Bab 1 ☕❤️

1.9K 54 7
                                    

HIDUP tak selamanya indah. Apa yang kita mahukan tak semestinya akan dapat. Apa yang kita hajatkan tak semestinya akan ditunaikan. Semuanya bergantung pada Dia. Jika itu adalah kehendak Dia tiada siapa yang mampu melawannya.

Harta? Harta tidak dapat menentukan kebahagiaan seseorang. Harta kadang-kadang boleh jadi racun pada seseorang. Apabila racun sudah menguasai diri, ia akan membinasakan.

Itulah pandangan gadis yang bernama Aira syanina. Baginya tidak berguna merancang tentang sesuatu yang tidak pasti dan juga harta. Harta tidak menjamin kebahagiaan seseorang.

Dia nya yang cuba untuk baik-baik sahaja di depan orang ramai tapi nyatanya hatinya rapuh. Dengan perginya seorang ibu dan pergi pula sang kekasih yang selama ini dianggap rumah.

AIRA SYANINA menekan pedal brek setelah memastikan dia memarking kereta dengan benar. Beg tangan yang berada di sebelah tempat pemandu diambil dibawa keluar sama.

Dengan langkah confident dia berjalan ke kafe yang tertera di atasnya AY's Cafe. Pintu kaca ditolak sebelum dia masuk ke dalamnya. Mata melilau mencari sosok sahabatnya.

Tak sampai beberapa saat, mata sudah tertancap pada gadis yang memakai tudung shawl berwarna pink belacan. Syanina menaikkan spek mata hitamnya ke atas kepala dan mendekati gadis bertudung itu.

"Wo wo wo! Look who's here! Aira syanina Dato' Ilham!" Gadis itu bersuara setelah melihat sosok Syanina mendekatinya.

Syanina selamba sahaja duduk di hadapan sahabatnya, Amyra. Beg tangan diletak atas meja.

"Awal kau datang. Kenapa tak datang lepas maghrib nanti je?" perli Amyra halus. Syanina sengih, dia garuk belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Ala maaf lah! Aku terbangun lambat tadi!" Spek mata hitam yang berada di atas kepala diletakkan atas meja. Rambut gaya wolf cut nya diraup kebelakang.

"Alasan! Cepatlah order! Aku lapar tau tunggu kau dekat sini!" Amyra julingkan mata ke atas. Memang itulah alasan yang akan diberi Syanina. Dia sudah naik bosan mendengarnya.

"Okay! Okay! Macam biasa eh?" Amyra angguk malas. Dia menyambung aktivitinya melukis dress di buku sketch nya.

Syanina berjalan ke kaunter dan memesan latte untuknya manakala untuk Amyra, dia memesan cappuccino. Untuk makanan pula, Syanina memesan dua sandwich seafood. Sesuailah untuk dijadikan sarapan mereka.

Selesai memesan, Syanina berjalan semula ke meja yang diduduki oleh Amyra.

Tiba-tiba dia mengeluh. Dagu ditongkatkan sebelum dia buang pandangan ke luar dinding kaca.

Amyra yang mendengar keluhan itu terus angkat kepala. Melihat raut wajah sayu Syanina, Amyra berhentikan aktiviti melukis. Buku sketch dan pensil diletakkan di atas meja.

"Kau... Asal?"

Syanina masih tidak bergerak hanya mata sahaja bergerak mengerling Amyra. Lambat-lambat dia mengeluh lagi. Tangan dijatuhkan sebelum dia menghadap Amyra.

"Macam lah kau tak tahu..." gumam Syanina. Mustahil lah Amyra tidak tahu apa yang berlaku. Amyra sahabatnya. Apa yang terjadi pasti akan sampai di telinga Amyra.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now