0 6

55 11 0
                                    

Jam menunjukkan angka 12 tengah malam. Aku turun dari kereta setelah pergi mengisi perut dan menghantar Ezhan pulang. Berat nafas hendak dikeluarkan. Kini, aku rasakan rumahku adalah neraka dunia.

Berat juga langkahku untuk masuk kedalam rumah milik keluargaku. Tak mampu aku untuk menghadapi semua gerangan di dalam rumah ini. Menyampah. Aku benci.

Aku duduk di tepi rumah, memeluk lutut lalu menunduk lama. Sedih, mengapa hidupku perlu berakhir sebegini? Berkahwin dengan pekerja abangku sendiri? Hahaha, aku ketawa hambar.

Sedarlah, kau bukan berada di dalam dunia fantasi. Bangunlah dari tidur, Ariella. Jangan mengharapkan dunia untuk indah belaka. Tapi mengapa? Semua ini berlaku dalam waktu yang terlalu singkat. Andai saja aku tidak membeli sebotol air mineral bodoh itu.

Tidak mahu bangkit, aku selesa berada di posisi sebegini. Aku tak mahu bangun. Aku ingin tidur disini. Aku tak ingin masuk ke dalam rumah, berjumpa dengan mereka yang merosakkan hidupku.

Berat. Berat hati ini untuk menerima apa yang telah terjadi. Kenapa? Kenapa mesti Zayyan? Kenapa mesti aku yang hadap? Salahkan aku menyalahkan takdir tika ini? Dunia memang tidak adil. Bencikah Tuhan pada aku sehinhga Dia menetapkan takdirku begini? Ya Allah...

Ampunkan aku...

"Cik,"

Aku. Aku tak nak bangun. Ya, itu adalah suara milik Zayyan. Lelaki yang merosakkan hidupku. Aku benci. Aku masih lagi menunduk lama, tidak menghiraukan panggilan Zayyan. Jauh di sudut hati, aku berharap agar dia pergi dari sini. Aku tak mahu bersua muka dengannya. Aku benci dia.

Meratapi takdir seperti orang bodoh, entah berapa lama waktu sudah berjalan dan aku masih lagi dalam posisi yang sama. Aku tidak tidur, aku hanya... sedih. Aku penat menangis hinggakan tiada setitip air mata yang mampu menyembah tanah. Semuanya kering.

"Kenapa aku? Kenapa aku yang kena hadap? Besar sangat ujianMu, aku tak kuat nak hadap Ya Allah. Kenapa mesti pernikahan yang kau uji? Sedangkan kau tahu, aku benci."

Aku mengangkat kepala, perlahan. Nafas berat dibuang kasar. Keadaanku kini sangatlah serabut. Tiada rupa seperti pengantin sehari. Baguslah tu.

Menoleh ke sisi, aku melihat Zayyan yang turut duduk disebelahku. Dia bersandar pada dinding sambil melihat bulan terang menyinari malam. Dia juga seperti meratapi takdir. Aku gembira melihat dia bersedih sepertimana yang aku rasakan.

"Kalau you tak suka perkahwinan ni, kenapa you terima Zayyan? You tahu I bencikan you, you tahu I bencikan perkahwinan. And I see you pun sama tak terima perkahwinan ni," perlahan aku berkata. Aku tidak mampu berkasar lagi, penat. Hanya kepastian yang aku inginkan sekarang.

"Tanggungjawab. Saya terima sebab tanggungjawab. Saya rasa berdosa dengan apa yang kita buat," balas Zayyan dengan jujur.

Dan jujur, aku sama sekali tidak tersentuh. Ya, aku tahu salahku semua ini terjadi. Tapi Zayyan sepatutnya menolakku jauh. Lari. Lari dari aku yang dipenuhi nafsu.

"Kenapa you tak lari Zayyan? Kenapa? You nampak kan I gila time tu," aku menyoal dengan penuh rayu.

"Saya takut cik akan buat perkara yang lebih teruk lagi. Saya cuma untuk kawal cik," terang Zayyan lagi.

Aku memandang wajah lelaki itu. Dalam sungguh tatapanku pada netra matanya. Dia lelaki yang baik, tapi.... Aku tak boleh.

Punggung diangkat untuk bangun, beg tanganku dicampak pada Zayyan yang masih duduk bersandar pada dinding. Wajah lelaki itu dipandang kosong.

"Nanti simpan beg I, I ngantuk."

Meninggalkan Zayyan bersama beg tanganku, aku membuka langkah masuk ke dalam rumah agam itu. Membuka pintu, kelihatan lampu semua sudah ditutup. Baguslah, mereka tidur. Aku memang tidak mahu berhadapan dengan mereka buat masa ini.

Pinjaman Tuhan.Where stories live. Discover now