0 1

88 11 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

Lebam di bawah mata itu ditatap, malas. Paip dibuka lalu muka bersih ini pantas di cuci. Mengangkat kembali pandangan, cermin itu sekali lagi menjadi tatapan. Eye serum dari dalam laci, aku capai. Tanpa membuang masa, aku letakkan di bahagian bawah mata.

Mengurut perlahan eyebag di mataku, satu senyuman nipis mula timbul. Rasa kelakar melihat diri sendiri, menangis disebabkan novel? What a shame, Ariella.

Rambut diikat gaya messy bun, aku menutup kepalaku dengan hud. Jam dinding ditatap sekilas lalu, aku membuka langkah menuruni satu persatu anak tangga. Mendengar suara penduduk di dalam rumah ini seperti sedang rancak berbual, aku pun mendekati meja makan.

"Eh, Ariella. Awalnya bangun," perli Aranda; the most stupid sister.

Membalas jelingan, aku mengambil tempat berhadapan dengannya. Di sebelah Aranda, terletaknya Ariel; suami tercinta. Toast bakar yang tersedia di atas pinggan itu aku capai. Mengucapkan lafaz bismillah, satu kunyahan berjaya masuk ke dalam mulutku.

"Harini Ariella ada meeting dengan YJ Group, Papa harap kamu hadirkan diri. Projek besar ni Papa serahkan pada kamu," ujar Tengku Ejaz.

Tidak membalas kata-kata Papa, aku meneruskan suapanku. Satu rumah sudah terbiasa dengan sifat dingin yang entah dari mana turunnya. Mahu kata Mama? Tidak mahupun Papa.

"Kenapa mata kau bengkak, Ariella?" soal Kasyaf; abangku.

"Baca novel sad ending lah tu," sampuk Aranda.

Wajah Aranda aku pandang sebelum bertukar ke arah Kasyaf, "Hm."

Sudah sedia maklum dengan perangaiku ini, Kasyaf mengangguk. Harap maklum, bukan aku sahaja yang dingin dalam rumah banglo ini. Abang sulungku juga seorang yang beku. Tidak seteruk Kasyaf, aku masih lagi dalam zone kuning.

Menghirup teh panas dengan perlahan, wajah Mama dikerling. Wanita itu tampaknya sedang berbisik sesuatu pada Papa. Tidak tahu apa yang dibualkan pasangan itu, teh itu dihirup buat kedua kalinya.

Kelibat Mak Fiha, aku cari. Melihat wanita 60-an itu sedang datang menghampiri bersama secawan susu untuk Aranda, sempat juga aku titipku Vitamin C oleh Mak Fiha. Terliur pula aku melihat Aranda sedang menikmati susu segar itu. Nak buat macam mana? Dia mengandung.

Beruntungnya Aranda mempunyai suami yang penyayang seperti Ariel. Aku? Ketawa sumbang sahajalah. Aku sudah ada perancangan hidup.

1. Menjadi anak dara tua.

2. Duduk rumah penjagaan orang tua bersama Arissa.

Khayalanku terbantut selepas kehadiran Mak Fiha bersama segelas Vitamin C yang aku sisipkan tadi. Menikmati air berperisa Oren itu, aku habiskan dalam satu tegukan. Hebat? Semestinya.

Pinjaman Tuhan.Where stories live. Discover now