BAB 14

306 36 1
                                    

"Kita dah sampai." Qhallish memasang muka selamba. Dia mengerling ke arahku yang memandangnya tajam.

"Apa?"

"Lagi sekali awak bergurau macam tu lagi memang saya bunuh awak, Qhallish." Qhallish menahan tawa. Aku mendengus, haih sabar jelah.

Beberapa minit sebelum...

"Ya Allah, Ayra Qaysara. Saya dah janji tau nak sampai rumah dia pukul 8:00. Kita sampai rumah tadi dekat pukul 7 lebih, sekarang dah 8:05. Cepat!" Qhallish mengusikku apabila melihat aku kalut-kalut berlari dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri. Huh ini semua salah dia, aku ajak balik dia kata sekejap nak tengok sunset lah apalah tengok sekarang apa dah jadi?!

"Ye sabar, kaki saya ada dua, tangan ada dua. Tak sempat saya nak capai semua benda dalam satu masa, bawa bertenang!" Makin galak Qhallish mengusikku selepas mendengar ayat gelabah itu.

Di dalam kereta tidak sudah-sudah aku membelek tudung sendiri. Ini semua Qhallish punya pasal juga, sebab dia habis tak jadi bawal shawl aku, kan dah tak pasal-pasal kena pakai tudung dalam kereta. Qhallish di sebelah tak sudah-sudah ketawa. Seronok sangat mengusik. Argh, kenapalah Zaiyyan ada hal malam ni? Kalau tak boleh juga aku pass sekeh kepala dekat dia. Eh uiks, asyik fikir Zaiyyan nampak. Fokus, Ayra, fokus!

"Sudah-sudahlah tu niupnya. Awning awak dah cantik dah haa..." Qhallish memberi respon tanpa dipinta. Aku menjeling dia di sebelah. Geram betul lah aku. Memang naya bini dia, hari-hari kena ngusik gini. Ha, cakap pasal bini pakcik ni tenang betul gurau ngan aku macam tak pernah kahwin. Euw redflag, susah dapat suami kuat menggatal macam ni. 

"Awak diam ya, ini semua salah awak sebab kejan saya. Kan dah tak pasal-pasal saya kena pakai tudung dalam kereta," aku menjeling. Qhallish hanya tersenyum namun kemudian senyumannya mati.

"Eh..." Aku yang baru selesai menyiapkan awning, memandangnya kehairanan.

"Hah, dah kenapa?"

"Brek kereta tak makan," mataku membulat. Hah?!

Kereta meluncur laju ke hadapan. Untung jalan agak lenggang, ini memudahkan Qhallish untuk mengelak dari bertembung dengan bontot kereta yang lain. Aku di sebelah sudah memegang erat tali pinggang. Ucapan dua kalimah syahadah tidak putus dibaca. 

"Aduh banyak kereta pulak dah!" Qhallish menjerit. Aku berkerut. Stereng kereta dipusing, kami mengubah laluan... Menuju ke dalam hutan!

"Pegang kuat-kuat Ayra, kita mungkin terhempas..." Aku memejamkan mata. Kereta yang semakin meluncur laju membuatkan aku sedikit berdebar. Oh, tolonglah ini bukan fast furious nak buat aksi kereta macam ni.

"Atau mungkin tidak..." Terasa seperti kereta sudah berada di kelajuan normal, perlahan-lahan aku membuka mata. Eh? Aku mengalihkan pandangan kepada Qhallish. Dia tersengih melihat ke arahku.

"Tadi bukan..." Aku tidak mampu menghabiskan kata-kata.

"Tak ada apa masalah pun, brek dah berfungsi balik." 

"Macam mana?" 

"Mungkin sebab saya bawa terlalu laju kot tadi, jadi terasa macam brek tak makan, padahal saya yang tak lepas minyak." Qhallish ketawa kecil. Seraya dengan itu, pantas sahaja tangan naik menampar lengannya kuat. Dia mengaduh sakit.

"Awak ni kan! Kita ni nak pergi majlis dekat rumah kawan awak tau, bukan nak pergi jumpa malaikat maut terus ke tuhan. Sekali lagi awak buat lawak macam tu memang tangan saya sendiri yang hantar awak jumpa tuhan."

"Uii," aku menghentikan lamunan. Wajah Qhallish bermain di mata.

"Marah lagi ke? Saya minta maaf okay? Dah jom masuk, takkan kita berdua nak duduk sini sampai esok pagi pulak kan?" Aku mencebik.

"Balik nanti kalau sekali awak buat-"

"Ya, saya akan serahkan semua jiwa, raga, badan dan roh saya untuk awak kerjakan. Sekarang jom kita makan, saya lapar." Qhallish membuat muka comel. Aku menjelingnya kemudian mengikutnya dari belakang.

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now