Bab 8 ☕❤️

545 29 0
                                    

SYANINA tidak bersuara di meja makan. Sama juga dengan Dato' Ilham. Mereka berdua lebih selesa untuk diam. Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan.

Awalnya Syanina agak terkejut melihat ayahnya yang berada di meja makan tadi. Selalunya ayahnya ini tiada masa mahu sarapan di rumah. Terus ke pejabat.

Nak tak nak, dia buat selamba sahaja meneruskan langkah ke meja makan buat seperti tiada sesiapa. Biadap ke dia dengan ayah sendiri? Kadang-kadang terfikir juga soalan itu. Tetapi kira baik dia tak naik atas semula kerana tidak mahu buat hati ayahnya tersinggung.

"Hari ini Sya nak buat apa?" Tiba-tiba Dato' Ilham bersuara buat Syanina terkedu seketika. Syanina jeling ayahnya.

"Pergi kafe. Nak lepak dengan Myra."

"Myra tak buka butik?"

"Buka tapi lambat sikit. Mungkin lepas zohor," jawab Syanina lagi dengan nada biasa. Terasa canggung sebenarnya tika ini. Tidak pernah dia berbual biasa dengan ayahnya melainkan tentang kerja dan kahwin. Selalunya dua itu saja yang akan keluar dari mulutnya.

Sedikit sebanyak Syanina terharu apabila ayahnya bertanya tentang aktiviti hariannya.

"Papa tak kerja ke?" Melihat dari pakaian ayahnya, tidak kelihatan ingin pergi bekerja. Nak pergi ke mana?

"Papa nak main golf  lepas ni. Dengan bakal suami kamu lah," ujar Dato' Ilham selamba. Mata Syanina terus memandang ayahnya. Cis!

"Sya tak cakap pun Sya terima dia. So he absolutely not my future husband. I don't even think to marry someone I don't know," sela Syanina berani. Sudu sudah jatuh ke pinggan. Mata pandang kosong ayahnya.

"You will know him soon. Trust me, he's a great man."

"You just don't understand when I said I don't want to marry right?"

"Nak tak nak Sya tetap kena kahwin. Pihak sana pun dah bersetuju. Dia pun cakap dia berkenan dengan Sya."

"Dia kenal Sya?"

Cis! Mana adil! Aku tak kenal dia, dia kenal aku! Kalau mamat tu ada depan aku memang aku pelangkung dia!

"Hm. You once meet him. Sya yang tak perasan," ujar Dato' Ilham selamba sebelum menghirup kopi panas.

Syanina berdecit. Sejak bila pula! Kalau nak ingat balik pun tak guna! Dia dah jumpa beribu orang sebelum ini. Macam mana dia nak tahu mana satu lelaki tu?

"Menyampah! Gedik betul tak nak orang kenal dia lah konon! Papa cakap dekat dia, Sya ni tak ingin pun nak kenal dialah! Apatah lagi kahwin dengan dia! Dan papa jangan terkejut ya bila dapat tahu nanti lepas je Sya kahwin dengan dia, muka dia lebam sana sini!" Muka Syanina merah menahan geram. Dia terus bangkit dari kerusi dan masuk ke bilik.

Tak lupa untuk hentak kaki sepanjang dia daki tangga. Nak tunjuk protes punya pasal!

Dato' Ilham tergelak kecil. Telefonnya diterbalikkan menunjuk skrin yang menyala dari tadi.

"You heard that?"

"Yes uncle. And I got goosebumps!"

Dato' Ilham gelak lagi apabila bakal menantunya ini reti bergurau.

"Okay! See you later."

"Okay uncle, Am off dulu." Panggilan terus mati. Dato' Ilham sambung menyuap nasi goreng ke mulut.

Memang dari tadi dia buat panggilan dengan Dariel atas permintaan lelaki itu sendiri. Mahu dengar suara Syanina katanya.

Itulah sebabnya dia mengeluarkan suara mahu berbual dengan anaknya itu. Dia pun rasa janggal sebenarnya berbual dengan anak sendiri. Ya Allah! Baru sedar dia selama ini langsung tidak ambil peduli tentang puterinya yang seorang itu. Setelah lama duduk sebumbung baru kali ini dia bertanya tentang aktiviti harian Syanina.

Semuanya sebab Dariel amsyar. Anak muda itu benar-benar membuatkan hubungan dia dan anak dia mula rapat semula. Dia akan sabar menunggu supaya dapat berbaik semula dengan anaknya itu.

