BAB 21

274 28 0
                                    

Masing-masing kekal menunggu di balik semak pokok. Mereka pasti, penjahat di dalam sana sudah sedia maklum dengan kehadiran mereka. Saling menunggu, perlu salah seorang keluar. Sama ada menyambut tetamu atau datang memberi salam terlebih dahulu. Namun disaat seperti ini semua orang tahu siapa yang akan dan sepatutnya keluar.

Setelah hampir satu jam menunggu, mata-mata menangkap kelibat  seseorang datang dari kegelapan malam. Dengan jalan yang terhuyung-hayang dia keluar dari dalam bagunan.

"Azim, ready." Qhallish memberi arahan. Masing-masing bersedia di tempat. Qhallish memerhati tanpa berkelip. Entah kenapa jantungnya semakin laju berdebar.

Beberapa saat, susuk tubuh itu semakin dekat. Azim mula bersedia seraya menunggu arahan dari Qhallish. Namun entah kenapa Qhallish diam tidak berkata walau sudah sepatutnya sampai masa untuk diberi arahan.

"Tuan..." Hayyan membisik.

"No, don't shoot. She's a girl," arahan Qhallish jelas mengejutkan semua yang memasang telinga.

"Tuan..." Bisikkan itu semakin keras namun dari pegawai dari sisi yang satu lagi. Gadis itu yang tadinya berjalan kini berhenti, berdiri tidak terlalu jauh dari mereka.

"Tak boleh. Dia perempuan, Adi!" 

"Walau perempuan sekalipun kita tak boleh senang-senang percayakan mereka, tuan! Azim ready to shoot. Seinci perempuan tu gerak, tembak!" 

"No, don't shoot. Azim, jangan tembak. Dengar arahan aku!"

"Tuan, jangan senang termakan dengan umpan pihak musuh. Entah-entah mereka saja nak lemahkan kita. Azim!"

"Azim! Dengar hanya arahan aku! Jangan tembak perempuan tu!"

"Tuan! Tuan ni dah kenapa?! Takkan sebab perempuan je-"

"Ya, memang sebab perempuan je aku tak bagi tembak. Tapi perempuan yang kau nak suruh tembak tu bukan sebarang perempuan. Perempuan tu bini aku!" Mata Qhallish memerah saat dia memandang ke arah Adi. Mereka semua tergamam termasuk Azim.

"Jangan korang berani lepaskan walau sebutir peluru pun pada dia! Kalau tak aku sendiri yang akan bunuh korang lepas aku bunuh manusia pembelot tu, faham!" Masing-masing diam mendengar arahan itu. Tiada siapa yang berani menjawab, jauh sekali membantah.

Qhallish bangun perlahan-lahan dari tempat persembunyian mereka. Dia tahu mereka akan ditembak selepas ini, tapi apa pilihan yang dia ada? Dia bergerak perlahan-lahan menuju ke hadapan. Aku memerhatinya dengan linangan air mata yang tidak berhenti sedari awal.

"Sayang..." Lemah sahaja suara Qhallish tatkala ini. Melihat keadaan isterinya yang sekarang, hati suami mana yang tak runtuh? Jika semalam wajah manis itu dipenuhi tawa ceria, hari ini wajah itu kembali basah seperti mana di awal perkenalan mereka. Jika kelmarin pakaian yang dikenakan serba cantik dan terjahit kemas hari ini segalanya koyak sehingga ada bahagian yang terdedah. Rambutnya yang panjang mengurai kini menjadi tontonan ramai. Ya Allah, apa yang diaorang dah buat pada isteriku siang tadi?!

"Qhallish..." Aku memanggilnya perlahan. Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan. Penyiksaan walau untuk beberapa jam itu tetap berat untuk aku hadap. Pergerakkannya terhenti serta merta apabila satu tembakan dilepaskan. 

Bang! Peluru itu betul-betul melalui tepinya tetapi tidak mengena.

"Arghh!"

"Ya Allah, Hayyan!" Suara mereka yang cemas bermain di telinga. Tahulah dia siapa yang menjadi sasaran peluru tadi. Sememangnya mereka saja mengacah seperti tembakan itu tersasar padahal tidak. Qhallish masih dengan riak tenang separuh bekunya itu.

Bunyi tepukkan tangan datang dari dalam bangunan. Bunyi gema itu begitu kuat sehingga mampu kedengaran jelas ke luar. Tangan Qhallish laju menarikku supaya menyorok di belakangnya.

"Selamat datang Inspektor Adyan. Ops, patut tak aku sebut nama penuh kau... Inspektor Qhallish Adyan bin Muhd Adyan. My old workmate. Kau tak rindu aku ke, Adyan?" Tawa sinis diperdengarkan. Qhallish menayang riak jijik, benci betul dia mendengar suara itu. Sentiasa angkuh sedari dulu.

"Kau dah melampau sampai libatkan bini aku!" Keras Qhallish melontar ayat.

"Woo, woo, woo. Rilexlah brader, aku bukan sentuh pun bini kau. Aku main-main sikit ja. Bini kau kan memang asal dari rancangan pertama aku, jadi secara tak langsung dia memang terlibat sekali. Kau ingat aku tak tahu, cip tu ada dengan bini kau?"

Perbualan yang tadinya dia menganggap santai kini bertukar serius. Tak seronok rasanya apabila Qhallish tidak mahu melayan lawaknya.

"Cip tu tak ada kat dia, ada kat aku. Lepaskan dia dan kau boleh ambik aku," sekali lagi tawa mengejek dilepaskan namun lebih kuat.

"Kau ingat aku bodoh? Cip yang ada dengan kau tu cip palsu. Yng betul-betul ada dekat... Sini" Dia menggoyang-goyangkan gelang di tangannya itu. Mata Qhallish membulat. Dia menoleh memandangku kemudian kembali memandang ke hadapan.

"Haa, kenapa? Baru nak rasa cemas? Aduh Qhallish kau ni dari dulu sampai sekarang memang tak berubah. Bodoh sampai ke sudah." Qhallish menetap bibir. Panas pula dia lama-lama kalau main mental macam ni.

"Aku taknak cakap panjang. Kalau boleh aku pun nak setel cara baik, kau pun mesti nak setel cara baik juga kan? Aku buat tawaran terakhir pada kau... Pertama, sertai aku, kita sama-sama cari pemerintah yang baru, yang boleh majukan dunia ni dengan lebih baik. Waktu dulu kau juga selalu merungut tentang pemerintah sekarang yang entah apa-apa. Kau kata kau nak bawa kepada perubahan, inilah masanya! Atau kedua, kita lawan hingga titisan darah yang terakhir. Kau nak yang mana?" Qhallish melepas nafas berat. Pistolnya yang diselit dibelakang dia capai.

"Kau pernah menjadi sahabat aku, Luth. Dulu kita bertiga, kau, aku dan Fayyadh. Aku sangkakan hubungan kita akan kekal lama. Tapi nampaknya kau dah makin terpesong jauh. Ya, memang dulu aku selalu merungut tentang masalah krisis negara tapi bukan dengan cara ini yang aku maksudkan! Kau dah silap. Maruah kau dah hilang, kau jatuh pada duit dan akhirnya kau jadi macam ni. Maafkan aku sebab memilih cara ini, tapi sekurang-kurangnya ini lebih baik dari sertai kau dan khianat pada negara sendiri!" Tembakan dilepaskan tepat ke bahu kiri Luth. 

Pegawai yang bersembunyi mula keluar dari semak. Luth memandang geram, dan akhirnya... Berlaku lawan tembakan dimana aku tersepit ditengah-tengah antara mereka.

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now