BAB 15

321 39 0
                                    

Aku menikmati segala hidangan yang ada tanpa meghiraukan pandangan orang sekeliling. Atau mungkin juga perhatian bukan terhala ke arahku, tetapi ke arah Qhallish di sebelah. Okay, aku tau dia hensem tapi bagilah aku peluang nak merasa jadi artis juga!

"Aku ingat kau tak datang." Qhallish tersengih.

"Datang, penat Fayyadh ajak aku suruh datang majlis sepupu dia takkan aku tak datang. Lagipun, kau pun member aku juga, jadi takkan aku tak pergi." Qhallish menumbuk bahu Harraz perlahan. Dia ketawa kecil.

"Aku minta diri dulu, nak jumpa bini aku." Qhallish mengangguk. 

"Diaorang semua pandang awak," aku tiba-tiba membisik.

"Okay, so?" Qhallish masih tenang mencedok cocktail ke dalam mangkuk.

"Yang pandang semua perempuan," lagi sekali aku cuba memancing. Qhallish mengangkat kening kirinya, matanya masih tidak beralih dari mencedok makanan.

"Awak cemburu ke?" Dia bertanya. Laju sahaja mata diangkat memandang tepat ke anak matanya.

"Buat apa saya nak cemburu dengan orang yang dah beristeri," perlahan sahaja tetapi keras nada yang aku gunakan. Malas mahu melayan, aku membawa makanan ke halaman rumah di hadapan kolam.

Telinga hanya dipasang. Tidak berminat untuk aku melihat drama yang sedang berlaku di belakang. Kes penceraian? Aku tersenyum senget. Itu biasa, memang banyak pasangan yang menikah di usia muda berakhir dengan penceraian. Semuanya gara-gara berkahwin atas dasar nafsu, bukan ikhlas datang dari jiwa. 

"Ayra." Qhallish memanggilku perlahan. Suapanku terhenti, aku memandangnya mengambil tempat di hadapanku. Matanya tidak sudah-sudah meliar ke merata tempat.

"Sudah-sudahlah tu pandang keliling, tak ada apa pun kat sini. Semuanya selamat." Qhallish tidak menghiraukan aku untuk beberapa saat. 

"Tak, sini pun tak selamat," suapanku terhenti.

"Maaf sebab saya tipu awak cakap brek tak berfungsi, tapi tadi saya betul-betul kena bawa laju. Ada orang ikut kita," suaranya dibisikkan perlahan.

"Tak lawaklah, Qhallish. Awak jangan cuba nak tipu saya lagi kali ni, ini dah masuk kali keuda tau. Awak nak saya-"

"Saya tak main-main," aku meneguk liur. Hilang terus selera makan. Cocktail diletakkan di atas meja.

"Jangan tunjuk awak takut, berbual dengan saya macam biasa." Qhallish mengubah pandangannya ke arahku. Aku tergamam.

"Macam mana dengan proses pembuangan taik awak?" 

"Hah?" 

"Saya dengar awak kerap sembelit kebelakangan ni, awak ada tersilap makan ke?" Qhallish pura-pura prihatin. Mukaku memerah. Aku tak tau ini cuma lakonan atau betul-betul. Masalahnya mana dia tahu aku memang betul-betul sembelit?!

"Alhamdulillah semakin lancar..." Dia mengangguk faham.

"Perlu ke kita cakap tentang ni?" Qhallish berkerut.

"Mestilah! Awak tahu tak sembelit tu bahaya? Saya mestilah ambil tahu tentang makan minum, pakai dan kesihatan awak sebab awak dibawah tanggungjawab saya sekarang." Qhallish menjawab polos. Aku terlopong.

"Err, dia ada dekat sini lagi ke?" Qhallish memusingkan kepalanya dengan berhati-hati.

"Dah tak ad-"

BAMMM! 

Kami berdua serentak mengalihkan pandangan. Jeritan histeria para tetamu mula membingitkan keadaan.

"Kenapa?!" Qhallish bertanya cemas kepada salah seorang tetamu di situ.

"Ada orang kena langgar!" Kami berpandangan sesama sendiri. Baru sahaja aku mahu pergi meninjau apa yang jadi, Qhallish terlebih dahulu menarik tanganku ke pintu belakang.

"Kenapa?" Tercungap-cungap aku mencari nafas.

"Masa untuk lari, saya dah call abang Yan." Qhallish meliarkan pandangannya ke kiri dan kanan. Dalam beberapa saat kemudian Zaiyyan muncul dan berhenti tepat-tepat dihadapan kami. Qhallish masuk ke tempat penumpang di hadapan dan aku di belakang.

"Dah periksa nombor plat kereta tadi?" Tanpa salam atau sebarang mukadimah, Qhallish memberi pertanyaan kepada Zaiyyan. Zaiyyan mengangguk kemudian menggeleng.

"Kereta curi, masa abang baru nak periksa nombor plat kereta tu pemilik kenderaan datang buat report. Kereta dia kena curi masa dia parkir di supermarket berdekatan." Qhallish mendengus perlahan.

"Diaorang dah rancang dari awal."

"Qhall, abang tak rasa diaorang memang datang untuk cari Ayra." Zaiyyan menjeling adiknya di sebelah.

"Maksud abang?"

"Abang tak ada firasat apa-apa. Cuma entah kenapa abang rasa macam motif diaorang sekarang dah berbeza dengan kes dua tahun lepas. Kalau dulu mungkin ya, diaorang memang mencari Ayra sebab..." Zaiyyan menjeling ke arah aku yang hanya memasang telinga. Aku pura-pura tidak melihat. Pandangan dibuang ke luar tingkap. 

"Habis, abang nak kata diaorang target Qhall?"

"Ya."

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now