Dato' Ilham pasti, Dariel boleh membimbing anaknya ke arah jalan yang baik. Malah lebih hebat darinya.















MATA Syanina melilau seakan-akan mencari seseorang. Sudah dua puluh minit dia berada di sini, langsung tiada sosok yang dicarinya. Mana mamat barista tu?

"Woi! Kau cari siapa?" Amyra bertanya setelah melihat sahabatnya dari tadi seperti cacing kepanasan. Tidak duduk diam! Sekejap toleh ke pintu masuk, sekejap toleh ke staf di sini.

"Err... Mana ada cari sesiapa! Aku... Tengok kafe ni! Cantik design dia." Syanina sengih tak bersalah.

"Berbulan kau selalu lepak sini, baru kau nak puji? Tak ada apa yang berubah pun dekat sini cik Aira syanina oiii...!" Amyra geleng kepala sambil mengacau air caramel frappuccino menggunakan straw. Ya! Buat pertama kalinya dalam sejarah dia memesan caramel frappuccino! Selalunya caramel macchiato!

Akibat cuaca panas yang melampau, dia rasa mahu minum yang sejuk-sejuk pula. Biar segar sedikit tekak ini!

"Oh ya eh?" Syanina sekadar basa basi. Brownies dipotong lebih kecil sebelum disuap masuk ke dalam mulut. Em! Sedap!

"Eleh kau... Cakap jelah kau cari mamat barista yang kuda jadian tu kan? Kan?!" Syanina pandang Amyra tak puas hati. Kuda jadian kau panggil dia Myra? Mahu nanti kau pula jadi mangsa perli mamat barista tu!

"Tak perlu tahulah."

"Hari ini kau tak komplain pula pasal latte ni eh? Bukannya si kuda jadian tu yang buat!" Amyra bersuara lagi.

"Myra! Jangan naikkan api kemarahan aku boleh tak?!" tempik Syanina. Matanya bagai pedang menusuk ke mata Amyra.

"Tak elok marah-marah nanti cepat tua." Amyra tayang sengih.

"Hai Sya! Myra!" Hakimi tiba-tiba datang dari mana dan labuhkan punggungnya di sisi Syanina dan Amyra.

"Kimi! Dah habis kerja ke?" soal Syanina setelah melihat beg yang digalas Hakimi. Hakimi angguk kecil.

Niat dia tadi mahu balik terus tetapi setelah melihat dua gadis manis ini terus tak jadi balik.

"Kimi! Lama kita tak jumpa ya!" Amyra bersuara. Dia ukir senyum pada Kimi dan Kimi senang membalasnya.

"Myra la sibuk sangat sampai tak datang kafe ni. Kimi ni rindu sangat-sangat dekat Myra tau!"

"Eh Kimi! Rindu Myra je? Sya?" Syanina menyampuk. Saja nak usik sebenarnya, dia dah selalu datang sini buat apa Kimi nak rindu dia? Entah-entah Kimi menyampah tengok dia sekarang ni!

"Sya selalu datang sini. Cik Myra kita ni hah! Jarang nampak muka dia dekat sini." Amyra tayang sengih malu.

"Maaflah Kimi! Myra sibuk sangat. Lepas ni kalau Myra ada masa Myra lepak sini eh?"

"Hehe... Kimi tak kisahlah. Kimi faham, Myra ini kan designer butik yang terkenal di muka bumi ni! Mestilah hari-hari sibuk," ujar Kimi lembut.

"Err... Kimi! Sya tanya sikit boleh?" Syanina bersuara kembali.

"Eh tanyalah!"

"Yang staf baru tu... Dia tak datang ke hari ini?" tanya Syanina dengan nada perlahan. Wajahnya polos memandang Hakimi.

"Err... Si Daniel tu ke? Entahlah! Kimi tak tahu pula jadual kerja dia. Mungkin dia syif malam? Kenapa Sya tanya?"

"Saja! Tak apalah. Sya saja tanya."

"Alah Kimi! Ayat standard perempuan! Padahal dari tadi dia terjenguk-jenguk dalam tu cari mamat kuda jadian tu!" selit Amyra sinis. Dahi Kimi berkerut.

"Kuda jadian?"

"Eh! Tak ada apa-apa lah! Emm... Kita orang dah nak balik sebenarnya ni! Bye Kimi! Jumpa lain hari!" Syanina terus menarik Amyra keluar dari kafe itu.

Terkelip-kelip mata Kimi melihat dua sahabat itu keluar dari kafe.

Siapa kuda jadian?












Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now