BAB 9

567 65 3
                                    

Dah dua hari aku termenung di rumah Qhallish tanpa buat apa. Haih, dia kata nak suruh aku tolong kmas rumah dia, ini masalahnya asal aku dapat arahan kemas bilik diaorang ja semua dah tersusun elok. Nak kemas apa? Acah-acah sapu sawang, tak ada habuk. Nak acah-acah lap gambar, gambar pula berkilat. Baik Qhallish baik Zaiyyan dua-dua sama. Cuma Zaiyyan jelah yang selalu membuli sikit.

"Saya nak keluar hari ni, boleh?" Aku membuat muka comel kepada Qhallish ketika dia sedang menghirup air. Qhallish memandangku atas dan bawah beberapa kali.

"Abang Yan tak ada di rumah hari ni, saya pun tak ada jadi jawapannya tidak." Qhallish menjawab dingin. Aku melepaskan nafas berat. 

"Saya tak faham kenapa saya kena ikut awak datang ke sini, kenapa saya tak boleh keluar sesuka hati? Apa maksud awak, saya ni tanggungjawab awak? Kita bukan suami isteri untuk awak cakap macam tu. Saya dah bosan hadap siling empat segi ni tiga hari berturut-turut, terasa macam sebulan lamanya," aku meluah namun dengan nada yang masih dikawal. Qhallish meletakkan cawannya di atas meja, pandangannya diredupkan.

"Jom kahwin," aku terkedu.

"Hah?"

"Kan awak cakap kita bukan suami isteri untuk saya buat macam ni, jadi jomlah kita kahwin." Qhallish menongkat dagu. Selamba sahaja dia menuturkan ayat itu. Aku pula yang kehilangan kata-kata.

"Taknak lah saya kahwin dengan awak." Qhallish tertawa kecil.

"Kenapa?" Aku mencebik.

"Sebab kalau saya kahwin dengan awak silap-silap keluar bilik pun tak boleh. Awak letak hukum haram, kang langgar jadi derhaka dengan suami," dengan yakinnya aku menjawab. Qhallish menahan tawa disebalik senyumnya. Aih, kalau bukan sebab aku tengah geram sekarang ni memang aku terima ja lamaran tu. Hensem betul ciptaan tuhan.

"Okaylah, cik Ayra Qaysara. Saya mengaku kalah. Saya minta maaf terpaksa kongkong awak, dan ya saya memang tipu awak tentang nak minta awak kemas rumah saya. Maklumlah saya dan abang Yan dah sedia pembersih tapi percayalah saya buat ni bersebab. Saya tak boleh beritahu awak sebab ni sekarang tapi in sha Allah saya janji saya akan ceritakan semuanya satu hari nanti. Awak cuma perlu bersabar dan ikut saja arahan saya. Okay?" Qhallish cuba memujuk. Aku menggigit bibir. Termakan juga dengan pujukan suara lembut lelaki itu tapi hati tetap aku keraskan.

"Sekurang-kurangnya bagitahulah saya apa yang sedang terjadi?" Aku merayu namun hampa, Qhallish tetap dengan pendiriannya. Dia menggelengkan kepala. 

"Maaf, tapi tak boleh. Saya taknak awak terlampau takut nanti sehingga membahayakan diri sendiri."

"Tapi kalau saya tak tahu apa-apa dan dengan yakinnya percaya keadaan sekeliling, bukankah itu lebih berbahaya?" 

"Sebab itulah saya tak benarkan awak keluar, Ayra Qaysara..." Balasan Qhallish membuatkan aku kehilangan kata-kata. Akhirnya aku hanya diam dan mengangguk setuju. Qhallish tersenyum kemudian tangannya naik mengusap kepalaku perlahan.

"Saya benarkan awak keluar, tapi hanya di persekitaran rumah sahaja." Qhallish tiba-tiba berkata. Aku memandangnya dengan pandangan yang bersinar.

