BAB 10

342 38 0
                                    

"Sara," suara Zaiyyan memenuhi gegendang telinga. Aku mengalihkan pandangan, senyuman manis dihadiahkan untukku. Aku hanya membalas senyuman itu dengan senyuman biasa.

"Khusyuk nampak, awak nak beli ke banyak-banyak macam ni?" Zaiyyan menjeling ke arah novel-novel yang aku timbunkan di dalam bakul.

"Untuk kecemasan mana tahu angin Qhallish tiba-tiba berubah, dia tak bagi saya keluar rumah terus..." Aku menjawab selamba. Beberapa hari bersama dengan mereka hilang terus segala ayu yang dulunya dijaga. Senang betul aku selesa dengan orang. Zaiyyan menahan senyum. Bukan dia tak nampak kadang-kadang adiknya dan aku akan bergaduh kecil hanya kerana isu mahu keluar rumah.

Aku tiba-tiba melepaskan nafas kasar. Zaiyyan memandang pelik.

"Pilih buku pun mengeluh?" Aku memandangnya dengan pandangan tidak berpuas hati.

"Sebenarnya kita pernah kenal ke?" Zaiyyan mengangkat kening tanda tidak memahami.

"Sebelum ni, sebelum saya hilang ingatan. Saya, awak, Qhallish. Kita semua pernah berjumpa ke? Saya pelik. Takkanlah awak berdua boleh percayakan orang yang awak baru kenal beberapa hari siap bawa balik rumah lagi. Sangat tak logik ditambahkan lagi bila awak berdua sama-sama anggota polis, mesti syak wasangka tu lagi besar dari orang biasa. Ini tak, awak berdua senang-senang je percaya saya, kalau saya orang jahat macam mana?" Zaiyyan tersenyum.

"Ada ke orang jahat tolong basuhkan baju, masakkan makanan siang malam pagi petang untuk dua anggota polis?" Zaiyyan bertanya sekali memerli. Aku mencebik.

"Memanglah tak ada, tapi saya tetap nak tahu apa yang tengah jadi. Saya bingung tahu, bangun dari tidur tak tahu apa-apa. Yang pasti setiap hari ada sahaja surat yang sampai ke rumah suruh saya buat macam-macam sampailah dia bagi arahan untuk keluar dari rumah tu dan kemudian arahan itu terhenti di situ. Lepastu saya jumpa awak dan keluarga awak. Kemudian jadi macam ni, apa sebenarnya semua ni?" 

"Qhallish tak ada bagitahu apa-apa?" Zaiyyan bertanya lagi dengan penuh tenang.

"Tak ada, setiap kali saya tanya dia akan jawab "belum masanya lagi" berulang-ulang kali sampai saya naik muak dah," aku mencebik.

"Kalau macam tu sabarlah dulu, akan sampai masanya dia akan cerita. Cuma cepat atau lambat. Atau bagaimana keadaannya. Tapi saya rasa awak akan tahu sendiri kalau awak-" Zaiyyan diam. Sedar dia terlepas cakap. Aku mencerlung ke arahnya.

"Awak nak cakap ap-" Percakapanku terhenti apabila satu tembakan dilepaskan dan ianya betul-betul berada di tepi telingaku. Mataku membulat memandang rak buku yang sudah berlubang dek terkena tembakan itu. Aku memandang Zaiyyan, matanya tertumpu ke arah satu arah. Aku menoleh.

Riak wajahku menunjukkan aku terkejut. Sepucuk pistol jelas dihalakan ke arah aku sekarang. Tak, bukan satu. Tapi dua! Satu ke arahku, manakala satu lagi ke arah Zaiyyan. Zaiyyan memegang tanganku. Aku mengeraskan diri secara tiba-tiba.

"Damn, aku lambat." Zaiyyan menggumam sendiri namun masih jelas di telinga. Aku memandang ke arahnya.

