BAB 7

1.1K 110 23
                                    

Sepanjang perjalanan aku hanya membuang pandanganku ke luar tingkap. Tidak berminat untuk bercakap dengan Qhallish, tiada topik atau pertanyaan yang mahu disuarakan.

"Jauh termenung, fikir apa?" Qhallish tiba-tiba memecahkan keheningan. 

"Dua hari lepas, saya macam ternampak bayangan sesuatu," aku menjawab, sekadar niat mencari topik.

"Bayangan? Bayangan apa, hantu?" Aku menggeleng.

"Lebih kurang macam mimpi. Tapi mimpi tu rasa macam betul-betul sangat. Bau ubat, bau hospital, bunyi mesin pengesan nadi dan jeritan orang sekeliling." Qhallish diam mendengar.

"Pandangan saya kabur, tapi saya tahu itu siling hospital. Suara jururawat yang berlari-lari mencari doktor dan waris pesakit. Tapi mimpi tu hanya berhenti disitu. Kemudian saya terjaga." Qhallish menjeling.

"Cuma itu?" Aku mengangguk.

"Mainan tidur saja tu, janganlah difikirkan sangat." 

Kami kembali diam. Qhallish fokus dengan penyentiran dan aku kembali kembali termenung.

"Sebenarnya, boleh saya tanya sesuatu?" Qhallish sembunyi senyum.

"Saya tau apa awak nak tanya. Pasal isteri sayakan?" Aku hanye tersengih.

"Saya pernah berkahwin, I mean dah berkahwin. Dua tahun lalu. Tapi masa tu saya jauh dari keluarga, kahwin pun tanpa mereka. Mereka hanya tahu saya kahwin, tapi tak tahu dengan siapa. Hanya saya dan dia. Pada mulanya semuanya berjalan seperti biasa hinggalah suatu hari dia hilang. Semua orang ingat dia dah mati, hanya saya yang yakin dia masib hidup. Dan keyakinan saya akhirnya membuktikannya," secara ringkas sahaja dia menerang dan penuh bersahaja. Tidak bermain emosi mahupun cerita tergantung.

"Macam mana awak yakin itu memang dia?" 

"Sebab dia isteri saya." 


Sekali lagi aku termenung sendiri, cuma kali ini menghadap siling bilik. Kami sudah selamat sampai ke rumah Qhallish. Rumahnya biasa-biasa sahaja, bukanlah rumah banglo sepertimana dalam cerita novel. Hanya rumah apartmen, namun masih boleh dikategori sebagai apartmen sederhana mewah. Cantik. Tak terlalu luas tapi tak pula sempit.

Kepalaku masih terngiang-ngiang ayat Qhallish tadi. Entahkan kerana teruja mendengar perkataan sebegitu untuk pertama kali, atau mungkin ada tarikkan lain yang membuatkan aku untuk terus memikirkan tentang ayat jtu.

"Sebab dia isteri saya," santai dan bersahaja namun cukup bermakna. Timbul rasa cemburu di dalam hati. Bertuah betul isteri dia. Aku kembali mengimbas detik-detik pertama kali sampai ke sini.

"Maaflah rumah saya kecil saja, rumah orang kerja biasa-biasa macam ni lah..." Aku tersengih terpaksa. Biasa-biasa ya...

"Tugas awak cuma masak, kemas apa yang patut, basuh apa yang awak rasa perlu atau nak basuh. Ada dobi dekat bawah kalau awak malas nak sidai. Guna ja kad dobi saya. Jangan risau kad tu saya dah isi topup awak touch je nanti." Qhallish menghulurkan kad dobi kepadaku. Aku mengambilnya dengan rasa teragak-agak. Pergh, rasa macam betul-betul jadi housemaid.

"Awak cuma kemas bilik saya dan bilik abang Yan saja ya, bilik yang di penjuru tu tak perlu. Dan kalau boleh jangan masuk," aku mengangguk faham. Malas nak bertanya lebih, dah orang kata jangan jadi jangan.

"Bagus, tak banyak tanya dan senang berurusan. Suka betul saya dengan awak, terima kasih. Kami keluar sekejap ya." Qhallish mengusap kepalaku perlahan. Aku hanya menghantar pemergian mereka dengan pandangan. Ada satu rasa senang yang muncul di dalam hati ketika kepalaku diusap Qhallish.

"Eh, astaghfirullahalazim. Dia suami orang!" Cepat-cepat aku hapuskan rasa itu. Haih.


"Qhallish." Zaiyyan menyebut nama adiknya. Qhallish yang sedari tadi termenung melihat fail dihadapannya mengangkat mata.

"Kau pun dah kena penyakit Qaysara ke, termenung ja kerjanya. Ke rindu bini?" Zaiyyan mengusik. Qhallish cuma tersenyum senget.

"Rindu binilah, dah ada bini. Takkan nak rindu Faeq pula." Qhallish membalas guraun itu. Zaiyyan hanya ketawa.

"Kau yakin, nak buka balik kes ni?" Qhallish mengangguk.

"Cuma ini ja jalan yang aku ada." 

"Kenapa kau tak cuba slowtalk dengan dia?" Zaiyyan pelik. Dia pun tak pernah berjumpa dengan isteri Qhallish tapi dia pasti mereka saling menyayangi, takkan semudah itu untuj membenci satu sama lain.

"Bukan masalah dia marah atau benci, abang Yan..." Bagaikan mampu membaca apa yang difikirkan Zaiyyan, Qhallish menafikan.

"Ini tentang ingatan. Qhall tak rasa dia ingat Qhall." 

"Dah kenapa cakap macam tu. Qhall ada jumpa dia ke?" Qhallish mengangguk. Zaiyyan menelan air liur. 

"Sebenarnya..."


𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें