0 2

69 12 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

Bangun dari tidur, kepalaku terasa berat. Mungkin kerana malam tadi aku pulang lambat ke rumah. Tidak sedar jam sudah berganjak pada jam 12 tengah malam ketika sedang berbual dengan Ezhan. Sempat jugalah aku memberi tazkirah percuma.

Disebabkan hari ini adalah hari cuti, aku pun turut mendapat cuti dari Dia. Gadget mahal milikku dicapai sebelum aku membuka punat on. Banyak notifikasi muncul, rata-ratanya dari Arissa.

Angka sudah tepat jam 12 tengah hari. Tanpa membuang masa, aku pun bangun dari baringan. Tapak kaki sudah menjejak lantai lalu aku menuju ke arah bilik air. Sebaiknya mandi dahulu sebelum turun untuk bersarapan.

Mengambil masa 30 minit setelah aku siap sepenuhnya. Walaupun duduk di dalam rumah, tudung tidak lepas dari kepalaku. Sejak Aranda mengandung, dia dan Ariel lebih banyak tidur di sini.

"Ariella!" terpik Aranda.

Aku mengeluh kasar melihatnya yang sedang berlari ke arahku. Jantung aku berdegup kencang, takut akan kandungannya. Kenapalah perempuan gila ni berlari walaupun dia tahu dia sedang mengandung?

"Kau bodoh asli sejak dari lahir ke, Aranda?" kerasku.

"Kenapa?" soalnya, terpinga-pinga.

"Sekali lagi aku nampak kau berlari, aku tak teragak-agak untuk bagitahu Ariel. Tidur luarlah kau malam ni," ugutku dalam nada yang serius.

Wanita itu hanya tersenyum sumbing memandangku. Berdengus kecil, aku menuruni anak tangga bersama Aranda. Lokasi yang ingin dituju; dapur.

Tiba di bahagian dapur kering, Aranda mengangkat saji makanan. Terdapat spaghetti goreng yang dimasak Mak Fiha pagi tadi. Pinggan yang tersusun di dalam kabinet, aku capai. Mengambil tiga gulung besar spaghetti masuk ke dalam pinggan, aku tinggalkan Aranda berseorangan.

Gazebo di halaman rumah menjadi destinasi seterusnya. Meletakkan pinggan di atas meja kayu, telefon pintar dari dalam poket hud dikeluarkan. Aplikasi books; dimana terletaknya banyak e-book.

Sebagai seorang pembaca novel, aku tidak dapat nafikan bahawa kami boleh menghabiskan satu buku dalam satu hari. Jangan tanya kenapa, aku pun tak tahu.

"Ariella," terpik Aranda.

Wajah Aranda, aku cari. Wanita itu sedang berjalan mendekati bersama sepiring pinggan yang berisi spaghetti. Aranda mengambil tempat berhadapan denganku, wajahnya manis dengan senyuman. Jauh berbeza denganku, mahal dengan senyuman.

"What, Puan Muda Safiya Aranda?"

"Kenapa kau asyik tinggal aku, hah? Kesian tahu, aku ni dah lah tengah mengandung. Kalau aku terberanak tengah jalan, macam mana?" bebel Aranda.

Aku mencebik mendengar Aranda meroyan sendirian. Sifatnya yang mulut tempayan itu sudah sedia maklum dariku kecil. Membesar dengannya merupakan cabaran yang amatlah besar bagiku.

Pinjaman Tuhan.Where stories live. Discover now