0 5

36 9 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

Pantulan pada cermin itu dipandang. Wajahku bersama solekan yang nipis itu sama sekali tidak memberi sebarang efek kepadaku. Air mata benar-benar ditahan dari jatuh dan terus bertakung. Ini semua gara-gara Kasyaf, Papa dan Mama!

Gadget pintar itu berbunyi tanda panggilan masuk. Aku menoleh untuk memandang ke arah nama pemanggil. Otak berkira-kira sama ada hendak mengangkat atau tidak. Pada akhirnya, punat hijau itu diseret juga. Gadget mahal itu diletakkan pada cuping telinga kanan berlapikkan tudung.

"Morning, Tuan Puteri Sophia Ariella."

Aku tersenyum sumbang mendengar ucapan dari Ezhan, "Kau duduk USA ke?"

"Haah, aku on the way ke USA sekarang ni."

"Ha?" terkejut dengan kata putus last minute oleh Ezhan. Kenapa Ezhan tidak memberitahunya? Selalunya lelaki itu akan maklumkan dahulu padaku.

"Sorry lah, tak sempat nak call kau. Ini pun last minute plan. Sekarang ni aku dekat airport, kau tak nak datang ke? Hahaha," gurau Ezhan.

Air mata bagai hendak jatuh menjejak tanah apabila teringatkan yang aku tidak boleh berjumpa Ezhan di airport. Kasyaf telah menyekat segala laluanku untuk keluar. Dia turut mengarahkan anak buahnya untuk melarangku dari keluar.

"A- Aku minta maaf sebab tak boleh datang. Abang aku tak kasi aku keluar," jujurku.

Timbul kerutan pada dahi Ezhan di sebalik corong. Kenapa Kasyaf tiba-tiba sahaja tidak membenarkan Sophia untuk keluar? Bukankah selama ini lelaki itu tidak akan masuk campur akan hal peribadi milik Sophia?

"Kenapa Kasyaf tak kasi? Apa yang terjadi sebenarnya, Sophia? Lebih baik kau jujur,"

Aku menggigit bibir, masih berkira-kira sama ada hendak memberitahu Ezhan atau tidak. Kalau aku beritahu lelaki itu, adakah Ezhan akan memandangku serong? Jika aku tidak memberitahunya, mungkin Ezhan akan kecewa.

"Sophia Ariella," panggil Ezhan di hujung talian.

Membuang keluhan, lebih baik aku jujur dengan Ezhan. Selebihnya terletak pada Ezhan untuk menghinanya atau membantunya. Membantu? Haha, kalau ada jalanlah.

"Malam ni aku akad nikah," jujurku.

"Kau ketum ke malam ni, Sophia? Tiba-tiba je akad nikah. Kau saja kan nak game aku, kan?"

Aku mengeluh perlahan, "Terserah. Aku cuma nak bagitahu kau yang malam ni aku akad nikah,"

"Kau serious ke ni, Sophia? Kau nak kahwin dengan siapa? Kenapa kau baru bagitahu aku sekarang?" soal Ezhan bertalu-talu.

"Dengan anak buah Kasyaf, Zayyan Dameer."

"Bukan kau kata... kau tak nak kahwin ke? Kenapa tiba-tiba pula ni kau nak kahwin?" tanya Ezhan, keliru.

Pinjaman Tuhan.Where stories live. Discover now