0 8

58 8 1
                                    

***

“Dah pukul berapa dah?”

Ezhan menatap jam tangannya, “Dah 6. Kau nak aku hantar balik pukul berapa?” soal Ezhan sambil menongkatkan dagu pada tangannya.

Jus epal perlahan kuhirup sambil berfikir hendak pulang pada jam berapa. Zayyan menyuruhku untuk pulang sebelum maghrib kerana kami akan berpindah ke rumahnya. Masih berkira-kira samada mahu pulang sebelum maghrib atau sebelum isyak.

“Aku nak bagitahu kau something and I expect for an opinion,” ujarku lalu memandang Ezhan yang sedang bermain dengan kertas novel. Bosan mungkin? Hahaha.

Ezhan memandangku dengan riak tertanya, “Opinion for?” soalnya lalu memberi sepenuh perhatian kepadaku.

“Haih… Zayyan ajak aku pindah rumah,” jujurku sambil mengeluh memandang Ezhan. Riak terkejut lelaki itu aku abaikan. Siapa sahaja tidak terkejut, berkahwin bukan atas cinta, selepas itu ajak tinggal bersama?

“Kau setuju tak?” tanya Ezhan, ingin tahu. Wajahku tidak lepas dari netra matanya.

I don’t know. Aku tak nak duduk dengan family aku. You know that I really hate ’em kan? But at the same time, aku tak nak duduk dengan Zayyan too. But I know, Papa will never let me move out without Zayyan.”

Aku mengeluh kecil, “Aku tak tahu Ezhan nak buat apa.” Kepala aku menunduk ke bawah, kepala serabut memikirkan semua ini. Jari mula menguis satu persatu jari.

Ezhan mengeluh perlahan, namun masih kuat dari pendengaranku. Aku dapat merasakan dia sedang memandangku. “Sophi, pandang aku boleh?” pintanya.

Kepala diangkat perlahan untuk memandang lelaki itu. Ezhan tersenyum memandang kearahku. Dia menghulurkan jus oren miliknya padaku lalu menolak straw kearahku.

“Minum dulu air aku, air kau dah habis.”

Anak mataku jatuh pada gelas airku. Ya, habis. Perlahan aku menghirup jus oren milik Ezhan sehingga habis. Hah? Sehingga habis? ya… sehingga habis.

“Terserah pada kau Sophi untuk ikut dia pindah keluar atau tak. Sebaiknya kau ikutlah dia keluar. Aku tahu kau bencikan suasana rumah kau yang sekarang that you doesn't want to meet anyone else. Daripada kau berkurung dalam bilik and bersedih, aku lagi setuju untuk kau pindah keluar.”

“Aku tahu kau bencikan Zayyan, kau tak nak duduk dengan dia. Priority aku is your happiness. Seeing you like this buatkan aku risau dengan keadaan kau dekat rumah. Kau berkurung, tak makan, menangis. At least when kau dah pindah, kau takkan berkurung, akan makan and tak menangis. I can guarantee that,” sambung Ezhan.

Membuang keluh, aku mengangguk. Betul apa yang Ezhan katakan. Sebaiknya aku menjauhkan diri dari keluargaku buat sementara waktu. Walaupun terpaksa tinggal sebumbung dengan Zayyan, ini bukan selamanya. Bila tiba masanya, kami akan berpisah jua.

“Nanti kau bawa aku pergi lari boleh? Tapi kau tanggunglah aku. I'm pretty sure yang Papa will block my credit card,” kataku sambil tersenyum kecil.

Ezhan menggeleng, “Ingat free ke nak tanggung kau? Jadi bibik aku dulu lah.”

Aku menjeling Ezhan lalu mencebik, “Oh berkira, tak nak tanggung aku sudah. Ingat aku tak boleh survive ke? Nanti kalau aku pindah, aku tak nak bagitahu kau!” marahku.

Pinjaman Tuhan.Where stories live. Discover now