0 3

52 11 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"Papa nak kamu kahwin dengan Zayyan,"

Tersembur. Aku memandang serius wajah milik Papa. Keningku jelas membentuk kerutan yang tebal. Aku menggeleng laju, menolak permintaan Papa. Ini bukan kesalahanku, malam itu aku dalam keadaan yang tidak sedar!

Ya, Mama merupakan saksi adegan malam tadi. Selepas pulang dari makan malam bersama, Mama datang menjengukku di dalam bilik. Alangkah terkejutnya apabila wanita itu melihat aku dan Zayyan saling bercumbuan.

Aku masih dalam keadaan tidak sedar sehinggalah Zayyan menolakku jatuh. Pandanganku dihiasi Mama dan Aranda yang tampak terkejut. Menghiraukan pandangan pelik mereka, aku berbaring pada lantai sejuk itu. Kepalaku masih tidak henti berpusing.

"No, Ariella tak setuju. This is not even my fault, Ariella tak sedar apa yang jadi malam tu. I don't care, I still don't wanna marry him!"

"Apa Ariella merepek ni?! Tak sedar? Ariella minum air kencing syaitan ke sampai tak sedar?" bidas Papa.

Aku mengetuk meja makan dengan kuatnya, "Papa jangan nak fitnah Ariella ya! Ariella tahulah halal haram, Ariella tak bodoh lagilah nak sentuh air haram tu!"

"Habistu malam tadi, apa yang Ariella buat? Halal sangat ke benda tu? Kalau nak sangat buat, kahwin! Apa yang susah sangat? Jangan malukan Papa, Ariella!" marah Papa.

Kini, kami berada di meja makan. Terdapat Mama, Aranda dan Ariel sebagai penonton.

"Are you deaf or what Papa?" kataku terbantut apabila satu tamparan hinggap di pipiku.

"Jangan biadab," tegas Papa.

"Really, Papa? You tampar I? For real? Papa tak faham Ariella! Papa tak rasa apa yang Ariella rasa malam tadi. Papa tak tahu apa yang jadi malam tadi! Papa jangan assume macam Ariella ni tak ada maruah diri!" terpikku, kecewa.

"Kalau Ariella tak mahu Papa fikir bukan-bukan, Papa nak Ariella kahwin dengan Zayyan."

"Papa! Berapa ribu kali Ariella nak cakap, hah? Ariella tak nak kahwin dengan sesiapa! Not even Zayyan," tegasku. Apa yang susah sangat Papa nak faham? Bukannya aku cakap bahasa Mandarin.

"Ariella boleh dengar cakap Papa, tak? Kenapa semakin suka melawan ni?" soal Papa.

"Ariella tak akan lawan kalau Papa tak suruh Ariella kahwin dengan Zayyan!"

"Tengku Sophia Ariella!"

Aku tersenyum nipis, "Papa boleh tampar Ariella kalau itu boleh buat Papa batalkan semua ini. Tapi ingat, ya. Ariella tak akan kahwin dengan Zayyan. Tak. Akan." marahku lalu berlalu dari meja makan.

Langkahku mendaki anak tangga lalu menuju ke kamarku. Pintu bilik dihempas kasar sebelum dikunci. Aku menjerit sepuas hatinya. Air mata tidak bertakung, yang tinggal cuma kemarahan yang memuncak.

Pinjaman Tuhan.Where stories live. Discover now