0 9

62 13 0
                                    

“Assalamualaikum,” Zayyan memberi salam apabila masuk kedalam rumah milik mereka.

Aku mengikuti langkah Zayyan untuk masuk ke dalam rumah. Rumah ini sebenarnya milik Zayyan dari zaman bujangnya. Kondominium ini juga berdekatan dengan syarikat milik Kasyaf dan aku.

Masuk ke dalam rumah, hiasan dalaman tidaklah seteruk yang aku sangkakan. Aku ingat rumah lelaki bujang selalunya bersepah. Namun bukan rumah seorang Zayyan Dameer, rumah lelaki itu sangatlah kemas dan bersih.

“Mana bilik saya?” soalku. Kelihatan 3 bilik yang tersedia di dalam rumah ini.

Zayyan membuka langkah menuju ke satu pintu bilik berdekatan. Membuka pintu, Zayyan memandang kearahku. “Ini bilik awak. Bilik saya dekat sebelah. Kalau awak nak apa-apa, awak boleh panggil saya.” ujar Zayyan dengan lembut.

Aku mengangguk faham. Langkah diteruskan untuk masuk ke dalam kamar milikku. Kemas dan bersih. Pakaian juga sudah disusun kemas di dalam almari. Tidak lupa juga dengan tingkap yang besar bersama pemandangan jalan Kuala Lumpur yang sibuk.

“Baiklah, terima kasih.”

Mendapat anggukan dari Zayyan, aku keluar dari kamarku. Kaki melangkah menuju ke arah dapur. Bertemakan putih marble, dapur juga tidak kurang kemas. Betulkah ini rumah bujang? Cantik sangat ni.

Melangkah pula menuju ke ruang tamu, aku menapak keluar ke koridor. Duduk di kerusi yang disediakan, aku melihat langit malam yang indah dihiasi dengan bintang.

Ini yang aku harapkan. Jauh dari keluarga, tiada bebelan dan paksaan. Aku cuma ingin sendiri, walaupun tika ini aku bersama dengan Zayyan. Tak apa, ini hanya sementara.

“Ariella nak makan?” tanya Zayyan yang tiba-tiba muncul di koridor. Dia memandang kearahku dengan senyuman.

Aku menggeleng, “No thanks.”

Zayyan mengangguk faham. Dia mengambil tempat di hadapanku, kepala turut mendongak memandang langit yang dibanjiri bintang. Siapa saja yang tidak sukakan langit malam yang tenang, kan?

“Ini rumah you dari bila?” aku memulakan perbualan. Bukan hendak nampak peramah, sengaja ingin tahu.

“Sejak saya datang ke sini,” balas Zayyan. Dia memandang kearahku, membuatku sedikit segan akan tatapannya.

Aku membetulkan posisi duduk, “Jangan pandang I. You asal mana?” soalku. Apa jenis isteri la kan tak tahu asal usul suami sendiri.

Melihat dia tersenyum pendek, aku menjelingnya laju. Jangan perasan eh, kita bukan care. It's just a preparation what if an outsider ask her about Zayyan je….

“Kelantan,” balas Zayyan.

Membalas anggukan kepala, suasana kembali sunyi. Aku melihat kereta-kereta yang sedang lalu, manakala Zayyan melihatku. Hah? Melihatku? I mean, melihat AKU?

“Jangan pandang I kan I cakap. Kenapa nak pandang pulak? Buat orang tak selesa je,” marahku pada akhirnya. Geram juga dengan sifat Zayyan yang tidak lekang memandang.

Zayyan mengangguk lalu mengalihkan pandangannya. “Awak masih rasa terpaksa ke kahwin dengan saya?” soal Zayyan, tiba-tiba.

Aku memandangnya dengan kerutan di dahi, kenapa dia bertanya sebegitu? Mengangguk tanpa segan silu, aku membalas, “Ya. I rasa terpaksa,”

Lelaki itu mendiamkan diri, tidak bereaksi dengan jawapanku. Aku kembali menyoalnya, “I harap you tak harapkan apa-apa pada perkahwinan kita sebab bila tiba masanya, kita pun akan berpisah juga.”

Zayyan terus memandangku, dia kelihatan sama sekali tidak bersetuju dengan apa yang aku katakan. “Berpisah? Saya takkan ceraikan awak,” tegasnya.

Tidak menghiraukan penolakannya, aku masih tegas dengan pendirianku. “You boleh ke nak hidup dengan perempuan you tak cinta? Sebab I tak boleh. Even kahwin pun tak ada dalam my list,”

Pinjaman Tuhan.Where stories live. Discover now