"Apa maksud awak terlambat?" Zaiyyan menarik aku lari. Aku berlari dengan kaki yang tidak stabil kerana ditarik Zaiyyan. Mujur saja orang tidak ramai hari ini kerana bukan hari minggu. Pelanggan yang lain sudah bertempiaran lari disaat tembakan pertama dilepaskan. Kini tinggal kami berdua sahaja yang berlari sambil mengelak dari ditembak. Hanya kami, ya hanya kami yang menjadi sasaran. Otakku sudah tidak keruan. Apa benda semua ni?!


Qhallish khusyuk menyelak fail data yang baru diterima sebentar tadi. Wajahnya jelas berkerut membaca maklumat yang tertulis. Belum sempat helaian itu habis dia sudah menutup fail itu dengan kasar.

"Pandai kau buat kerja," dia menayang riak geram. Telefonnya berdering. Tertera nama Zaiyyan di skrin telefon. Dia memasang riak hairan. Sangat jarang untuk Zaiyyan menelefonnya ketika dia sedang bertugas. 

"Tuan!" Baru sahaja tangannya mahu mencapai telefon, pintu bilik dikuak kasar. Tangannya kembali ditarik dan diletakkan di atas meja. Matanya mencerlung tajam ke arah Koperal Kamal di muka pintu.

"Tuan... Ada orang buat laporan. Ada kejadian tembak-menembak di supermarket AmanJaya!" Dengan nafas tercungap-cungap, Koperal Kamal memberi laporan. Penat dia berlari dari bawah menaiki tangga dan terus menuju ke bilik mesyuarat. Merata dia cari Inspektor yang seorang ini tapi tidak jumpa. Kening Qhallish bertaut. Supermarket AmanJaya?

"Masalahnya sekarang ni, yang sedang berlawan dengan diaorang ialah ASP Zaiyyan!" Makin bertambah bulat mata Qhallish mendengar nama Zaiyyan dipetik. Dia bingkas berdiri, faham apa yang sedang terjadi. Mereka terlambat! Patutlah Zaiyyan tiba-tiba menelefonnya.

"Dah hantar pegawai ke sana?" Dia bertanya kalut. Koperal Kamal mengikutnya dari belakang. 

"Dah tuan, mereka dalam perjalanan."

"Diaorang akan lambat. Awak ikut saya. Jangan lupa laporkan kepada Sarjan Ali dan Sarjan Razif sekali." Koperal Kamal mengangguk. W#alkie-talkie dikeluarkan. 


"Ya allah, Qhallish tolong cepat..." Zaiyyan tidak putus-putus dari berdoa. Walau Qhallish tidak menjawab panggilan namun dia pasti adiknya sudah mendapat laporan. Dia memandang kiri dan kanan. Hanya tandas tempat selamat yang dapat dia tuju. Tanganku dipegang erat. Sesekali dia memandang ke arahku dengan wajah yang tidak dapat akj tafsirkan maksudnya.

Bunyi pintu tandas yang ditendang kuat menyapa gegendang telinga. Pegangan tangan Zaiyyan semakin mengetat. Tidak tunggu lama, pintu itu sudah selamat dipecahkan. Zaiyyan sudah siap berdiri di hadapanku menghadang dari sebarang ancaman. Muncung pistol diacukan ke hadapan. Bunyi tapak kaki semakin mendekat.

"Berhenti, jangan bergerak!" Tuil pistol ditarik bersedia untuk melepaskan tembakan. Bunyi tapak kaki terhenti, mata kami sama-sama memandang ke arah satu arah.

"ASP Zaiyyan," suara garau itu menyapa kami. Zaiyyan menjatuhkan pistol, peluru kembali dikunci. 

"Sarjan Ali." Zaiyyan menyapa kembali.

"Tuan..." Dia bersuara lemah. Belum sempat kami menarik nafas lemah, Zaiyyan terlebih dahulu memasang riak cemas. Dia dah agak ini akan terjadi. Mereka terperangkap!

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now