0 0

148 17 1
                                    

SHORT PROLOGUE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SHORT PROLOGUE

"Raja Zayyan Dameer bin Raja Zayd, aku nikahkan dikau dengan Tengku Sophia Arielle binti Tengku Ejaz dengan mas kahwinnya.... tunai."

Dengan sekali lafaz lelaki berbaju Melayu itu membalas, aku sudah sah bergelar isterinya. Ketika semua tersenyum gembira, aku mendengus benci. Kekura tangan yang diusap lembut oleh syurgaku, wajah itu masih tidakku pandang.

Marah dengan tindakan Papa kerana mengahwinkan aku dengan lelaki itu, seluruh manusia dalam rumah ini turut aku benci. Termasuklah adik-beradikku sendiri. Wajahku masih tegang memandang ke depan yang hanya dihiasi dulang hantaran.

Satu dulang hantaran berjaya menarik pandanganku. Dahiku berkerut halus, adalah itu karya milik Farisha Sulaiman? Seorang novelis yang terkenal dengan bukunya yang bergenre romantik. Ya, dialah idolaku. Semua novelnya sudahku kaut belaka.

Tidak perasan akan kehadiran pengantin lelaki yang sudah tiba, anak mataku jatuh pada cincin di tangannya. Rahangku ketap, kemas. Perasaan benciku semakin bersarang.

"Ariella, hulurkan tangan. Zayyan nak sarungkan cincin tu," bisik Mamaku perlahan.

Jari halusku ditariknya sebelum si pengantin lelaki itu menyarungkan sebentuk cincin yang dihiasi permata pada bahagian tengahnya. Perkara itu sama sekali tidak menarik perhatianku walaupun aku seorang yang sangat gilakan perhiasan.

Tangan berurat halus itu aku gapai sebelum dicium malas. Belum sempat aku lepaskan pegangan, kekuraku digenggam lembut. Satu ciuman hangat singgah pada dahi suciku membuatkan aku terdiam seketika. Bukan terpaku, namun benci.

Ketika mata kami saling bertaut, aku segera melarikan pandangan. Air mata hendak bersembah pada lantai, pantas aku elus. Aku bencikan perkahwinan ini. Aku benci semua orang yang terlibat dalam menyatukan aku dan si dia.

Malam itu hanyalah satu kesilapan yang tidakku duga. 

***

sebenarnya agak struggle untuk buat banner & cover sebab i'm not a type yang suka edit. sorry y'all if buruk and tak berkenan, i'm noob.

Pinjaman Tuhan.Where stories live. Discover now