EPILOG I

359 32 3
                                    

"Amiin..." Aku menutup yaasin. Batu nisan diusap perlahan.

"Terima kasih sebab dah berjuang..." Aku tersenyum pahit. Kenyataan yang harus diterima walau sepahit hempedu, sesakit di tusuk pedang. Aku bangun dan menggulung tikar. Kaki mula keluar meninggalkan kawasan perkuburan. Aku memandu pulang ke rumah.

"Abang..." Isteriku menyambut kepulanganku dengan senyuman manis. Lahai manis betul mukanya, berkali-kali aku jatuh cinta setiap kali memandang raut wajah yang ayu itu. Saling tak tumpah macam wajah jodohku, juga ibu kepada anak-anakku. Aiseh, bermadah-helah pulak aku depan pintu ni. Aku tersengih sendiri.

"Ni dah tersengih-sengih depan pintu ni dah kenapa? Tak nak masuk?" Ayra menempelakku penuh selamba. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.

"Nak masuk lah ni. Dah sayang dok peluk abang depan pintu mana tak tersengihnya dekat sini," aku mencuit hidung isteriku manja. Dia memukul dada bidangku perlahan. Ceh malu lah tu.

"Abang nak air?" Aku mengangguk. Panas juga hari ni, elok kalau pekena air sejuk.

"Lewat balik Qhall, tengah hari baru sampai. Berapa puluh kubur kau ziarah?" Aku tersengih.

"Ish abang ni ada pulak sampai berpuluh. Sikit sahaja lah, tak sampai 15 pun. Qhall balik lambat sebab pergi singgah penjara tadi," riak ceria itu berubah terkejut.

"Penjara? Buat apa?"

"Jumpa Fayyadh," dia hanya meng"o"kan sahaja mendengar jawapanku. Mukaku dari tenang kini bertukar serius.

"Abang Yan..."

"Hmm?"

"Baik abang Yan cerita sekarang apa sebenarnya yang terjadi masa tu?" Zaiyyan mengangkat kening. Astaga budak ni? Tak habis lagi?

"Berapa kali langsung kau nak tanya soalan sama ni?"

"Selagi abang Yan tak buka cerita, selagi tu Qhall akan gasak abang sampai abang buka cerita!" Zaiyyan sudah tidak mampu menahan tawa, dia melepaskan segala angin yang ada. Sehingga kejung perut dia dibuatnya. Qhallish mencebik. Ish dia ni. Kita tanya betul-betul dia boleh gelak pulak.

"Ya Allah kau ni, dik. Berjangkit dari Ayra ke apa hah perangai tak nak kalah ni? Ayra Qaysara, awak rasuk apa dekat adik saya ni hah?!" Ayra berlari anak dari dapur terus meluru duduk di sebelahku di atas sofa.

"Saya pun nak tahu juga," Zaiyyan menepuk dahi. Sama je laki bini ni haih.

"Tak payah buat muka comel tu, yelah-yelah abang buka cerita." Ayra dan aku sama-sama bertepuk tangan teruja.

"Macam ni..."

"Kalau nak tebus kesalahan bukan macam ni caranya," aku memandang Luth sinis. Bom ditangannya aku ambil dan baling jauh.

"Zaiyyan!" Suara Fayyadh bermain di telinga.

"Yan, kau okay?!" Aku tersenyum perit. Kau buta ke Fayyadh aku tengah berdarah-darah ni kau boleh tanya aku okay ke tidak?

"Okay je. Kau bawak Luth ni pergi cepat!" Aku menolak mereka berdua pergi.

"Oi, kau ikut sekali lah. Kau dah teringin nak jadi arwah sangat ke hah?" 

"Aku lambatlah, kau orang pergi jelah tinggal je aku."

"Kepala otak kau lambat. Kata polis takkan kena tikam sikit kat abdomen dah nak acah macam nak mati. Dey, tak dalam pun lah tikaman tu! Jom!" Fayyadh menarik telingaku di tangan kiri manakala telinga Luth di tangan kanan.

"Aduh, aduh, aduh. Sakitlah! Dah asal kau tarik telinga aku sekali. Telinga mangkuk tu sudahlah."

"Ah diam, lari laju sikit. Kau nak kita mampus ramai-ramai ke hah kat sini. Aku ni lari dari rumah tunang aku sebab kau je tau. Baik kau balas jasa aku sekarang."

BUMMM!

Kami tercampak ke hadapan. Untung sahaja aku sudah membaling bom itu terlebih dahulu tak adalah kitaorang meninggal jadi manusia bakar beramai-ramai. 

"Ha aku dah kata apa? Lari cepat-cepat. Korang boleh dok buat catwalk lagi. Jom!" 

BUMMMM! Sekali lagi letupan itu berlaku. Kami terpelanting lagi ke hadapan.

"Oii! Yang bom ni pun tak sabar-sabar nak membunuh dah kenapa?! Sabar-sabar ahh orang baru nak bangun. Adowh!" Fayyadh berleter sorang-sorang. Aku penat ketawa, walaupun sakit namun tawa yang tersisa masih aku habiskan.

"Haih kau ni untung luka tikaman tu tak dalam nak gelak pun. Ish." Fayyadh menumbuk bahuku kuat. Aku tersengih. Pandangan Fayyadh dialihkan ke arah Luth.

"Hah yang kau tak payah nak menunduk sangat. Aku tau kau dah menyesal. Lain kali ikutlah lagi perasaan kau tu. Bunuh pulak penjenayah dalam penjara nanti. Eleh yang ini pun konon nak balas dendam tapi hati selembut bulu kucing. Puih. Menyesal aku lari datang sini dari rumah tunang aku. Kalau aku tak datang pun takpa biar rentung jadi manusia bakar situ," sepanjang perjalanan tak henti-henti Fayyadh berleter. Aku pula tak kering gusi mendengar leteran itu. Luth juga terkadang mahu ketawa namun terbatal apabila Fayyadh menjelingnya.

Aku ternganga mendengar cerita Zaiyyan, Ayra menutup mulutku perlahan. Zaiyyan selamba sahaja menyuap kuih raya ke mulut. Ini raya ke tiga, bermakna sudah sebulan kejadian itu berlaku.

"Membazir air mata Qhall jelah macam tu? Punyalah beria menangis macam orang gila tengok-tengok hidup lagi. Cis!" Zaiyyan melepaskan ketawa.

"Yang kau pergi nangis tu dah asal, aku tak nangis pun." Zaiyyan selamba sahaja berbangga. Tak mampu menahan geram bantal kuisyen di tangan aku baling ke muka Zaiyyan. Ayra membulatkan mata. Oh my Allah. Straight ke muka beb.

"ARGHH QHALLISH BAJU RAYA ABANGG!" 

"ALAH TKPA NANTI AYRA BASUHKANN!!

"HEYY!!!!"

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now