"Tapi dengan syarat, awak mesti beritahu saya dan abang Yan. Kami berdua perlu tahu, tak boleh salah seorang. Tunggu sampai salah seorang balas baru pergi. Faham?" Aku mengangguk laju. Dia tersenyum.

Kopi dihabiskan, Qhallish mengerling ke arah jam. Alamak dah lewat. Kalut-kalut dia berlari ke arah pintu, aku hanya menghantar pemergiannya dengan pandangan. Namun beberapa saat kemudian Qhallish kembali dan berdiri di hadapanku.

"Kenapa? Nak kena salam ke?" Aku bertanya polos. Sekali lagi wajah kacak itu mengukir senyuman.

"Nah." Qhallish menghulurkan sebuah kotak kepadaku. Kotak bertukar tangan. Aku membelek kotak hitam diikat dengan reben emas itu dengan penuh minat.

"Pakailah. Tapi jangan bagi sesiapa nampak. Ini rahsia, antara awak dan saya." Qhallish menunduk dan membisik ke arahku seolah-olah ada orang lain yang akan mendengar.

"Apa gunanya?" Aku menilik gelang itu berkali-kali.

"Supaya saya boleh tahu dimana awak berada. Kalau awak dalam bahaya, awak sebut sahaja nama penuh saya. Muhammad Qhallish Adyan, in sha Allah saya akan muncul macam ultraman dalam masa 5 minit." Qhallish bergurau. 

"Pakai, sorok dalam sarung tangan. Ingat, jangan percayakan sesiapa dan jangan beritahu tentang gelang ni walau pada abang Yan sekalipun. Ini rahsia kita berdua." Qhallish mengucapkan itu seraya menutup pintu. Aku hanya melihat kelibatnya yang beransur hilang disebalik bayangan tingkap. Gelang kembali ditilik, terasa seperti ada memori yang tersembunyi. Tapi di mana?


Aku menghirup udara segar sepuas-puasnya. Akhirnya bebas dari oksigen yang sama. Aku memandang sekeliling yang tidak pernah aku lihat. Destinasi pertama, mall berdekatan. Qhallish dan Zaiyyan? Jangan risau, aku dah bagitahu dia. Nanti Zaiyyan akan teman memandangkan Qhallish agak sibuk mengkaji kes di pejabat.

Disebabkan jarak rumah dan mall dalam 500 meter aku memilih untuk menumpang grab, tak larat nak jalan kaki walaupun dekat. Stamina aku tidaklah sekuat mana, rasa malas lebih terasa. Grab sampai selepas 5 minit menunggu. Masuk sahaja ke dalam kereta aku terus membuka telefon. Aplikasi tiktok dibuka.

Masuk sahaja ke perkarangan parking mall aku menutup telefon. Disebabkan kereta terlalu banyak hari ini, aku meminta untuk diturunkan di pintu akhir. Pemandu grab melajukan pemanduan memandangkam tiada kereta yang keluar dari parkir.

"Ehh, bahaya!" Aku menjerit secara tiba-tiba apabila mataku menangkap satu susuk perempuan yang berjalan tanpa melihat kiri dan kanan. Untung sahaja lelaki itu sempat menarik perempuan itu, jika tidak mungkin sudah dilanggar kerana kelajuan yang melebihi had. Aku menoleh ke belakang, si lelaki dan perempuan nampaknya macam tengah bertengkar. Suami isteri mungkin.

"Haih bahaya betul melintas macam tu, ada masalah suami isteri pun janganlah sampai melepas ke tengah jalan. Nanti akan menyusahkan semua pihak," pemandu grab itu melepaskan kesalan. Muda lagi, tapi dah bergaduh suami isteri. Haih.

Aku hanya mengabaikan apa yang aku melihat tadi. Malas mahu kisah lama-lama. Akhirnya aku turun dari kereta, kaki terus melangkah ke tempat yang dituju.

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now