1 0

91 15 1
                                    

Biskut kacang disuapkan ke dalam mulut. Aku bersandar sambil memandang ke arah Ezhan bersama kening yang terangkat. Saling berbalas pandangan, aku menyengetkan kepala.

"Apa?" soalku dengan nada yang geram.

Ezhan mengetuk kepalaku, "Sejak bila tak boleh bersabar ni?" marahnya lalu menjelingku. Lelaki itu memandangku sambil menghulurkan telefon pintar miliknya.

Aku menerima huluran Ezhan, kening bertaut apabila melihat mesej dari salah seorang sahabat lama kami. Mesej yang tertera di situ, mereka bakal mengadakan majlis reunion setelah 6 tahun tidak bersua muka. Aku kembali memandang Ezhan dengan mimik wajah yang tertanya, "Are you serious? Since when kau suka ni nak reunion?"

Jujur, aku sangat terkejut. Ezhan bukanlah seorang yang menyukai berkumpul di khalayak ramai. Sejak bila ni? Mesej perbualan mereka, kembali aku baca. Kawan lama kami, Nadia turut meminta tolong Ezhan untuk mengajakku sekali. Aku menggeleng laju.

"Aku tak nak pergi," tekadku. Aku bukanlah seorang yang sukakan tempat yang bising dengan banjiran manusia. Jauh sama sekali aku hendak pergi kesana.

Ezhan memandangku dengan wajah berharap. Berharap aku mengikutinya pergi kesana. Aku tetap menggeleng, "Nope Ezhan. I won't. Kau culiklah mana-mana perempuan, as long bukan aku."

"Kau kena ikut juga," pujuk Ezhan. Masih tidak berubah, aku membalas dengan gelengan.

"Kau kenapa beria sangat ni nak aku ikut? Mind telling me? Kalau reason kau tu masuk akal, I'll think about it." senang sahaja hendak mengorek rahsia Ezhan. Aku ketawa dalam hati.

Sengaja aku menggunakan taktik ini untuk mendapat tahu apa yang Ezhan sembunyikan. Tidak pernah pula dia segembira ini hanya untuk ke majlis reunion. Melainkan dia telah merancang sesuatu.

Melihat reaksi Ezhan yang teragak-agak hendak memberitahu, aku membalas dengan keluhan yang mengejek. "It's okay if tak nak bagitahu. I won't go," tegasku.

"Ala ala ala Sophi, janganlah macamtu. Tak suprise lah kalau aku bagitahu sekarang. Kau kan suka surprise," rayu Ezhan. Wajahnya sangat terdesak, benar-benar ingin aku mengikutinya pergi.

Aku menyuapkan biskut kacang kedalam mulut sambil memandangnya. Ezhan membalas pandanganku lalu membuka mulut. Banyak songeh pulak mamat ni nak disuap. Aku mencebik, biskut kacang disuapkan ke dalam mulutnya. "Mulut busuk tak gosok gigi," gurauku.

Ezhan menjelingku, pantas dia menghembuskan nafasnya padaku. "Haaaaah! Bau lah kau mulut busuk ni," balasnya lalu gelak terbahak-bahak.

Tak senonoh betul!

"Bodohlah Ezhan! Malas aku nak pergi macamni," ugutku. Aku terbatuk-batuk, menunjukkan yang aku geli dengan apa yang dia lakukan tadi. Bergurau mengalahkan beruk!

"Gurau sikit pun tak boleh. Dah, aku dah malas nak pujuk kau pergi. Kalini kau memang kena pergi dengan aku! Jom, kita cari baju untuk reunion nanti." Tanpa menunggu balasanku, Ezhan terus menghidupkan enjin keretanya.

Aku menggelengkan kepala, "Mamat ni memang jenis tak faham bahasa agaknya? Tak nak pergi jugak. Kalau kau beli baju, aku buat jadi kain buruk dekat rumah. Lap lepas keluar tandas." Ya, ugutanku diabaikan.

Plastik biskut kacang diletakkan pada compartment yang sedia ada. Aku melipat tangan lalu meletakkan pada dada, pandangan juga dilemparkan keluar tingkap; seakan sedang merajuk.

"Merajuk ke? Buruk betul muka. Macam budu basi," ejeknya lalu ketawa besar.

"Diamlah. Aku nak beli baju mahal-mahal. Padan muka kau, duit habis sampai muflis." marahku. Bibir dimuncungkan, sengaja aku hendak bermasam muka dengannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pinjaman Tuhan.Where stories live. Discover now