menayang muka. Matanya yang masih merah kembali diarahkan kepada Koperal Kamal. Koperal Kamal menelan air liur. 

"Asal nampak seram sangat ni tuan... Betul-betul kena halau dengan bini ke?" Gumamnya di dalam hati.

"Maaf, awak tanya apa tadi?" Sekali lagi Koperal Kamal mengulang soalannya. Qhallish tercengang.

"Haih, awak ni!" Secara spontan Qhallish berdiri, suaranya ditinggikan sedikit. Koperal Kamal sudah beranjak ke belakang sedikit begitu juga dengan yang diluar bilik. Sedar dengan tindakan diluar nalarnya itu, Qhallish berdehem.

"Mana ada. Saya tak ada apa-apa masalah pun dengan isteri saya," gugup sahaja dia menjawab. Ini dah apa pasal masing-masing sibuk nak tahu hal peribadi dia pulak dah ni?

"Habistu, kitaorang tengok tuan dah stayed up dekat pejabat tiga hari dah. Tuan ada masalah ke?" Qhallish menggeleng.

"Tak, tak ada apa-apa... Kita tak ada kes baru ke?" Qhallish cepat-cepat mengubah topik.

"Bukan tuan minta dekat pihak atasan untuk kecualikan tuan dari mana-mana kes ke sebab nak buka kes lama?" Qhallish menepuk dahi. Rancangan untuk cover, error.

"Ahh, ya yang itulah. Ada sebarang perkembangan?" Sekali lagi Koperal Kamal mengerutkan dahi.

"Saya baru ja bagi maklumat tentang lelaki-lelaki tu semalam, tuan..." Qhallish memejamkan mata. 

"Aaa, okay. Erm, takpa. Awak boleh keluar," sebelum lebih banyak dia malukan dari baik dia cepat-cepat halau. Dengan teragak-agak Koperal Kamal mengangguk.

"Tuan yakin, tuan okay?" Sekali lagi dia bertanya prihatin. Ibu jari diangkat, Qhallish memandang ke arah lain. Mukanya sudah terlalu merah menahan malu.

Di luar bilik, masing-masing menanti jawapan yang akan keluar dari Koperal Kamal.

"Sah Inspektor Adyan ada masalah dengan bini dia," laju sahaja Koperal Kamal membuat spekulasi. Masing-masing tercengang.

"Dua kali dia tanya aku benda yang tak sepatutnya dia tanya. Aku perasan dari tiga hari lepas, dia banyak termenung."

"Dia kantoi curang ke?" Semua mata terus terarah kepada pegawai itu.

"Kenapa?" Dengan takut-takut dia bertanya. Mereka semua menenungnya tanpa berkata apa untuk beberapa saat kemudian kembali memandang sesama sendiri.

"Aih tak mungkinlah dia nak curang, dia tu pandang perempuan pun tidak."

"Kan, tak logik sangat Inspektor Adyan yang tak cakap dengan perempuan boleh kantoi curang."

"Inspektor Adyan tu reti mengayat ke sampai nak main kayu tiga kat belakang?"

"Rancak nampak, awak semua tak ada kerja ke?" Zaiyyan berdehem seraya muka beku dipasang. Masing-masing tersengih kemudian perlahan-lahan beransur hilang ke meja masing-masing.

Pintu bilik diketuk, Zaiyyan masuk tanpa menunggu jawapan dari Qhallish. Cawan berisi kopi miliknya diletakkan di atas meja. Lightboard yang diconteng dan ditampal dengan berbagai stickynotes dipandang. Matanya membaca setiap yang tertulis.

"Dah tiga hari kau tak balik, fokus betul kau kaji balik fail tu."

"Qhall cuba cari balik klu yang tertinggal." 

"Dapat apa-apa?" Qhallish melepaskan nafas berat.

"Betul apa yang abang Yan cakap, diaorang dah tak target Ayra tapi diaorang target Qhall." Zaiyyan mengangkat kening.

"Sebab apa?"

"Sebab cip tu ada dengan Qhall." Zaiyyan erkerut.

"Cip?" Qhallish mengangguk. Zaiyyan memaparkan riak tanda dia tidak faham.

"Dulu kita fikir pembunuhan berancang ini dimotifkan dendam keluarga bukan?" Zaiyyan mengangguk.

"Tekaan kita salah. Jauh meleset. Bila Qhall kaji balik, baru Qhall dapat info sebenar. Papa mangsa bukan bussinesman, dia sebenarnya anggota polis yang berada dibawah satu unit rahsia negara. Tak semua pegawai PDRM tahu yang unit ni wujud. Qhall dapat dari bantuan kawan abah. Unit ni dibahagi dan ditugaskan untuk menjaga beberapa maklumat negara yang sulit. Salah satu anggotanya papa mangsa."

"Malam tu... Diaorang sebenarnya diburu. Anak-anak pegawai itu tidak tahu-menahu langsung tentang skop pekerjaan papa mereka kerana jarang berjumpa akibat kekerapan outstation. Kakak mangsa merupakan kemalangan yang tidak disengajakan, konon untuk diberi amaran tapi mereka tak sengaja terbunuh. Atau mungkin disembunyikan. Untuk suami isteri tersebut, Qhall syak sebenarnya berlaku aksi kejar-mengejar ketika itu. Tindakan drastik terpaksa diambil oleh mangsa, menuju ke gaung sebab suspek percaya cip tu bersama dengan papa mama mangsa namun dalam diam papa mangsa sudah menyimpannya di tempat lain. Suspek percaya cip itu sudah tenggelam, jadi mereka membatalkan niat untuk sementara waktu sehinggalah mereka sedar cip data tu ada dengan anak perempuan mangsa, iaitu Ayra." Zaiyyan terlopong mendengar penerangan dari Qhallish.

"Wow..." Zaiyyan mengeluarkan perkataan itu secara spontan. Qhallish tersenyum bangga.

"Macam mana kau tahu semua ni?" Qhallish tercengang.

"Abang Yan... Kita polis. Dah memang tugas kita siasat benda-benda macam ni." Zaiyyan menepuk dahi.

"Lupa."

 "Qhall terjumpa cip tu dekat rantai Ayra..." Zaiyyan memasang muka pelik.

"Qhall..." Qhallish menelan liur,sedar dia sudah terlepas cakap.

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now