0 7

43 11 0
                                    

Zayyan mengambil kunci pintu bilik lalu membuka pintu bilik isterinya. Melihat suasana yang gelap gelita, Zayyan mengeluh kecil. Mendekati Ariella yang berada di dalam duvet, Zayyan menarik perlahan duvet tersebut.

Melihat Ariella yang sedang tidur membuatkan Zayyan mulai timbul perasaan kasihan. Kasihan akan isterinya yang terpaksa menikahinya. Namun bagi Zayyan, tiada satupun penyesalan dalam dirinya setelah berkahwin dengan Ariella.

Wajah cantik itu dielus lembut. Jam sudah berganjak pada jam 3.30 pagi. Dia baru sahaja selesai solat malam di bilik tetamu. Jauh disudut hati, dia berharap agar Ariella dapat menerima perkahwinan ini dan lupakan Ezhan.

Perlahan mataku terbuka dari lena. Melihat Zayyan yang sedang memandangku sambil mengelus wajahku ini membuatkan aku terdiam. Menoleh kearah jam digital, sudah menunjukkan jam 3.30 pagi. Masih awal lagi, takkanlah Zayyan mahu mengejutnya untuk solat Subuh pula?

"You get ready nak Subuh ke apa?" soal Ariella, mamai. Tiada masa dia hendak bergaduh dan memarahi lelaki itu. Dia benar-benar mengantuk tika ini.

"Tak, saya nak tengok keadaan awak." balas Zayyan dengan lembut. Tangan dijauhkan dari menyentuh Ariella, takut wanita itu memarahinya pula di awal pagi.

"Haih. Tidurlah," keluh Ariella. Aku kembali menutup mata, tidak mahu melayan Zayyan yang entah kenapa ada disini.

Mengintai lelaki itu masih belum pergi, Ariella mengeluh kasar. Dia memandang wajah putih milik Zayyan dengan mamai, "Kalau you nak tidur, ambil bantal pergi tidur dekat sofa sana."

Zayyan mengangguk. "Iya nanti saya tidur. Saya nak tanya awak sesuatu boleh?"

Aku menghela nafas. Soalan apa pula pagi-pagi ni? "3 minutes, lepastu I nak tidur. Jangan kacau,"

Tersenyum kecil, Zayyan mengangguk. "Saya risau tengok awak duduk dalam bilik aje, tak nak keluar jumpa family. Apa kata, kita pindah? At least awak boleh keluar bilik tanpa jumpa sesiapa?" cadangan Zayyan.

Semoga hati Ariella lembut untuk menerima. Dari tadi, Zayyan tidak henti memanjatkan doa agar Ariella bersetuju untuk berpindah rumah dengannya. Melihat reaksi Ariella yang masih mamai, Zayyan mencuba untuk memegang tangannya; tanda memujuk.

“I tak nak duduk dengan you,”

Zayyan mendiamkan diri. Anak mata Ariella dicari untuk memujuk isterinya itu. "Tapi awak kena tinggal dengan saya. Awak isteri saya. Kita pindah je dulu, boleh?" ujar Zayyan selembutnya padaku.

Aku mengeluh.

"I hanya isteri you atas kertas, you tak perlulah laksanakan tugas you as a husband. I pun tak akan tuntut apa-apa dari you. Can we just not cross the limit?" ujarku, serius.

Kami berkahwin hanyalah diatas sekeping kertas, Zayyan tak perlu beria untuk bawa kita keluar dari sini. Jauh di sudut hatinya, ingin sahaja dia menerima ajakan lelaki tersebut kerana itu sahaja alasan kukuh yang dia ada tika ini untuk keluar dari rumah agam ini.

Zayyan mendiamkan diri seketika sambil memerhatikanku. Aku menutup kedua mataku, menghiraukan pandangannya.

"Iya, saya tak akan paksa awak untuk laksanakan tugas awak sebagai seorang isteri. Tapi saya akan tetap bertanggungjawab sebagai seorang suami." terang Zayyan dengan jelas.

"See your situation like this, saya cuba untuk cari jalan penyelesaian. Saya tahu awak tak nak jumpa family awak, that's why saya cadangkan kita to move out from here. At least, I won't see you berkurung dalam bilik sahaja." tambahnya lagi.

"Awak ambil masa awak untuk fikir. Bila dah setuju, bagitahu saya. Ya, Sophia Ariella?" soal Zayyan

"Haih..." aku mengeluh dan mengantuk. Otakku tidak mampu untuk berfikir lagi. Kenapalah lelaki ini hendak berbincang pada jam hampir 4 pagi ni? Macam esok tak boleh tanya je.

Pinjaman Tuhan.Where stories live. Discover now